KUCHING: Dua lagi mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri telah dijumpai pada pagi Rabu, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kepada tiga orang.

Dilaporkan, mayat Sazarena Arabi ditemukan sekitar jam 10.44 pagi manakala  mayat Nur Rausya Syaqira, 8, ditemukan pada jam 11.18 pagi.

Terdahulu mayat Irsyad Syahiran, 15, ditemukan pasukan penyelamat sekitar jam 6.17 pagi.

Perkembangan terkini di Sarawak


Setakat jam 12.16 tengah hari,  gerakan mencari dan menyelamat dua lagi mangsa Fatimah Dawi, 71, dan Nur Rania Syafiqah, 12, masih giat dilakukan.

Tujuh mangsa lain bagaimanapun ditemui selamat.

Dalam kejadian sekitar jam 2.58 pagi tadi, 13 individu dilaporkan tertimbus setelah kediaman mereka di Kampung Lereng Bukit dilanda tanah runtuh.