Kerajaan memberi jaminan tidak memberikan status kewarganegaraan kepada rakyat asing yang membeli rumah mewah tidak terjual menerusi program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).
Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan hanya bercadang menawarkan visa selama 10 tahun kepada bakal pembeli mengikut syarat tertentu.
"Tidak ada pemberian MyKad atau dokumen Penduduk Tetap (PR) yang dijanjikan, hanya visa selama 10 tahun. Perkara ini akan dibincang di peringkat kabinet.
"Bagaimanapun, warga asing berkenaan mesti mempunyai 'liquid asset' supaya dapat memberi sumbangan kepada negara," katanya menambah bahawa kempen pemilikan rumah itu adalah terbuka dan tidak terhad kepada warga China dan Hong Kong sahaja.
Timbalan Perdana Menteri berkata demikian selepas melawat dan menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada balu Mejar Mohd Zahir Armaya, Nour Shafinar Harun di Kem Wardieburn di sini, hari ini.
Allahyarham Mohd Zahir yang juga anak kepada seniman terkenal AR Badul meninggal dunia selepas terkena tembakan dalam satu demonstrasi sempena penubuhan 5 Divisyen di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah pada 4 Sept lepas.
Pada lawatan lebih setengah jam itu, Dr Wan Azizah diiringi Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi, Panglima Gerak Khas Mejar Jeneral Datuk Hasan Ali dan Pengarah 21 Gerak Khas Kolonel Othman Mustaffa.
Dr Wan Azizah berkata demikian bagi mengulas kebimbangan orang ramai terhadap kemungkinan pemberian status kewarganegaraan diberi kepada warga asing yang membeli rumah mewah tidak terjual menerusi program MM2H.
Baru-baru ini Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mencadangkan penganjuran MM2H kepada pembeli warga asing bagi menyelesaikan isu lambakan rumah mewah tidak terjual sebagai sebahagian daripada usaha untuk memulihkan ekonomi negara.
BACA: Jual rumah untuk warga China dan Hong Kong, pengkritik mungkin tak faham - Zuraida
Dalam perkembangan lain, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata terdapat tujuh negeri tidak bersetuju menaikkan had umur perkahwinan kepada 18 tahun.
Negeri-negeri terbabit adalah Sarawak, Pahang Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan, Kedah dan Kelantan, katanya.
Menerusi Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada Oktober lepas, kerajaan menetapkan had umur perkahwinan kepada 18 tahun bagi bukan Islam dan Islam, lelaki serta perempuan di semua negeri.
Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang meminda Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) untuk menaikkan had umur perkahwinan kepada 18 tahun bagi perempuan.
"Permohonan perkahwinan bawah umur di bawah Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) pula diperketat melalui pewujudan prosedur operasi standard (SOP) perkahwinan bawah umur yang mengambil kira aspek sosial dan kesihatan pemohon," katanya.
Jelas Dr Wan Azizah, Jakim juga sedang membuat penyelarasan dengan negeri-negeri berhubung enakmen undang-undang keluarga Islam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 20 2019

Dr Wan Azizah menenangkan Nour Shafinar ketika menziarahi kediaman balu Mohd Zahir itu di Kem Wardieburn hari ini. --fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Inkues: Balu Mejar Mohd Zahir akan reda terima keputusan
Balu Allahyarham Mej Mohd Zahir Armaya reda terima sebarang keputusan inkues, sekiranya ia dijalankan Lembaga Siasatan Tentera Darat Malaysia (TDM) berhubung kematian arwah suaminya

Tiada pemberian status warganegara kepada pembeli rumah program MM2H - Wan Azizah
Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan hanya bercadang menawarkan visa selama 10 tahun kepada bakal pembeli mengikut syarat tertentu.

Perak sumbang RM25,000 kepada keluarga Mejar Mohd Zahir
Kerajaan negeri Perak akan memberi sumbangan khas sebanyak RM25,000 kepada Nour Shafinar Harun, balu Mej Mohd Zahir Armaya yang meninggal dunia ketika membuat satu demonstrasi di Kem Lok Kawi, Sabah.

"Arwah tidak tahu saya hamil" - balu Allahyarham Mejar Mohd Zahir
Nour Shafinar Harun berasa sangat sedih dan hiba kerana suaminya, Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya tidak sempat mengetahui berita yang dia sedang hamil.

Polis siasat kematian Mejar Mohd Zahir disebabkan kecuaian
Siasatan terhadap insiden Mejar Mohd Zahir Armaya yang maut terkena tembakan dalam demonstrasi di Kem Lok Kawi, Rabu lepas menjurus kepada faktor kecuaian.

Jenazah Mejar Mohd Zahir selamat dikebumikan
Allahyarham, 36 tahun, pegawai komando dari pasukan 11 Rejimen Gerup Gerak Khas, meninggal dunia akibat terkena tembakan dalam demonstrasi di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah, semalam.

MB Perak zahir ucapan takziah kepada keluarga Mejar Mohd Zahir
Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun menyifatkan Allahyarham, juga anak pelakon veteran AR Badul, sebagai seorang yang berani dan merupakan wira negara.

Penghormatan terakhir dan solat jenazah buat Allahyarham Mohd Zahir
Jenazah Allahyarham Mohd Zahir yang selesai disolatkan pada 2.43 pagi itu kemudiannya dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Tambun, Ipoh, untuk dikebumikan selepas solat subuh.

Kerajaan Sabah ucap takziah kepada keluarga Mejar Mohd Zahir
Kerajaan Sabah merakamkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya yang terkorban dalam insiden di Kem Lok Kawi, pada Rabu.

Rakan Mohd Zahir, disiasat polis
Susulan itu, anggota tentera berusia 37 tahun yang melepaskan tembakan itu ditahan untuk tindakan lanjut berhubung insiden yang berlaku pagi ini.