Balu Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya reda terima sebarang keputusan inkues, sekiranya ia dijalankan Lembaga Siasatan Tentera Darat Malaysia (TDM) berhubung kematian arwah suaminya.
Nour Shafinar Harun, 36, berkata, dia sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi dan menerima keputusan sekiranya Lembaga Siasatan TDM dan keluarga suaminya ingin membuat proses inkues.
"Saya serahkan segala-galanya tentang apa yang ingin dilakukan (termasuk proses inkues). Ini disebabkan (saya) memahami apa yang telah terjadi di samping menerima risiko sebagai anggota tentera dalam apa juga situasi termasuk latihan.
"Apa yang berlaku, itu sudah takdir dan saya percaya kejadian tersebut adalah tidak disengajakan.
"Lagipun, tidak mungkin sahabat Allahyarham sendiri ingin menembaknya, walhal setiap latihan ada risikonya termasuk penggunaan peluru hidup," katanya selepas hadir bagi menerima sumbangan daripada Bank Muamalat di Kem Wardieburn, Setapak, di sini hari ini.
Ketua Pegawai Operasi Bank Muamalat, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid berkata, sumbangan tersebut sebagai tanda keprihatinan pihak bank, terhadap insiden yang menimpa Allahyarham dan keluarga.
"Bank Muamalat menyampaikan sumbangan RM15,000 sebagai tanda menghargai pengorbanan anggota tentera terhadap negara dan juga sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat institusi kewangan itu, bagi meringankan beban yang ditanggung," katanya.
Pada Khamis lalu, Lembaga Siasatan TDM mengklasifikasikan kematian Allahyarham Mejar Mohd Zahir ketika dalam latihan demonstrasi di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah pada 2 September lepas sebagai kejadian terpencil dan merupakan kemalangan dalam latihan.
Anggota komando 11 Rejimen Gerak Khas itu terkena tembakan jarak dekat, semasa demonstrasi itu dan disahkan meninggal dunia pada jam 9.20 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. - BERNAMA
BACA: "Arwah tidak tahu saya hamil" - balu Allahyarham Mejar Mohd Zahir
Bernama
Mon Sep 30 2019
Mohd Redza Shah Abdul Wahid menyerahkan sumbangan kepada balu Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya. - Gambar BERNAMA
EPL: Bekas jurulatih Manchester United ke Everton
Moyes kini kembali untuk membantu Everton bagi menghadapi baki saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Biden sampai ucapan perpisahan dari Oval Office Rabu depan
Pada Rabu, 15 Januari jam 8 malam waktu tempatan, presiden akan menyampaikan ucapan perpisahan kepada rakyat dari Oval Office.
Polis tahan lelaki warga China disyaki curi dalam pesawat
Suspek berusia 54 tahun itu juga disyaki adalah ahli sindiket berkait tiga lelaki lain yang diberkas berhubung kes kecurian dalam pesawat pada hujung tahun lalu.
KPT pujuk tenaga pengajar bertugas di luar negara curah khidmat di Malaysia - Zambry
Zambry berkata pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan pihak berkaitan bagi mencari peluang untuk mereka menyumbang khidmat kepada negara.
Kotak hitam Jeju Air berhenti merakam 4 minit sebelum insiden
: Kementerian Pengangkutan Korea Selatan maklumkan, kotak hitam yang menyimpan data penerbangan dan perakam suara kokpit untuk penerbangan Jeju Air yang terhempas dan mengorbankan 179 orang Disember lalu, dilaporkan berhenti merakam empat minit sebelum bencana itu berlaku.
Biden sampai ucapan perpisahan dari Pejabat Oval, Rabu depan
Kenyataan White House maklumkan, Presiden Amerika Syarikat (AS) yang akan tamat tempoh perkhidmatannya, Joe Biden, dijadual menyampaikan ucapan perpisahan kepada rakyat dari Pejabat Oval pada Rabu ini.
Mangsa di Johor terus meningkat
Jumlah mangsa banjir Sabtu malam terus meningkat di Johor selepas Johor Bahru menjadi daerah terkini dilanda bencana alam itu.
Banjir: Mangsa di Johor terus meningkat
Jumlah mangsa terus meningkat di Johor selepas Johor Bahru menjadi daerah terkini dilanda bencana alam itu.
Menggali fosil dinosaur: Kisah pengembaraan Rummy, ahli paleontologi dari Malaysia
Dia individu sebenar yang tidak kisah mengotorkan tangannya, berjemur di bawah terik mentari demi mencari makhluk yang telah dilupakan ini.
Pekerja Sri Lanka kirim lebih AS$6.57 bilion pada 2024
Rakyat Sri Lanka yang bekerja di luar negara mengirim pulang lebih AS$6.57 bilion pada 2024, meningkat 10.1 peratus berbanding 2023.
Inkues: Balu Mejar Mohd Zahir akan reda terima keputusan
Balu Allahyarham Mej Mohd Zahir Armaya reda terima sebarang keputusan inkues, sekiranya ia dijalankan Lembaga Siasatan Tentera Darat Malaysia (TDM) berhubung kematian arwah suaminya
Tiada pemberian status warganegara kepada pembeli rumah program MM2H - Wan Azizah
Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan hanya bercadang menawarkan visa selama 10 tahun kepada bakal pembeli mengikut syarat tertentu.
Perak sumbang RM25,000 kepada keluarga Mejar Mohd Zahir
Kerajaan negeri Perak akan memberi sumbangan khas sebanyak RM25,000 kepada Nour Shafinar Harun, balu Mej Mohd Zahir Armaya yang meninggal dunia ketika membuat satu demonstrasi di Kem Lok Kawi, Sabah.
"Arwah tidak tahu saya hamil" - balu Allahyarham Mejar Mohd Zahir
Nour Shafinar Harun berasa sangat sedih dan hiba kerana suaminya, Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya tidak sempat mengetahui berita yang dia sedang hamil.
Polis siasat kematian Mejar Mohd Zahir disebabkan kecuaian
Siasatan terhadap insiden Mejar Mohd Zahir Armaya yang maut terkena tembakan dalam demonstrasi di Kem Lok Kawi, Rabu lepas menjurus kepada faktor kecuaian.
Jenazah Mejar Mohd Zahir selamat dikebumikan
Allahyarham, 36 tahun, pegawai komando dari pasukan 11 Rejimen Gerup Gerak Khas, meninggal dunia akibat terkena tembakan dalam demonstrasi di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah, semalam.
MB Perak zahir ucapan takziah kepada keluarga Mejar Mohd Zahir
Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun menyifatkan Allahyarham, juga anak pelakon veteran AR Badul, sebagai seorang yang berani dan merupakan wira negara.
Penghormatan terakhir dan solat jenazah buat Allahyarham Mohd Zahir
Jenazah Allahyarham Mohd Zahir yang selesai disolatkan pada 2.43 pagi itu kemudiannya dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Tambun, Ipoh, untuk dikebumikan selepas solat subuh.
Kerajaan Sabah ucap takziah kepada keluarga Mejar Mohd Zahir
Kerajaan Sabah merakamkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya yang terkorban dalam insiden di Kem Lok Kawi, pada Rabu.
Rakan Mohd Zahir, disiasat polis
Susulan itu, anggota tentera berusia 37 tahun yang melepaskan tembakan itu ditahan untuk tindakan lanjut berhubung insiden yang berlaku pagi ini.