Siasatan terhadap insiden Mejar Mohd Zahir Armaya yang maut terkena tembakan dalam demonstrasi di Kem Lok Kawi, Rabu lepas menjurus kepada faktor kecuaian.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan beberapa individu akan dipanggil untuk membantu siasatan.
“Setakat ini, siasatan mendapati ia menjurus kepada kecuaian tetapi siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi.
Omar berkata setakat ini 11 individu termasuk anggota tentera yang terbabit dengan insiden tembakan itu telah dipanggil bagi memberi keterangan.
BACA: Penghormatan terakhir dan solat jenazah buat Allahyarham Mohd Zahir
BACA: Anak pelakon AR Badul, Mejar Zahir Armaya maut terkena tembakan
BACA: TDM akan tubuh lembaga siasatan kenal pasti punca kejadian kematian Mohd Zahir
Khamis lepas, Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata Polis Diraja Malaysia sedang menjalankan siasatan penuh berhubung insiden itu termasuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Mej Mohd Zahir Armaya, 36, pegawai komando dari Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas, meninggal dunia pada Rabu selepas dipercayai tertembak sewaktu gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) dan Briged ke-13 Infantri Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 09 2019
![Polis siasat kematian Mejar Mohd Zahir disebabkan kecuaian Polis siasat kematian Mejar Mohd Zahir disebabkan kecuaian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/81567590538_FBREAKZAHIRARMAYA.jpg)
Mej Mohd Zahir Armaya meninggal dunia pada Rabu selepas dipercayai tertembak sewaktu gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) dan Briged ke-13 Infantri Malaysia.
Olimpik: Misi tersendiri atlet Palestin
Vallerie Tarazi menegaskan matlamat utamanya adalah mewakili jutaan rakyat Palestin yang tidak dapat bersuara.
Ikan paus jarang ditemui terdampar di New Zealand
Ia dipercayai ikan paus yang dikenali dengan nama spade-toothed whale.
Parti pimpinan Imran Khan diharamkan di Pakistan
Tehreek E-Insaf (PTI) iaitu parti yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri Pakistan yang dipenjara, Imran Khan diharamkan oleh kerajaan negara itu. Keputusan itu seperti yang dinyatakan oleh Menteri Komunikasi dan Maklumat, Ataullah Tarar pada isnin.
KP Sharma Oli angkat sumpah sebagai PM Nepal
Khadga Prasad Sharma Oli, pengerusi Parti Komunis Nepal (Unified Marxist Leninist) (CPN-UML), mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Nepal yang baharu pada Isnin. Beliau yang berusia 72 tahun melaksanakan ikrar di hadapan Presiden Ram Chandra Poudel, sekali gus menjadikan beliau empat kali memegang jawatan itu sepanjang penglibatannya dalam politik Nepal.
Keputusan Speaker: Kuasa speaker tidak diperjelas - Penganalisis
Kelompangan yang sangat jelas ketika ini ialah akta tersebut tidak menjelaskan dengan jelas bahawa kuasa speaker adalah secara pentadbiran sahaja dan bukan bertindak sebagai hakim.
![Pembersihan runtuhan di Gaza akibat serangan Israel makan masa 15 tahun - Agensi PBB Pembersihan runtuhan di Gaza akibat serangan Israel makan masa 15 tahun - Agensi PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713584546_KhanYounis.jpg)
Pembersihan runtuhan di Gaza akibat serangan Israel makan masa 15 tahun - Agensi PBB
UNRWA berkata pemindahan sisa perang di Gaza akan memerlukan lebih daripada 100 lori dan kos melebihi AS$500 juta.
Keputusan Speaker: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis
Parlimen perlu dipertanggungjawabkan kerana menggubal satu undang-undang yang lompang dan lemah untuk dicabar mana-mana pihak.
Pameran WIPO promosi industri kreatif dan produk harta intelek ASEAN
Malaysia amat komited untuk terus mengembangkan potensi harta intelek sebagai pemangkin dan enjin utama pertumbuhan negara.
39,019 warganegara didaftar automatik pemilih baharu
Seramai 39,019 orang warganegara berumur 18 tahun dan ke atas didaftarkan automatik sebagai pemilih baharu dalam daftar pemilih tambahan bulan Mei tahun 2024 (DPT BLN5/2024) dalam tempoh 1 hingga 31 Mei lepas.
Bursa, PRIBUMI lancar indeks zakat pertama di dunia
Bursa Malaysia dan PRIBUMI melancarkan PRIBUMI Bursa Malaysia Zakat Index (PBMZI) untuk mengiktiraf syarikat tersenarai yang membayar zakat. Indeks ini mengandungi 27 konstituen dari pelbagai sektor. PBMZI bertujuan menggalakkan lebih banyak sumbangan zakat daripada syarikat tersenarai.
![Inkues: Balu Mejar Mohd Zahir akan reda terima keputusan Inkues: Balu Mejar Mohd Zahir akan reda terima keputusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/51569829034_TBBALUZAHIR.jpg)
Inkues: Balu Mejar Mohd Zahir akan reda terima keputusan
Balu Allahyarham Mej Mohd Zahir Armaya reda terima sebarang keputusan inkues, sekiranya ia dijalankan Lembaga Siasatan Tentera Darat Malaysia (TDM) berhubung kematian arwah suaminya
![Tiada pemberian status warganegara kepada pembeli rumah program MM2H - Wan Azizah Tiada pemberian status warganegara kepada pembeli rumah program MM2H - Wan Azizah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/71568957632_TBWANAZIZAH.jpg)
Tiada pemberian status warganegara kepada pembeli rumah program MM2H - Wan Azizah
Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan hanya bercadang menawarkan visa selama 10 tahun kepada bakal pembeli mengikut syarat tertentu.
![Perak sumbang RM25,000 kepada keluarga Mejar Mohd Zahir Perak sumbang RM25,000 kepada keluarga Mejar Mohd Zahir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/81568192739_TBRAJAPERMAISURI.jpg)
Perak sumbang RM25,000 kepada keluarga Mejar Mohd Zahir
Kerajaan negeri Perak akan memberi sumbangan khas sebanyak RM25,000 kepada Nour Shafinar Harun, balu Mej Mohd Zahir Armaya yang meninggal dunia ketika membuat satu demonstrasi di Kem Lok Kawi, Sabah.
![Arwah tidak tahu saya hamil - balu Allahyarham Mejar Mohd Zahir Arwah tidak tahu saya hamil - balu Allahyarham Mejar Mohd Zahir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/61568183439_TBBALUZAHIR.jpg)
"Arwah tidak tahu saya hamil" - balu Allahyarham Mejar Mohd Zahir
Nour Shafinar Harun berasa sangat sedih dan hiba kerana suaminya, Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya tidak sempat mengetahui berita yang dia sedang hamil.
![Polis siasat kematian Mejar Mohd Zahir disebabkan kecuaian Polis siasat kematian Mejar Mohd Zahir disebabkan kecuaian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/81567590538_FBREAKZAHIRARMAYA.jpg)
Polis siasat kematian Mejar Mohd Zahir disebabkan kecuaian
Siasatan terhadap insiden Mejar Mohd Zahir Armaya yang maut terkena tembakan dalam demonstrasi di Kem Lok Kawi, Rabu lepas menjurus kepada faktor kecuaian.
![Jenazah Mejar Mohd Zahir selamat dikebumikan Jenazah Mejar Mohd Zahir selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/71567647471_TBKEBUMIZAHIR.jpg)
Jenazah Mejar Mohd Zahir selamat dikebumikan
Allahyarham, 36 tahun, pegawai komando dari pasukan 11 Rejimen Gerup Gerak Khas, meninggal dunia akibat terkena tembakan dalam demonstrasi di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah, semalam.
![MB Perak zahir ucapan takziah kepada keluarga Mejar Mohd Zahir MB Perak zahir ucapan takziah kepada keluarga Mejar Mohd Zahir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/61567642782_MenteriBesarPerak.jpg)
MB Perak zahir ucapan takziah kepada keluarga Mejar Mohd Zahir
Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun menyifatkan Allahyarham, juga anak pelakon veteran AR Badul, sebagai seorang yang berani dan merupakan wira negara.
![Penghormatan terakhir dan solat jenazah buat Allahyarham Mohd Zahir Penghormatan terakhir dan solat jenazah buat Allahyarham Mohd Zahir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/81567631526_MejarMohdZahir.jpg)
Penghormatan terakhir dan solat jenazah buat Allahyarham Mohd Zahir
Jenazah Allahyarham Mohd Zahir yang selesai disolatkan pada 2.43 pagi itu kemudiannya dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Tambun, Ipoh, untuk dikebumikan selepas solat subuh.
![Kerajaan Sabah ucap takziah kepada keluarga Mejar Mohd Zahir Kerajaan Sabah ucap takziah kepada keluarga Mejar Mohd Zahir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/41567599905_TBshafie.jpg)
Kerajaan Sabah ucap takziah kepada keluarga Mejar Mohd Zahir
Kerajaan Sabah merakamkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya yang terkorban dalam insiden di Kem Lok Kawi, pada Rabu.
![Rakan Mohd Zahir, disiasat polis Rakan Mohd Zahir, disiasat polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/41567576982_TOPBOXBELASUNGKAWA.jpg)
Rakan Mohd Zahir, disiasat polis
Susulan itu, anggota tentera berusia 37 tahun yang melepaskan tembakan itu ditahan untuk tindakan lanjut berhubung insiden yang berlaku pagi ini.