Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini menetapkan tiada lagi had masa enam tahun bagi mendapatkan semula tunggakan caruman ahli daripada majikan yang tidak mencarum.
Pengurus Besar Perhubungan Awamnya Nik Affendi Jaafar berkata keputusan itu diambil setelah Mahkamah Persekutuan pada 16 Jan lepas mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes majikan tidak mencarum yang sebulat suara tidak memberi kebenaran lanjut untuk merayu menggunakan isu had masa.
"Dengan keputusan penting ini sebarang rayuan yang dibuat oleh majikan tidak mencarum atas alasan isu batasan had masa tidak boleh dipertikaikan lagi dalam mana-mana mahkamah kerana ia telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan sebagai undang-undang mapan.
"Oleh itu majikan atau pengarah syarikat perlu mengambil tindakan proaktif untuk memastikan bayaran caruman KWSP pekerja mereka dibayar tepat pada masanya, di samping sentiasa mengemaskinikan rekod lantikan dan peletakan jawatan pengarah syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Nik Affendi berkata kadar majikan tidak mencarum bagi suku tahun keempat tahun lepas menurun kepada 1.20 peratus berbanding 1.48 peratus pada suku tahun sebelum itu berikutan usaha gigih penguatkuasaan KWSP dan kesedaran majikan mengenai tanggungjawab terhadap kesejahteraan persaraan pekerja.
"Pada suku tahun keempat 2012, sebanyak 436 nama pengarah syarikat telah dikemukakan kepada Jabatan Imigresen untuk menghalang mereka daripada meninggalkan negara sebelum menjelaskan tunggakan caruman KWSP sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 39 Akta KWSP 1991," katanya.
Beliau berkata mengikut Akta KWSP 1991 itu semua majikan diwajibkan membayar caruman bulanan berkanun kepada pekerja sebelum atau pada 15 haribulan setiap bulan.
Sehubungan itu Nik Affendi menggesa ahli supaya sentiasa menyemak akaun KWSP bagi memastikan caruman KWSP teratur dan sekiranya terdapat sebarang keraguan dalam akuan itu mereka perlu melaporkan segera kepada KWSP dengan menyediakan dokumen sokongan seperti slip gaji dan surat pelantikan.
"Semakan akaun KWSP boleh dilakukan mengikut keselesaan ahli melalui kemudahan i-Akaun. Bagi ahli yang masih belum mendaftar untuk kemudahan ini, KWSP menggalakkan mereka supaya berbuat demikian secepat mungkin.
"Laporan terhadap majikan yang gagal membayar caruman boleh dibuat sendiri oleh ahli di cawangan KWSP terdekat. Ahli juga boleh menghubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-8922 6000 yang dibuka 8 pagi hingga 7 malam, Isnin hingga Jumaat atau menghantar pertanyaan secara online melalui laman web myEPF di http://enquiry.kwsp.gov.my," katanya.
Nik Affendi menyarankan supaya majikan juga menggunakan kemudahan yang disediakan menerusi i-Akaun yang membolehkan mereka menyemak senarai pekerja yang telah dibayar caruman dan rekod bayaran dengan selamat secara online.
Bernama
Wed Feb 13 2013
![Tiada lagi had masa enam tahun dapatkan tunggakan- KWSP Tiada lagi had masa enam tahun dapatkan tunggakan- KWSP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-12/81356103971_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Pendapatan boleh agih separuh pertama KWSP naik 29 peratus kepada RM36.70 bilion Pendapatan boleh agih separuh pertama KWSP naik 29 peratus kepada RM36.70 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704855136_KWSP.jpg)
Pendapatan boleh agih separuh pertama KWSP naik 29 peratus kepada RM36.70 bilion
Jumlah pendapatan boleh agih KWSP bagi tempoh enam bulan berakhir pada 30 Jun, 2024, meningkat 29 peratus kepada RM36.70 bilion.
![Pelaburan langsung domestik RM120 bilion daripada GLIC di bawah program diterajui MOF Pelaburan langsung domestik RM120 bilion daripada GLIC di bawah program diterajui MOF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723086494_TBANWARMOF.jpg)
Pelaburan langsung domestik RM120 bilion daripada GLIC di bawah program diterajui MOF
Pelaburan ini disasarkan kepada industri-industri yang memiliki pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi seperti sektor peralihan tenaga dan pembuatan canggih.
![Pertikaian politik: Guna nama penjawat awam boleh jatuhkan reputasi perkhidmatan - Cuepacs Pertikaian politik: Guna nama penjawat awam boleh jatuhkan reputasi perkhidmatan - Cuepacs](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706413642_AdnanMat.jpg)
Pertikaian politik: Guna nama penjawat awam boleh jatuhkan reputasi perkhidmatan - Cuepacs
Tindakan sesetengah ahli politik yang sesuka hati menggunakan nama penjawat awam dalam pertikaian politik adalah sangat tidak bertanggungjawab kerana boleh menjatuhkan reputasi perkhidmatan awam.
![Akaun Fleksibel: 3.4 juta ahli KWSP buat pengeluaran RM8.9 bilion - Amir Hamzah Akaun Fleksibel: 3.4 juta ahli KWSP buat pengeluaran RM8.9 bilion - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721889536_AmirHamzahAzizan.jpg)
Akaun Fleksibel: 3.4 juta ahli KWSP buat pengeluaran RM8.9 bilion - Amir Hamzah
Sebanyak 3.4 juta daripada 13.1 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun, membuat pengeluaran Akaun Fleksibel berjumlah RM8.9 bilion setakat 19 Julai lepas.
![Zhafri Yahya sahkan tunggakan KWSP wujud, mohon pengurusan selesai cara baik Zhafri Yahya sahkan tunggakan KWSP wujud, mohon pengurusan selesai cara baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721524622_tbZhafriYahya.jpg)
Zhafri Yahya sahkan tunggakan KWSP wujud, mohon pengurusan selesai cara baik
Sebelum ini, Sheikh Mohd Nasir berkata, kelab itu sudah kemukakan dokumen lengkap dan mustahil pihaknya melakukan keputusan yang salah.
![Anggaran awal: Ekonomi Malaysia diunjur tumbuh 5.8 peratus - DOSM Anggaran awal: Ekonomi Malaysia diunjur tumbuh 5.8 peratus - DOSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/41589617066_mydinpasaraya.jpg)
Anggaran awal: Ekonomi Malaysia diunjur tumbuh 5.8 peratus - DOSM
Menurut DOSM, ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan momentum pertumbuhannya, disokong oleh faktor domestik dan eksport.
![Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan daripada hadir sidang Dewan Rakyat Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan daripada hadir sidang Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721295054_WanAhmadFayhsal.jpg)
Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan daripada hadir sidang Dewan Rakyat
Seramai 110 Ahli Parlimen bersetuju, manakala 63 tidak bersetuju dengan usul berkenaan.
![3.61 juta ahli KWSP lakukan pindahan ke Akaun Fleksibel berjumlah RM11.52 bilion - MoF 3.61 juta ahli KWSP lakukan pindahan ke Akaun Fleksibel berjumlah RM11.52 bilion - MoF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714026552_BangunanKumpulanWa.jpg)
3.61 juta ahli KWSP lakukan pindahan ke Akaun Fleksibel berjumlah RM11.52 bilion - MoF
Seramai 3.61 juta daripada 13.01 juta keseluruhan ahli KWSP di bawah umur 55 tahun memilih untuk mempunyai amaun permulaan di dalam Akaun Fleksibel.
![Kementerian bincang dengan KWSP pertingkat manfaat pengamal media di hari tua - Fahmi Kementerian bincang dengan KWSP pertingkat manfaat pengamal media di hari tua - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720004945_FahmiFadzil.jpg)
Kementerian bincang dengan KWSP pertingkat manfaat pengamal media di hari tua - Fahmi
Kementerian Komunikasi sedang meneliti beberapa perkara termasuk mengadakan perbincangan dengan KWSP untuk meningkatkan manfaat yang boleh dinikmati pengamal media di hari tua.
![3.5 juta ahli KWSP pindah RM10.86 bilion dana ke Akaun Fleksibel 3.5 juta ahli KWSP pindah RM10.86 bilion dana ke Akaun Fleksibel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704855136_KWSP.jpg)
3.5 juta ahli KWSP pindah RM10.86 bilion dana ke Akaun Fleksibel
Sebanyak 3.45 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pilihan untuk mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel.