Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata perkara itu membuktikan kepedulian kerajaan dalam membela nasib 1.16 juta pekerja sektor berkenaan.
Jelasnya, ia sekali gus menjadikan Malaysia sebagai negara terawal menggubal perundangan khusus membabitkan pekerja sektor tersebut.
"Walaupun kita tahu ini akan beri implikasi kewangan yang agak berat tapi kita harus ambil kepedulian.
"Kita akan membincangkan perkara ini secara terperinci dengan Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kewangan dan sekrteriat yang akan beri beberapa input selepas perundingan dengan universiti terutama Universiti Malaya yang telah beri pandangan termasuk dari segi perundangan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen Ekonomi Gig Malaysia MADANI, pada Isnin.
Selain itu, Ahmad Zahid juga mahu isu keselamatan sosial dan kesihatan terhadap pekerja gig diberikan tumpuan, termasuk liputan yang cukup oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, bukan hanya ketika bertugas, malah 24 jam sehari.