Tidak ada sama sekali kawasan penempatan atau tanah Orang Asli di Perak yang telah diceroboh bagi memberi laluan kepada aktiviti pembalakan.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, semua permit pembalakan dikeluarkan bagi kawasan hutan simpan yang dibenarkan dan tidak melibatkan kawasan penempatan Orang Asli sedia ada.
Bagaimanapun. beliau telah memutuskan untuk menghentikan sementara semua aktiviti pembalakan di kawasan Sungai Papan, Hulu Perak sehingga perbincangan mengenai isu yang dibangkitkan oleh komuniti Orang Asli diselesaikan.
Menurutnya, pendirian itu telah dinyatakan dengan jelas dalam satu kenyataan bersamanya dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Waytha Moorthy pada 1 Ogos lalu.
“Kerajaan negeri Perak sentiasa mengambil berat kepentingan masyarakat Orang Asli dan setakat ini telah merizabkan hampir 14,000 hektar tanah melibatkan 70 penempatan komuniti Orang Asli di bawah Akta Orang Asal 1954.
“Kebanyakan tanah rizab ini terletak di kawasan hutan simpan melibatkan kawasan penempatan, kawasan pertanian dan kawasan rayau,” katanya dalam kenyatan di sini pada Selasa.
Pada Isnin, sebuah portal berita menyiarkan surat pembaca yang mendakwa terdapat aktiviti pembalakan haram di kawasan penempatan Orang Asli di Hulu Perak.
Ahmad Faizal berkata, penulis telah dengan begitu cuai membuat dakwaan yang sama sekali tidak tepat kononnya pembalakan haram berlaku secara berleluasa di kawasan penempatan Orang Asli dan tiada sebarang tindakan oleh kerajaan negeri.
Menurutnya, selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada Mei 2018, kerajaan negeri telah memulakan proses untuk meluluskan tambahan 5,176 hektar tanah rizab untuk 27 penempatan Orang Asli di Perak.
“Ini adalah jumlah keluasan tanah rizab untuk komuniti Orang Asli yang terbesar oleh mana-mana kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia,” ujarnya.
Katanya, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) juga telah diarahkan untuk mengambil penempatan Orang Asli sebagai kampung angkat di mana program untuk memperkasa pendidikan, latihan kemahiran, aktiviti ekonomi dan pelbagai inisiatif lain telah digerakkan bagi meningkatkan taraf hidup mereka.
Menurutnya, kerajaan negeri sentiasa sedia mendengar cadangan dan kritikan membina untuk memelihara kepentingan negeri dan rakyat.
Bagaimanapun, tambahnya, ia hanya dapat memberi manfaat kepada semua pihak jika sebarang surat dari pembaca diterbitkan selepas melalui proses semakan fakta yang wajar.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Oct 01 2019

Ahmad Faizal berkata, syarikat GLC telah diarah mengambil penempatan Orang Asli sebagai kampung angkat. - Gambar fail
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.

Saya terima apa juga keputusan - Faizal Azumu
Faizal Azumu bersedia menerima apa sahaja keputusan terhadap pertandingan merebut jawatan Naib Presiden parti itu yang ditandinginya.

Jangan bersikap 'double standard' bila disiasat - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mahu semua pihak tidak mengambil sikap 'berat sebelah' dengan mengatakan kerajaan bertindak tidak adil apabila mereka disiasat.

Isu 3R: Siasatan terhadap Muhyiddin timbulkan persoalan - Bersatu
Ahmad Faizal berkata pendakwaan segera ke atas Muhyiddin oleh Peguam Negara berhubung kes itu juga menimbulkan banyak lagi persoalan.

Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.

Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

PRK Kuala Kubu Baharu: PN telah kenal pasti calon
Tidak timbul soal calon itu dari parti mana kerana apa yang paling utama individu berkenaan mewakili Perikatan Nasional, tegas Ahmad Faizal.

Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu
Katanya, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.

Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.

Slogan gelombang hijau, Taliban hanya taktik musuh PN - Faizal Azumu
Dakwaan yang mengaitkan PN dengan elemen gelombang hijau dan Taliban merupakan strategi musuh gabungan politik itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu.