IPOH: Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak memaklumkan bermula tahun 2024, semua bil cukai tanah negeri itu tidak lagi akan dikeluarkan secara manual.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata perkara itu selaras dengan istilah modenisasi, apabila proses kerja berubah dari manual kepada sistem pendigitalan.
"Bil akan dihantar secara dalam talian melalui e-mel atau mereka boleh semak di laman sesawang Portal Awam e-Tanah, yang mana segala sejarah urusan berkaitan tanah yang dimiliki akan disimpan dan boleh menjadi rujukan pada masa hadapan.
"Sehubungan itu, pengguna seluruh negeri diminta untuk mendaftar di e-Tanah, bagi membolehkan penerimaan bil secara dalam talian (e-bil) dan setakat ini lebih 50, 000 telah mendaftar," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Tanah Negara Peringkat Negeri Perak, dekat sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pengarah PTG Perak Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip.
Saarani berkata PTG komited dalam mendigitalkan perkhidmatannya, termasuk menggalakkan pelanggan ke arah transaksi secara dalam talian dan menambah baik sistem e-tanah, selaras dengan perkembangan dunia ke arah pendigitalan.
"Jadi kita galakkan semua pengguna untuk mendaftarkan id pengguna, agar memudahkan segala urusan berkaitan tanah melibatkan jabatan itu, agar kita seragamkan seperti bil elektrik dan bil air ketika ini boleh dilakukan dalam talian.
"Bagi mereka yang tidak mempunyai akses internet atau kurang mahir, maka boleh meminta bantuan ketua kampung atau setiausaha JKK, termasuk pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan masing-masing," katanya.
Saarani berkata dari segi kutipan cukai, berbanding tahun 2021 dan 2022, momentum kutipan cukai meningkat malah untuk tahun ini, sejak diperkenalkan pada Februari sehingga Julai kutipan cukai tanah juga meningkat berbanding tahun sebelumnya.
"Dulu berbeza dengan sistem manual, kerana mereka perlu ke kaunter dan urusan itu kadang kala perlu seharian untuk mereka selesaikan urusan tadi, tapi sekarang lebih mudah dan senang.
"Mereka tidak perlu lagi datang ke kaunter, kerana segala maklumat telah kita sediakan platform untuk memudahkan lebih kurang 2 juta pengguna di negeri Perak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 28 2023
![Tiada bil cukai tanah dikeluarkan secara manual bermula 2024 Tiada bil cukai tanah dikeluarkan secara manual bermula 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41693224939_TBSaaraniMohamad.jpg)
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata perkara itu selaras dengan istilah modenisasi, apabila proses kerja berubah dari manual kepada sistem pendigitalan. - BERNAMA
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Degil korek pasir walaupun berkali-kali diarah henti kerja - PTG Degil korek pasir walaupun berkali-kali diarah henti kerja - PTG](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61641197995_KorekPasir.jpg)
Degil korek pasir walaupun berkali-kali diarah henti kerja - PTG
Pihak syarikat itu didapati berhasrat membangunkan kawasan berkenaan yang mempunyai potensi aktiviti perlombongan pasir silika.
![Tiada lesen perlombongan diluluskan selepas pewartaan Hutan Simpan Chini 2019 Tiada lesen perlombongan diluluskan selepas pewartaan Hutan Simpan Chini 2019](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61623495760_TasikChini.jpg)
Tiada lesen perlombongan diluluskan selepas pewartaan Hutan Simpan Chini 2019
Sebanyak 14 lesen telah dikeluarkan sebelum pewartaan itu dibuat dan daripada jumlah tersebut, hanya dua masih beroperasi.
![Kerani mengaku tidak bersalah guna dokumen palsu pelepasan gadaian Kerani mengaku tidak bersalah guna dokumen palsu pelepasan gadaian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-10/71539320106_JUDGE.jpg)
Kerani mengaku tidak bersalah guna dokumen palsu pelepasan gadaian
Han Hee Siew, 56, didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian, Petaling, pada 26 Mac 2014.
![Tunggakan premium tanah di Kedah RM251 juta - Mukhriz Tunggakan premium tanah di Kedah RM251 juta - Mukhriz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/51562085672_MUKHRIZ.jpg)
Tunggakan premium tanah di Kedah RM251 juta - Mukhriz
Tunggakan itu membabitkan 480 permohonan yang telah diluluskan oleh pejabat tanah dan galian melalui pemberimilikan tanah.
![KSN mahu fakta jual tanah Sungai Jinjang daripada PTG WP KSN mahu fakta jual tanah Sungai Jinjang daripada PTG WP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/51475734541_AliHamsa.jpg)
KSN mahu fakta jual tanah Sungai Jinjang daripada PTG WP
Tan Sri Ali Hamsa akan mendapatkan fakta daripada Pejabat Tanah dan Galian, Wilayah Persekutuan mengenai isu penjualan tanah kerajaan di Sungai Jinjang.
![Bauksit: SPRM panggil enam pegawai PTG Pahang bantu siasatan Bauksit: SPRM panggil enam pegawai PTG Pahang bantu siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/61452403877_BauksitKuantan.jpg)
Bauksit: SPRM panggil enam pegawai PTG Pahang bantu siasatan
SPRM memanggil enam lagi pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang bagi membantu siasatan rasuah melibatkan perlombongan bauksit.