Sejumlah RM251 juta bayaran premium tanah masih gagal dijelaskan oleh syarikat-syarikat, pemaju, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi kerajaan di Kedah sehingga kini, kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Katanya, tunggakan itu membabitkan 480 permohonan yang telah diluluskan oleh pejabat tanah dan galian melalui pemberimilikan tanah yang mana kelulusan itu boleh dibatalkan sekiranya pihak terbabit gagal menjelaskan bayaran premium tersebut.
"Jadi, saya minta Pentadbiran Tanah Negeri Kedah dapat ambil tindakan tegas seperti melucut hak dalam mengurangkan jumlah tunggakan hasil tanah," katanya pada Majlis Penyerahan dan Pelancaran Aplikasi Dashboard Executive Information System (EIS) Kutipan Hasil Tanah Terkini di sini, pada Isnin.
Katanya, kerajaan negeri melalui pejabat tanah juga berdepan tunggakan kutipan cukai tanah oleh syarikat, pemaju dan GLC di mana sehingga kini hanya RM18 juta berjaya dikutip berbanding anggaran kutipan RM70 juta.
Mukhriz berkata, kerajaan negeri telah menyasarkan anggaran Kutipan Hasil Negeri sebanyak RM710 juta bagi tahun ini dengan lebih separuh daripadanya iaitu RM426 juta terletak di bawah Pentadbiran Tanah Negeri.
Katanya, daripada anggaran RM426 juta itu, pentadbiran tanah negeri telah berjaya mengutip sebanyak RM290 juta atau 68 peratus setakat ini.
"Bagi Pentadbiran Tanah Negeri Kedah, berbagai-bagai inisiatif perlulah dirangka bagi memperkemaskan lagi mekanisme dan strategi kutipan hasil tanah melalui sumber sedia ada, sama ada dari segi pemberimilikan tanah, kutipan ke atas tunggakan cukai tanah dan juga premium.
"Kita juga perlu mengatasi ketirisan kutipan hasil negeri dengan meningkatkan aspek pemantauan dan tindakan penguatkuasaan secara lebih tegas bagi mengurangkan kebocoran hasil yang sepatutnya diperoleh selain merangka strategi yang bersesuaian untuk mengenal pasti faktor-faktor menyumbang kepada kemerosotan kutipan hasil," katanya.
Mengenai aplikasi Dashboard-EIS itu, Mukhriz berkata ia dapat membantu kerajaan negeri mengurus pentadbiran tanah, perancangan pembangunan negeri dengan lebih baik dan terurus sekaligus dapat membantu mencapai sasaran kutipan hasil negeri yang sebelum ini sukar dicapai.
"Melalui aplikasi ini, kita boleh lihat kadar kutipan terkini keseluruhan, kutipan terkini kod hasil, carta kutipan keseluruhan, kutipan tunggakan terkini dan carta kutipan terkini mengikut daerah. Ini penting sebab setiap tahun kerajaan negeri ada sasaran kutipan.
"Sasaran ini jarang dicapai, kadang-kadang hanya 80 peratus atau kurang dari itu. Kita tidak mahu tunggu saat akhir baru nak faham apa masalah dihadapi yang menyebabkan sasaran tidak boleh dicapai, jadi melalui aplikasi ini saya sendiri boleh akses untuk lihat hasil yang telah dikutip," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 02 2019
![Tunggakan premium tanah di Kedah RM251 juta - Mukhriz Tunggakan premium tanah di Kedah RM251 juta - Mukhriz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/51562085672_MUKHRIZ.jpg)
MUKHRIZ: Saya minta Pentadbiran Tanah Negeri Kedah dapat ambil tindakan tegas seperti melucut hak dalam mengurangkan jumlah tunggakan hasil tanah. - Gambar fail
Rakyat Gaza harus diberi pilihan tinggalkan enklaf jika mahu- Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata bahawa rakyat Gaza harus diberi pilihan untuk meninggalkan enklaf itu, jika mereka mahu
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![PM Anwar gesa GLIC, GLC perkasa pembangunan ekonomi Bumiputera PM Anwar gesa GLIC, GLC perkasa pembangunan ekonomi Bumiputera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736264347_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar gesa GLIC, GLC perkasa pembangunan ekonomi Bumiputera
Perdana Menteri hari ini memberi penegasan serta cabaran untuk ketua GLIC dan GLC memainkan peranan utama dalam mengemukakan cadangan bernas bagi memperkasa pembangunan ekonomi bumiputera.
![GLC, swasta diseru laksana CSR bantu mangsa banjir GLC, swasta diseru laksana CSR bantu mangsa banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732965419_TBmypesara.jpg)
GLC, swasta diseru laksana CSR bantu mangsa banjir
Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta diseru bersama agensi kerajaan untuk turun padang membantu mangsa terjejas banjir.
![UTM tidak berdepan masalah kebolehpasaran graduan UTM tidak berdepan masalah kebolehpasaran graduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41619931419_UTM.jpg)
UTM tidak berdepan masalah kebolehpasaran graduan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tidak berdepan masalah kebolehpasaran graduan selepas terus mencatatkan kadar kebolehpasaran 100 peratus.
![Galakan pendapatan pelaburan asing dibawa balik tidak libat jual aset di luar negara - Amir Hamzah Galakan pendapatan pelaburan asing dibawa balik tidak libat jual aset di luar negara - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730786855_TBAmirHamzah.jpg)
Galakan pendapatan pelaburan asing dibawa balik tidak libat jual aset di luar negara - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata justeru itu syarikat GLC dan GLIC akan terus dapat mengekalkan strategi pelaburan mereka di luar negara.
![Isu FashionValet: Speaker Dewan Rakyat rasa 'tidak masuk akal' Isu FashionValet: Speaker Dewan Rakyat rasa 'tidak masuk akal'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730708205_RamliMohdNor.jpg)
Isu FashionValet: Speaker Dewan Rakyat rasa 'tidak masuk akal'
Isu pelaburan yang merekodkan kerugian melibatkan FashionValet antara topik dibangkitkan di Dewan Rakyat pada Isnin.
![PM arah Khazanah laksana audit dalaman kerugian pelaburan RM43.9 juta PM arah Khazanah laksana audit dalaman kerugian pelaburan RM43.9 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61730532076_TBANWAR.jpg)
PM arah Khazanah laksana audit dalaman kerugian pelaburan RM43.9 juta
Arahan ini selaras pengumuman agar Jabatan Audit Negara mengaudit 2,000 GLC bagi meningkatkan tadbir urus dan memastikan syarikat memenuhi tanggungjawab.
![Ketua Audit Negara diberi kuasa audit akaun 1,856 badan lain, GLC Ketua Audit Negara diberi kuasa audit akaun 1,856 badan lain, GLC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730530124_tbJabatanAuditNega.jpg)
Ketua Audit Negara diberi kuasa audit akaun 1,856 badan lain, GLC
Jabatan Audit Negara sedang membangunkan garis panduan untuk pelaksanaan pengauditan syarikat GLC.
![Ahli politik wajar lepas jawatan sebelum sertai GLC - Pakar Ahli politik wajar lepas jawatan sebelum sertai GLC - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729644945_DrMuhammadMohan.jpg)
Ahli politik wajar lepas jawatan sebelum sertai GLC - Pakar
Langkah ini penting bagi memastikan ahli politik fokus kepada tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan penggubal undang-undang yang baik.
![Parlimen: Lantikan Ahli Lembaga GLIC, GLC ikut kelayakan, tak diskriminasi ahli politik - PM Anwar Parlimen: Lantikan Ahli Lembaga GLIC, GLC ikut kelayakan, tak diskriminasi ahli politik - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729572975_AnwarIbrahim.jpg)
Parlimen: Lantikan Ahli Lembaga GLIC, GLC ikut kelayakan, tak diskriminasi ahli politik - PM Anwar
Anwar menegaskan kerajaan tidak pernah mengamalkan diskriminasi antara calon politik atau bukan, dalam pelantikan Ahli Lembaga Pengarah GLIC dan GLC.
![Parlimen: Audit ke atas 2,000 syarikat GLC bakal 'cetus' kejutan - Anwar Parlimen: Audit ke atas 2,000 syarikat GLC bakal 'cetus' kejutan - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729572302_AnwarIbrahimperda.jpg)
Parlimen: Audit ke atas 2,000 syarikat GLC bakal 'cetus' kejutan - Anwar
Kerajaan bersetuju supaya Jabatan Audit Negara melakukan pengauditan terhadap 2,000 syarikat GLC bagi mewujudkan era tadbir urus lebih baik.