IPOH: Pihak yang menjalankan aktiviti pengambilan pasir di Pantai Pasir Panjang, Manjung sudah beberapa kali diberi amaran oleh pihak berkuasa supaya menghentikan kerja di tapak namun tetap berdegil walaupun tidak memperoleh sebarang kebenaran.
Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip berkata, kerja-kerja di tapak itu dikesan sejak November lepas dan pihaknya dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah mengarahkan supaya ia dihentikan sementara menunggu kelulusan.
"Tiada apa-apa kelulusan atau kebenaran dikeluarkan di kawasan tanah milik syarikat perindustrian itu setakat ini. Memang ada permohonan dibuat tetapi perlu dibawa ke peringkat jawatankuasa untuk diperhalusi dan mendapatkan ulasan termasuk dari segi teknikal," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata, berdasarkan semakan ke atas permohonan, pihak syarikat itu berhasrat membangunkan kawasan berkenaan yang mempunyai potensi aktiviti perlombongan pasir silika.
Bagaimanapun katanya keadaan kini terkawal dan pasukan PTG Perak bersama MPM telah meninjau kawasan tapak bagi pemantauan supaya pasir berkenaan tidak dipindahkan keluar dari kawasan pendaratan penyu di pantai berkenaan.
Ditanya sama ada terdapat kegiatan mengorek pasir secara haram di kawasan lain di Perak, Mohamad Fariz berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan setakat ini.
Persatuan Aktivis Sahabat Alam menerusi Twitter sebelum ini memuat naik dua keping gambar memaparkan aktiviti mengorek pasir di kawasan itu yang merupakan zon sensitif alam sekitar tahap satu.
Menurut persatuan itu kawasan sensitif alam sekitar tahap satu adalah kawasan yang tidak boleh dijalankan sebarang jenis aktiviti pembangunan selain pelancongan terkawal dan penyelidikan sebagaimana dinyatakan dalam peraturan atau Rancangan Fizikal Negara serta Rancangan Tempatan.
Bernama sebelum ini melaporkan, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) tidak menerima sebarang permohonan dan tiada kebenaran dikeluarkan pihak tersebut sehingga hari ini malah telah mengarahkan kerja-kerja projek itu dihentikan serta-merta.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 03 2022

MPM telah mengeluarkan notis henti kerja ke atas projek korek pasir yang didakwa dijalankan di kawasan pendaratan penyu Tanjung Gemuk, Pantai Pasir Panjang. - Facebook Persatuan Aktivis Sahabat Alam - KUASA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

JAS siasat insiden tumpahan diesel di Sg. Slim, jentera korek pasir jadi punca
Lokasi aktiviti pengorekan pasir itu dianggar berada 3km di bahagian hulu Loji Rawatan Air Sungai Geliting, Slim dalam daerah Muallim.

Lelaki dikhuatiri lemas ketika korek pasir di Sungai Perak
Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika menjalankan kerja-kerja mengorek pasir di Sungai Perak, dekat Kampung Kubang Pekan, hari ini.

Kerajaan negeri tidak beri kelulusan aktiviti korek pasir di Yan - MB Kedah
Kerajaan negeri Kedah menafikan terdapat kegiatan pengorekan pasir di kawasan perairan di beberapa pulau di Yan.

Degil korek pasir walaupun berkali-kali diarah henti kerja - PTG
Pihak syarikat itu didapati berhasrat membangunkan kawasan berkenaan yang mempunyai potensi aktiviti perlombongan pasir silika.

SAM gesa ambil tindakan segera kerja korek pasir di Sedim
Kerja-kerja pengeluaran pasir boleh menyebabkan struktur tanah menjadi tidak stabil yang boleh mengakibatkan hakisan dan jerlus.