KUANTAN: Tiada lagi lesen baharu perlombongan dikeluarkan selepas kawasan seluas 4,600 hektar di Tasik Chini, Pekan diwartakan sebagai Hutan Simpan Chini pada 13 Mac 2019, menurut Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang.
Menurut kenyataan PTG Pahang hari ini, sebanyak 14 lesen telah dikeluarkan sebelum pewartaan itu dibuat dan daripada jumlah tersebut, hanya dua masih beroperasi.
Satu lesen akan tamat pada hujung bulan ini manakala lesen satu lagi pemegang pajakan atau operator berakhir pada hujung tahun ini.
"Pihak berkuasa negeri (PBN) komited memastikan tiada lesen baharu akan dikeluarkan di kawasan Tasik Chini selain tidak akan berkrompromi atas kegagalan pematuhan syarat oleh pemegang pajakan atau operator.
"Pada 17 Jun 2020, PBN telah mengeluarkan arahan berhenti kerja serta-merta kepada 11 pemegang pajakan atau operator di kawasan Tasik Chini kerana berlaku ketidakpatuhan pada syarat kelulusan perlombongan," menurut kenyataan itu.
PTG Pahang berkata terdapat lapan agensi teknikal daripada kerajaan negeri dan persekutuan terlibat dalam penilaian pematuhan syarat aktiviti perlombongan, antaranya Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Jabatan lain ialah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pejabat Tanah dan Daerah (PTD), Badan Kawal Selia Air, Jabatan Perhilitan Negeri (JPN) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Selain itu, PBN juga telah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi Tindakan Pemulihan Akibat Ketidakpatuhan Kepada Syarat-syarat Kelulusan Aktiviti Perlombongan di Tasik Chini pada 20 Julai 2020 kepada semua pajakan dan operator berkenaan.
"Mereka hanya dibenarkan beroperasi setelah semua arahan dipatuhi, antaranya perlu melakukan penandaan sempadan yang jelas, menanam semula pokok, mendaftar penggunaan jentera, dikenakan bayaran bon jaminan RM250,000 dan menyediakan pos pasukan penguat kuasa.
"JPNP juga sejak 18 Nov 2019 hingga 30 Dis 2019, telah melaksanakan kerja pemulihan dan penanaman pokok di kawasan Tasik Chini melibatkan keluasan 1.2 hektar melalui Kumpulan Wang Amanah Pemulihan Bersama bernilai RM 250,000," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, pemantauan terhadap kualiti air Tasik Chini juga sentiasa dilakukan sejak 2005 melibatkan 15 stesen pemantauan air, dan hasil pemantauan mendapati kualiti air ialah pada tahap bersih dan selamat untuk semua hidupan air.
Selain itu, JAS juga telah menguatkuasakan perintah penyediaan laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA) bermula 2015 bagi memastikan kelestarian alam sekitar di situ.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 12 2021

Menurut kenyataan PTG Pahang hari ini, sebanyak 14 lesen telah dikeluarkan sebelum pewartaan itu dibuat dan daripada jumlah tersebut, hanya dua masih beroperasi. - Astro AWANI
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Tiada lesen perlombongan diluluskan selepas pewartaan Hutan Simpan Chini 2019
Sebanyak 14 lesen telah dikeluarkan sebelum pewartaan itu dibuat dan daripada jumlah tersebut, hanya dua masih beroperasi.