BESUT: Gara-gara tidak mampu menahan bahang panas, seorang lelaki nekad terjun dari Jambatan Sungai Besut.
Tindakan lelaki berusia 56 tahun itu menyebabkan dia terpaksa dibawa ke Hospital Besut untuk menerima rawatan selepas mengadu sakit di bahagian badan akibat terjatuh dari tempat tinggi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Azrol Anuar Nor berkata lelaki terbabit adalah mangsa yang dikatakan terjatuh dari jambatan sungai pada Rabu lalu.
BACA: Lelaki hilang selepas dipercayai terjatuh dari Jambatan Sungai Besut
Menurut Azroy, pihaknya menerima laporan berkenaan keadaan lelaki itu apabila isterinya yang berusia 53 tahun bersama anaknya tampil membuat aduan di Balai Polis Jertih.
Isteri mangsa sebelum ini terlihat berita yang dipaparkan di media sosial dan mendapati waktu kejadian serta ciri-ciri pakaian mangsa adalah sama yang dipakai suaminya.
Susulan itu operasi mencari dan menyelamatkan mangsa yang hilang ditamatkan serta-merta.
Terdahulu, penduduk sekitar gempar apabila seorang lelaki dikatakan terjatuh dari Jambatan Sungai Besut pada Rabu.
Berdasarkan maklumat awal, saksi ternampak mangsa yang memakai baju berwarna kelabu dan berkain sarung berada di jambatan tersebut.
Ketika melepasi jambatan, saksi mendakwa tidak lagi ternampak kelibat mangsa melalui cermin sisi kenderaan dan mengesyaki mangsa terjun dari jambatan.
Dia kemudiannya menghubungi pihak polis dan operasi mencari dan menyelamat dilancarkan.
Astro Awani
Thu Feb 03 2022

Operasi mencari dan menyelamat 'mangsa' dilancarkan selepas lelaki itu dipercayai terjun dari Jambatan Sungai Besut. -Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Lelaki terjun sungai elak ditahan polis ditemui lemas
Mayat seorang lelaki yang dipercayai terjun ke dalam Sungai Padang Terap, selepas panik dengan kehadiran polis yang melakukan serbuan dadah di kawasan itu, ditemukan lemas pada Isnin.

Lelaki terjun sungai elak ditahan polis dikhuatiri lemas
Seorang lelaki berusia 40-an yang cuba melarikan diri daripada ditahan polis dikhuatiri lemas setelah terjun ke dalam Sungai Padang Terap di Kampung Empa dekat Pokok Sena semalam.

Terjun sungai kerana panas
Lelaki berusia 56 tahun itu terpaksa dibawa ke Hospital Besut untuk menerima rawatan selepas mengadu sakit di bahagian badan akibat terjatuh dari tempat tinggi.

Tinggal nota sebelum terjun dalam sungai
Seorang lelaki terjun dalam sungai sebelum ditemukan lemas di Kampung Bukit Treh.

Bomba lancar operasi mencari lelaki terjun sungai
Pasukan Bomba Lundu melancarkan operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dipercayai terjun ke Sungai Batang Kayan pagi tadi.