TENOM: Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa ayat dan cara tulisan dalam teks diberikan Ebit Irawan Ibrahim Liew atau Ebit Lew kepadanya, sama dengan teks diberikan kepada mangsa yang lain.
Wanita berusia 40an itu berkata demikian selaku saksi kesembilan pendakwaan yang juga pengadu kes, pada perbicaraan kes gangguan seksual pendakwah tersebut di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.
Saksi itu memberitahu beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman pada 7 Ogos 2021, selepas membaca hantaran di Facebook oleh saksi pendakwaan pertama Akhi Fairuz Al-Jengkawi atau Mohd Fairuz Abu, mengenai gangguan seksual dilakukan seorang pendakwah terkenal.
Wanita itu berkata setelah berbincang, beliau dan suaminya mengambil keputusan untuk menghubungi nombor diberikan dalam hantaran itu melalui Whatsapp dan bertanya siapa pendakwah terkenal yang dimaksudkan, tetapi Mohd Fairuz tidak memberitahu nama pendakwah tersebut.
"Sebaliknya dia (Mohd Fairuz) kata kalau betul kami kena gangguan seksual, bagi contoh teks selepas itu saya tangkap layar contoh teks dari Ebit Lew dan berikan kepada (Mohd) Fairuz. Selepas itu Fairuz belum lagi mempercayai bahawa saya betul-betul mangsa dan meminta lagi contoh ayat yang dapat.
"Kami yang dahulu cakap itu adalah Ebit Lew. Kemudian Fairuz memberi kami contoh teks dari mangsa lain, dan apabila kami lihat ayat-ayat yang digunakan dan cara tulisan adalah sama dengan teks dari Ebit Lew (diterima saksi)," katanya dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad.
Saksi juga memberitahu mahkamah bahawa beliau menyimpan nama Ebit Lew sebagai 'uEL' dalam senarai kenalan di telefon bimbit miliknya.
Bagaimanapun saksi itu telah memadam nama 'uEL' yang merujuk kepada 'ustaz' Ebit Lew dari senarai telefon bimbitnya, sebelum membuat laporan polis pada 7 Ogos 2021.
Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan, antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 13 2024
Lew berdepan 11 pertuduhan, antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021. - Gambar fail
Lori terbakar bergerak sendiri disyaki akibat masalah enjin
Pemandu mengesan asap keluar dari bahagian enjin dan cuba memberhentikan kenderaan di tepi jalan, namun gagal apabila api semakin marak.
10 Berita Pilihan - (14 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 15 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PM Anwar akan segera kemuka Kertas Kabinet, aplikasi teknologi AI dalam perkhidmatan kerajaan
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk segera mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan blok rantai dalam sistem perkhidmatan kerajaan.
Kaji akses polis kepada data telefon bimbit dalam undang-undang sedia ada - Lee
Beberapa undang-undang, disaran supaya disemak semula bagi menyediakan garis panduan yang jelas dan khusus terhadap akses polis kepada data telefon bimbit.
ATF: Kukuh pelancongan serantau, jadikan ASEAN destinasi pilihan global
ATF 2025 bertujuan meningkatkan kehadiran pelancong ke ASEAN dengan memupuk rangkaian, perkongsian pengetahuan, dan mempromosikan produk pelancongan serantau.
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Labuan akan melancarkan Pelan Tindakan Pelancongan 2025 yang bertujuan meningaktkan sektor pelancongan dalam tempoh lima tahun akan datang.
Gencatan senjata: Masih awal untuk bergembira - Jurucakap Qatar
Katanya, perbincangan yang dijalankan memperlihatkan perkembangan positif namun masih terlalu awal untuk bergembira.
Khairul Hafiz pertimbang bersara jika tidak layak ke Sukan SEA 2025
Raja Pecut Asia Tenggara 2017 Khairul Hafiz Jantan memberi bayangan untuk bersara sekiranya tidak layak ke Sukan SEA di Thailand, pada 7 hingga 19 Dis tahun ini.
Pembaharuan adalah penting untuk bina ekonomi lebih berdaya tahan - Ahli ekonomi
Pembaharuan adalah langkah penting untuk mengubah Malaysia menjadi ekonomi yang lebih berdaya tahan dan bertenaga yang mampu menyesuaikan diri dengan cabaran domestik dan global.
Kes Ebit Lew: Saksi khuatir orang ramai tidak percaya jika buat laporan polis
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau memang berniat membuat laporan polis terhadap Ebit Lew, namun khuatir orang ramai tidak akan mempercayainya.
Ebit Lew cerita tentang layanan seks dimahukan - Saksi
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, pernah berbicara dengannya mengenai layanan seksual yang diinginkan oleh pendakwah itu.
Kes Ebit Lew: 'Mahu rendahkan ego suami' - Saksi
Saksi pendakwaan dalam kes Ebit Lew memberitahu Mahkamah dia ingin merendahkan ego suaminya selepas melihat kesan daripada peserta yang menyertai program Keluarga Sunnah.
'Ebit Lew selalu minta gambar, suruh buka semua pakaian' - Saksi
Pengadu dalam kes Ebit Lew memberitahu mahkamah bahawa pendakwah tersebut telah mengarahkannya membuka semua pakaian dan berbogel.
Saksi nafi mudah didekati, bincang imej badan untuk elak Ebit Lew minta gambar
Saksi menolak andaian bahawa dia seorang yang mudah berbincang mengenai imej badan dan menjelaskan ia adalah cara untuk mengelak daripada Ebit Lew meminta gambarnya.
'Ada hikmah rakam video, bukti suara Ebit Lew' - Saksi
Saksi yang juga pengadu dalam kes ini malah tidak menyesali tindakannya itu kerana video tersebut dijadikan bahan bukti dalam perbicaraan kes tersebut.
'Saya tidak bercinta dengan Ebit Lew' - Saksi
Saksi mengaku bahawa dia yang menaip mesej 'macam orang bercinta' namun ia bukan bermaksud bahawa dia sedang bercinta.
Ebit Lew minta saksi padam mesej melalui WhatsApp
Menurut saksi itu, Lew turut memberitahunya menerusi mesej WhatsApp pada 30 Julai 2021 bahawa telefon bimbit milik pendakwah berkenaan akan dirampas oleh pihak polis.
Saksi tidak serah telefon bimbit rakam panggilan video Ebit Lew kepada polis
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau tidak menyerahkan sebuah telefon bimbit yang digunakan untuk merakam panggilan video dengan Ebit Lew, kepada polis.
'Saya tukar nama FB, IG sebab takut Ebit Lew ganggu lagi' - Saksi
Pengadu dalam kes Ebit Lew memberitahu mahkamah bahawa dia terpaksa menukar nama dalam akaun media sosialnya di Facebook dan Instagram kerana takut diganggu oleh pendakwah tersebut.