Berkuat kuasa Januari tahun depan, kuasa untuk menetapkan harga tambang bas sekolah terletak pada persetujuan antara tiga pihak iaitu ibu bapa, sekolah dan pengendali bas, manakala Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hanya akan berperanan sebagai pemantau keadaan.
Pengerusi Spad, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata pendekatan itu diambil setelah pihaknya bersetuju untuk menghentikan peraturan penetapan harga siling tambang bas sekolah yang terpakai terhadap pengendali bas sekolah selama ini.
"Melalui pendekatan baharu ini, terpulang kepada ibu bapa, pihak sekolah dan pengendali bas untuk berbincang mengenai kadar tambang yang dimahukan.
"Tetapi kita (SPAD) sebagai pemantau akan pastikan tiada pihak yang sewenang-wenang mengambil kesempatan mengenakan harga yang melampau.
"Jika ini berlaku, tindakan seperti membatalkan lesen operasi boleh dilakukan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Syed Hamid berharap menerusi pendekatan itu, isu kenaikan kadar tambang bas sekolah oleh kira-kira 15,000 pengendali bas sekolah yang sah di seluruh negara tidak timbul lagi.
"Sudah cukup sekadar untuk kita memberi mereka ruang menentukan kadar tambang. Kita telah memutuskan demikian setelah mengambil kira maklum balas pihak berkepentingan dan menilai kenaikan kos operasi seperti bahan api, penyelenggaraan, pembaikan serta barang ganti bas.
"Jadi tidak timbul lagi mengapa mereka (pengendali bas) masih hendak naikkan harga, semuanya sudah lengkap," jelas beliau.
Ditanya mengenai kelebihan lain menerusi langkah itu, Syed Hamid berkata pendekatan itu juga dijangka akan menarik lebih ramai pengendali bas terutama yang menjalankan perkhidmatan tanpa lesen untuk mendaftar dengan SPAD.
"Sebab utama mereka (pengendali bas) berbuat demikian ialah mereka mahu juga bersaing sengit untuk menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada ibu bapa.
"Ibu bapa pula mempunyai kuasa untuk membuat penawaran serta menentukan kadar tambang mengikut jenis dan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan," katanya.
Ketika ini, Spad menganggarkan kira-kira 30,000 pengendali bas sekolah masih belum berdaftar dengan pihaknya di seluruh negara.
Syed Hamid berkata selari dengan pendekatan baharu itu, Skim Insurans Murid Sekolah juga turut diwujudkan bagi melindungi murid semasa menaiki bas sekolah.
"Buku Panduan SPAD mengenai keselamatan untuk pengendali bas sekolah juga akan dikeluarkan dalam masa terdekat sebagai rujukan kepada setiap pengendali bas sekolah," katanya.
Bernama
Fri Oct 03 2014
![Tambang bas sekolah ditentukan ibu bapa, sekolah dan pengendali bas - SPAD Tambang bas sekolah ditentukan ibu bapa, sekolah dan pengendali bas - SPAD](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/41387023771_295x200.jpg)
SPAD: Terpulang kepada ibu bapa, pihak sekolah dan pengendali bas untuk berbincang mengenai kadar tambang yang dimahukan. -Gambar fail
![Biar dihina, difitnah, tidak ganggu fokus angkat darjat rakyat - PM Anwar Biar dihina, difitnah, tidak ganggu fokus angkat darjat rakyat - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723789329_AnwarIbrahim.jpg)
Biar dihina, difitnah, tidak ganggu fokus angkat darjat rakyat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru 1.6 juta penjawat awam untuk menjadi benteng kepada negara.
![Raisya Rasyiqah ditemukan selamat Raisya Rasyiqah ditemukan selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723784886_TBHilang.jpg)
Raisya Rasyiqah ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sebelum ini ditemukan selamat di pekan Beranang pada Khamis.
![Jepun terus komited labur dalam tenaga hijau Malaysia, fokus pada hidrogen - Fadillah Jepun terus komited labur dalam tenaga hijau Malaysia, fokus pada hidrogen - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723787995_APECPERU.jpg)
Jepun terus komited labur dalam tenaga hijau Malaysia, fokus pada hidrogen - Fadillah
Katanya, Jepun melabur di Sarawak dalam industri yang sama dan akan terus memberikan komitmen untuk menyokong Malaysia dari segi pelaburan.
![Aplikasi Threads perkenal ciri baharu Aplikasi Threads perkenal ciri baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722488727_MetaThreads.jpg)
Aplikasi Threads perkenal ciri baharu
Kemas kini itu termasuk keupayaan untuk menyimpan sehingga 100 draf, skrin Insights dan ciri penyusunan semula lajur.
![AIU fail rayuan kes doping pelari pecut AS di Paris 2024 AIU fail rayuan kes doping pelari pecut AS di Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723787361_Knightondoping.jpg)
AIU fail rayuan kes doping pelari pecut AS di Paris 2024
Knighton diuji positif trenbolone steroid pada 26 Mac tetapi US ADA memutuskan keputusan positif itu mungkin disebabkan oleh daging yang tercemar.
[TERKINI] Pengumuman KDNK suku tahun kedua 2024
Ikuti sidang media bersama Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour dan Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin mengenai Keluaran Perangkaan KDNK 2024.
![Kaedah lantikan tetap, bercarum sedang dalam kajian - PM Anwar Kaedah lantikan tetap, bercarum sedang dalam kajian - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723787286_MajlisAmanatPerdan.jpg)
Kaedah lantikan tetap, bercarum sedang dalam kajian - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini bertujuan memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
![YSF 2024: Pemerkasaan generasi muda terhadap isu perubahan iklim, inisiatif mampan YSF 2024: Pemerkasaan generasi muda terhadap isu perubahan iklim, inisiatif mampan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723785840_kelabbeliaperihatin.jpg)
YSF 2024: Pemerkasaan generasi muda terhadap isu perubahan iklim, inisiatif mampan
Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri perlu mempunyai hala tuju yang jelas dari segi usaha untuk dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang.
![Laporan akhir nahas pesawat di Bandar Elmina dikeluarkan hari ini Laporan akhir nahas pesawat di Bandar Elmina dikeluarkan hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723785155_TBTerhempas.jpg)
Laporan akhir nahas pesawat di Bandar Elmina dikeluarkan hari ini
Laporan akhir nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor yang meragut 10 nyawa pada 17 Ogos tahun lepas akan dikeluarkan pada 3 petang ini.
![MyPerformance ganti LNPT, gaji tahunan hanya libat pegawai capai prestasi - PM Anwar MyPerformance ganti LNPT, gaji tahunan hanya libat pegawai capai prestasi - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723786861_AnwarIbrahim.jpg)
MyPerformance ganti LNPT, gaji tahunan hanya libat pegawai capai prestasi - PM Anwar
Peraturan baharu menangani isu kegagalan tadbir urus pengurusan kewangan awam dan pengukuhan prosedur tatatertib yang lebih tegas bagi pegawai yang tidak hadir bertugas.
![Lelaki tersepit, 15 pelajar sekolah terselamat nahas lori dan bas sekolah Lelaki tersepit, 15 pelajar sekolah terselamat nahas lori dan bas sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722231497_Lelakitersepit.jpg)
Lelaki tersepit, 15 pelajar sekolah terselamat nahas lori dan bas sekolah
Seramai 15 pelajar terselamat dalam kemalangan membabitkan bas sekolah dinaiki mereka dengan sebuah lori di Kampung Nasib, Jalan Sungai Siput- Kuala Kangsar, dekat sini hari ini.
![Pengusaha bas sekolah boleh rayu bantuan subsidi diesel - PM Pengusaha bas sekolah boleh rayu bantuan subsidi diesel - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718444928_tbAnwarIbrahim.jpg)
Pengusaha bas sekolah boleh rayu bantuan subsidi diesel - PM
Pengusaha bas sekolah dan syarikat yang tidak menerima subsidi susulan penyasaran subsidi diesel masih boleh merayu dan sekiranya layak, permohonan mereka akan dipertimbang.
![Kenaikan tambang bas sekolah, MOT terima maklum balas daripada pelbagai pihak Kenaikan tambang bas sekolah, MOT terima maklum balas daripada pelbagai pihak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705320549_HasbiHabibollah.jpg)
Kenaikan tambang bas sekolah, MOT terima maklum balas daripada pelbagai pihak
MOT menerima maklum balas daripada pelbagai pihak berhubung cadangan kenaikan kadar tambang bas sekolah bagi sesi persekolahan penggal baharu pada Mac.
![Van sekolah kemalangan, 5 murid luka terkena serpihan kaca Van sekolah kemalangan, 5 murid luka terkena serpihan kaca](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686038695_Vansekolahkemalan.jpg)
Van sekolah kemalangan, 5 murid luka terkena serpihan kaca
Seramai lima daripada 10 murid mengalami luka apabila van sekolah dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di simpang tiga Jalan Nusari Bayu 1, di sini pada Selasa.
![Bas sekolah, pengangkutan awam dikecualikan subsidi bersasar diesel - Ahmad Maslan Bas sekolah, pengangkutan awam dikecualikan subsidi bersasar diesel - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71614416661_bassekolahcovid.jpg)
Bas sekolah, pengangkutan awam dikecualikan subsidi bersasar diesel - Ahmad Maslan
Subsidi bersasar bagi diesel yang akan dilaksanakan kelak, tidak akan dikenakan kepada bas sekolah dan pengangkutan awam untuk mengelak berlaku kenaikan tambang.
![Pengusaha bas sekolah mohon pemeriksaan Puspakom setahun sekali Pengusaha bas sekolah mohon pemeriksaan Puspakom setahun sekali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647764493_bassekolahcovid.jpg)
Pengusaha bas sekolah mohon pemeriksaan Puspakom setahun sekali
Sistem tempahan dalam talian yang sedia ada memerlukan janji temu dan agak merumitkan.
![Lanjutan had usia bas sekolah perlu utamakan faktor keselamatan menyeluruh Lanjutan had usia bas sekolah perlu utamakan faktor keselamatan menyeluruh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71641819597_SijilPelajaranSeko.jpg)
Lanjutan had usia bas sekolah perlu utamakan faktor keselamatan menyeluruh
Laporan MIROS mengenai kajian sama ada perkara itu boleh dilaksanakan akan mengambil kira faktor itu.
![Pengusaha bas sekolah hadapi kesukaran beroperasi - Persatuan Pengusaha bas sekolah hadapi kesukaran beroperasi - Persatuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71641819597_SijilPelajaranSeko.jpg)
Pengusaha bas sekolah hadapi kesukaran beroperasi - Persatuan
Kerajaan diminta memberi perhatian terhadap masalah dihadapi pengusaha bas di seluruh negara yang mengalami kesukaran untuk beroperasi ketika sesi persekolahan dibuka semula.
![Pemandu bas sekolah perlu turun dari kenderaan dan pantau pelajar Pemandu bas sekolah perlu turun dari kenderaan dan pantau pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-12/81546157050_BasSekolah.jpg)
Pemandu bas sekolah perlu turun dari kenderaan dan pantau pelajar
Pemandu-pemandu bas atau van sekolah digalakkan untuk turun dari kenderaan dan memantau pelajar turun dengan selamat.
![Pembukaan sekolah: Ibu bapa tekan kepentingan patuhi SOP Pembukaan sekolah: Ibu bapa tekan kepentingan patuhi SOP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633271874_PEMBUKAANSEKOLAH.jpg)
Pembukaan sekolah: Ibu bapa tekan kepentingan patuhi SOP
Pembukaan sekolah secara berperingkat bermula hari ini di beberapa negeri di Malaysia dianggap sangat penting untuk memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran.