KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta memberi perhatian terhadap masalah dihadapi pengusaha bas di seluruh negara yang mengalami kesukaran untuk beroperasi ketika sesi persekolahan dibuka semula dalam situasi pandemik COVID-19.
Presiden Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM) Amali Munif Rahmat berkata masalah utama dihadapi pengusaha bas ketika ini adalah berkaitan yuran, yang sama ada enggan dibayar penuh oleh ibu bapa atau tidak dibayar langsung.
Beliau berkata lebih 50 peratus ibu bapa tidak mahu membayar yuran perkhidmatan bas sekolah kerana sistem penggiliran yang digunakan Kementerian Pendidikan (KPM) melibatkan kehadiran pelajar ke sekolah, bermula semalam.
Menurut Amali Munif, perkara itu agak membebankan pengusaha bas sekolah kerana hasil kutipan yuran tidak mencapai separuh daripada jumlah sebelum ini untuk menampung kos perkhidmatan tersebut.
"Kita perlu bayar gaji pemandu secara penuh untuk sebulan, ansuran bulanan lagi, pihak pinjaman wang pun dah tanya bila nak bayar. Sekolah baru buka hari ini, mereka dah tanya bila nak bayar," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Amali Munif berkata sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kerajaan pada Mac lepas, terdapat kira-kira 16,000 bas sekolah beroperasi di seluruh negara namun kini lebih kurang 8,000 sahaja yang kekal beroperasi.
Lebih menyedihkan, menurutnya terdapat juga pengusaha bas yang beroperasi secara haram ketika ini kerana tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi berbanding jika secara berlesen.
"Hal ini kerana sebagai pengusaha bas berlesen kami kena bayar pusat pemeriksaan kenderaan berkomputer (Puspakom), insurans dan lain-lain menjadikan kos lebih tinggi. Jumlah pengusaha tidak berlesen pula bertambah sebab ramai yang kena berhenti kerja.
"Itu sebabnya sesetengah pengusaha bas menaikkan tambang kerana nak tampung kos, namun sebahagian (pengusaha bas) bukan semua," katanya.
Justeru, beliau mencadangkan kerajaan supaya menetapkan pengoperasian bas sekolah sebagai satu perkhidmatan perlu bagi membolehkan golongan itu menjadi antara keutamaan apabila melibatkan pemberian bantuan.
"Dalam Bajet 2022 pun langsung tidak disebut bantuan untuk bas sekolah, itu yang kami kesal," kata Amali Munif.
Pada 24 Dis lepas, KPM mengumumkan tarikh persekolahan penggal 3 bermula 9 Jan bagi kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, serta 10 Jan bagi kumpulan B iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) Mohd Rofik Mohd Yusof berkata ketika ini permintaan untuk perkhidmatan bas sekolah tidak begitu menggalakkan, selain kesukaran membayar kos penyelenggaraan dan memperbaharui insurans.
Katanya, sikap ibu bapa yang masih berkira-kira untuk menggunakan perkhidmatan bas sekolah berikutan sistem penggiliran yang dilaksanakan KPM juga tidak membantu apabila melibatkan pembayaran yuran kepada pengusaha bas.
"Kami bayar insurans, cukai jalan, Puspakom untuk setahun. Mereka (ibu bapa) bayarlah sebulan penuh sebab bagi pengusaha bas sekolah itu sahaja pendapatan mereka kini. Kami juga minta kerajaan supaya beri subsidi diesel pada harga RM1 satu liter untuk bas sekolah sahaja," katanya.
Beliau difahamkan rata-rata tidak sampai 10 murid dan pelajar yang menggunakan perkhidmatan bagi sebuah bas sekolah, menyukarkan lagi mereka untuk terus beroperasi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 10 2022
![Pengusaha bas sekolah hadapi kesukaran beroperasi - Persatuan Pengusaha bas sekolah hadapi kesukaran beroperasi - Persatuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71641819597_SijilPelajaranSeko.jpg)
Presiden Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Amali Munif Rahmat membuat pemeriksaan bagi memastikan keadaan bas dalam keadaan baik sebelum membawa pelajar-pelajar sekolah. - Gambar fail/BERNAMA
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Pengusaha bas sekolah boleh rayu bantuan subsidi diesel - PM Pengusaha bas sekolah boleh rayu bantuan subsidi diesel - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718444928_tbAnwarIbrahim.jpg)
Pengusaha bas sekolah boleh rayu bantuan subsidi diesel - PM
Pengusaha bas sekolah dan syarikat yang tidak menerima subsidi susulan penyasaran subsidi diesel masih boleh merayu dan sekiranya layak, permohonan mereka akan dipertimbang.
![Kenaikan tambang bas sekolah, MOT terima maklum balas daripada pelbagai pihak Kenaikan tambang bas sekolah, MOT terima maklum balas daripada pelbagai pihak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705320549_HasbiHabibollah.jpg)
Kenaikan tambang bas sekolah, MOT terima maklum balas daripada pelbagai pihak
MOT menerima maklum balas daripada pelbagai pihak berhubung cadangan kenaikan kadar tambang bas sekolah bagi sesi persekolahan penggal baharu pada Mac.
![Van sekolah kemalangan, 5 murid luka terkena serpihan kaca Van sekolah kemalangan, 5 murid luka terkena serpihan kaca](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686038695_Vansekolahkemalan.jpg)
Van sekolah kemalangan, 5 murid luka terkena serpihan kaca
Seramai lima daripada 10 murid mengalami luka apabila van sekolah dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di simpang tiga Jalan Nusari Bayu 1, di sini pada Selasa.
![Bas sekolah, pengangkutan awam dikecualikan subsidi bersasar diesel - Ahmad Maslan Bas sekolah, pengangkutan awam dikecualikan subsidi bersasar diesel - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71614416661_bassekolahcovid.jpg)
Bas sekolah, pengangkutan awam dikecualikan subsidi bersasar diesel - Ahmad Maslan
Subsidi bersasar bagi diesel yang akan dilaksanakan kelak, tidak akan dikenakan kepada bas sekolah dan pengangkutan awam untuk mengelak berlaku kenaikan tambang.
![Pengusaha bas sekolah mohon pemeriksaan Puspakom setahun sekali Pengusaha bas sekolah mohon pemeriksaan Puspakom setahun sekali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647764493_bassekolahcovid.jpg)
Pengusaha bas sekolah mohon pemeriksaan Puspakom setahun sekali
Sistem tempahan dalam talian yang sedia ada memerlukan janji temu dan agak merumitkan.
![Lanjutan had usia bas sekolah perlu utamakan faktor keselamatan menyeluruh Lanjutan had usia bas sekolah perlu utamakan faktor keselamatan menyeluruh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71641819597_SijilPelajaranSeko.jpg)
Lanjutan had usia bas sekolah perlu utamakan faktor keselamatan menyeluruh
Laporan MIROS mengenai kajian sama ada perkara itu boleh dilaksanakan akan mengambil kira faktor itu.
![Pengusaha bas sekolah hadapi kesukaran beroperasi - Persatuan Pengusaha bas sekolah hadapi kesukaran beroperasi - Persatuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71641819597_SijilPelajaranSeko.jpg)
Pengusaha bas sekolah hadapi kesukaran beroperasi - Persatuan
Kerajaan diminta memberi perhatian terhadap masalah dihadapi pengusaha bas di seluruh negara yang mengalami kesukaran untuk beroperasi ketika sesi persekolahan dibuka semula.
![Pemandu bas sekolah perlu turun dari kenderaan dan pantau pelajar Pemandu bas sekolah perlu turun dari kenderaan dan pantau pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-12/81546157050_BasSekolah.jpg)
Pemandu bas sekolah perlu turun dari kenderaan dan pantau pelajar
Pemandu-pemandu bas atau van sekolah digalakkan untuk turun dari kenderaan dan memantau pelajar turun dengan selamat.
![Pembukaan sekolah: Ibu bapa tekan kepentingan patuhi SOP Pembukaan sekolah: Ibu bapa tekan kepentingan patuhi SOP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633271874_PEMBUKAANSEKOLAH.jpg)
Pembukaan sekolah: Ibu bapa tekan kepentingan patuhi SOP
Pembukaan sekolah secara berperingkat bermula hari ini di beberapa negeri di Malaysia dianggap sangat penting untuk memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran.
![Tarikh pembayaran PEMERKASA Tambahan dipinda, akan bermula 27 Julai - APAD Tarikh pembayaran PEMERKASA Tambahan dipinda, akan bermula 27 Julai - APAD](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-03/71521796377_teksi.jpg)
Tarikh pembayaran PEMERKASA Tambahan dipinda, akan bermula 27 Julai - APAD
Penerima akan menerima pembayaran bermula 27 Julai ini, dipinda daripada perancangan terdahulu untuk pemberian dibuat sebelum 15 Julai.