SIBU: Taktik lima individu menggunakan kebun sayur untuk menyembunyikan kegiatan penanaman ganja mereka di Sungai Bidut dekat sini terbongkar dalam serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sibu Rabu lepas.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata kelima-lima individu berumur 29 hingga 59 tahun itu terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita tempatan serta seorang lelaki dan seorang wanita warga asing.
Beliau berkata polis turut merampas 34 pokok ganja berketinggian antara 0.6 meter dan 2.13 meter dianggarkan bernilai RM56,346 pada serbuan antara 7.30 pagi hingga 3.30 petang itu.
"Sebuah kereta bernilai RM40,000 yang digunakan suspek disita di bawah Seksyen 25 Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Menurutnya, kesemua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan hanya lelaki tempatan berkenaan didapati positif terhadap dadah jenis tetrahydnocarrabinol.
Mancha berkata kesemua mereka direman dua hari bermula semalam bagi siasatan mengikut Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala lelaki tempatan itu turut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) akta yang sama kerana mengambil dadah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 29 2022

Datuk Mancha Ata (dua, kiri) menunjukkan dadah yang dirampas dalam aktiviti pengedaran dadah yang menggunakan khidmat kurier pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak hari ini. - Bernama

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan hari kedua
Semalam, SPRM ambil masa lima jam rekod keterangan Ahli Parlimen Bera itu berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Touch n Go eWallet perkenal Parkir LPR, bayar parkir automatik melalui pengecaman nombor plat
Ia memudahkan pengguna untuk memasuki kawasan parkir kenderaan dan keluar dengan mudah, tanpa perlu menyentuh kad pada terminal.
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

'Hasrat Tengku Zafrul bersifat peribadi, bukan petanda perpecahan UMNO'
Ahmad Marthada berkata, langkah itu juga tidak menjejaskan kestabilan parti kerana Tengku Zafrul bukan antara pemimpin berpengaruh dalam UMNO.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Mahkamah tolak ikat jamin bekas duta, anak
Datuk Zainal Abidin Alias dan anaknya, Mohamed Rizal hadapi pertuduhan memiliki, menanam dan mengedar ganja di Janda Baik.

Tiga anggota kumpulan pemuzik jalanan ditahan, tanam ganja dalam pasu
Dua lelaki dan seorang wanita yang juga ahli sebuah kumpulan pemuzik jalanan (busker) ditahan atas kesalahan memiliki pokok ganja dan mengambil ganja.

Taktik guna kebun sayur untuk tanam ganja terbongkar di Sibu
Lima individu itu terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita tempatan serta seorang lelaki dan seorang wanita warga asing.

Thailand: Ganja untuk kegunaan bukan rekreasi tidak lagi jadi kesalahan jenayah
Thailand menjadi negara Asia pertama yang menghapuskan ganja daripada senarai narkotiknya dan membenarkan orang ramai menanam tumbuhan itu di rumah.

Tanam 102 pokok ganja: Reman anak bekas diplomat dilanjut lima hari
Dalam satu serbuan, polis menemukan 102 pokok disyaki ganja yang dikatakan rampasan ganja terbesar dalam negara setakat ini.

Yasin perlu rawatan pakar psikiatri segera - Peguam
Penyanyi, Yasin Sulaiman, 47, yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh, Selangor perlu mendapatkan rawatan pakar psikiatri dengan segera.

Tiga beranak tanam pokok, edar ganja ditahan
Polis menemui lapan pokok ganja serta 23 botol mengandungi daun kering dipercayai ganja dianggarkan bernilai RM19,000 bagi nilai pasaran tempatan atau RM54,000 bagi nilai pasaran antarabangsa.