KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh, Selangor perlu mendapatkan rawatan pakar psikiatri dengan segera.
Peguamnya, Yusmadi Yusoff berkata beliau sendiri telah bertemu Yasin, 47, pada Khamis lalu dan anak guamnya itu meminta supaya rawatan ke atas dirinya disegerakan.
Katanya, walaupun secara fizikal Yasin dilihat sihat dan mendapat penjagaan yang baik daripada pihak penjara, namun kesihatan mentalnya memerlukan pemerhatian pakar.
"Insya-Allah esok saya akan tulis surat secara rasmi kepada Pengarah Penjara Sungai Buloh untuk memohon perhatian daripada pihak penjara.
"Tuan Majistret turut mengarahkan pihak yang menjaga Yasin memberi rawatan.
"Alhamdulillah, dia mendapat layanan yang baik di penjara dan saya rakamkan terima kasih kepada pegawai-pegawai penjara berkenaan.
"Pun begitu saya akan berusaha agar rawatan yang sepatutnya yang beliau dapat perlu dipercepatkan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini, hari ini.
Jelas Yusmadi, selain Yasin, ahli keluarga komposer lagu Mimpi Laila itu sendiri telah merujuk kepada beliau untuk memberi rekod-rekod rawatan Yasin.
"Ia termasuk rawatan dengan pakar di Hospital Pantai dan dia kami (pasukan peguam) dalam proses mendapatkan rekod rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (kini dikenali Hospital Canselor Tuanku Muhriz) yang beliau dimasukkan selama hampir lebih dua minggu pada 2009.
BACA: Yasin tiba di mahkamah untuk didakwa
"Melalui Yasin, saya telah mendapat nama-nama doktor yang beliau pernah mendapatkan rawatan kerana proses untuk mendapatkan laporan-laporan ini perlu melalui prosedur termasuk mendapatkan kebenaran daripada pesakit kerana melibatkan rekod peribadinya," ujarnya.
BACA: Usahakan 'kebun' ganja dalam rumah, bekas penyanyi nasyid terima padah
Mengulas lanjut, Yusmadi menjelaskan bahawa Yasin tidak berselindung berkenaan penyakit yang dialaminya kerana perkara tersebut telah berada di ruang awam seperti video atau berita sejak beberapa tahun yang lalu.
BACA: Usahakan 'kebun' ganja di rumah: Bekas penyanyi nasyid dituduh di mahkamah esok
Sebelum ini, Yasin tidak dibenarkan ikat jamin oleh Mahkamah Sesyen dan Majistret atas dua pertuduhan mengedar dan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara dan menetapkan 18 Mei untuk sebutan semula kes.
Astro Awani
Mon Apr 11 2022
Walaupun secara fizikal Yasin dilihat sihat dan mendapat penjagaan yang baik daripada pihak penjara, namun kesihatan mentalnya memerlukan pemerhatian pakar. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Subsidi RON95: Kerajaan masih pertimbang kriteria golongan T15
Kerajaan masih mempertimbangkan kriteria golongan T15 untuk menentukan kelayakan kumpulan tersebut mendapat subsidi petrol RON95 atau sebaliknya.
Ribut Kristine: Terima kasih Malaysia - Presiden Filipina
Presiden Filipinan dalam panggilan telefonnya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan atas bantuan yang diberikan untuk membantu mangsa ribut Kristine yang melanda negara tersebut.
Malaysia sasar tingkat kerjasama serantau
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia juga akan menerima prinsip masa depan bersama yang dipromosikan oleh China untuk menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN.
Malaysia komited majukan hubungan ekonomi
Perdana Menteri menegaskan, prinsip "Masa Depan Bersama" yang dipromosikan oleh China dan diterima baik oleh banyak negara termasuk Asia dan Selatan Global, antara sebab utama Malaysia bersetuju untuk menyertai BRICS.
Kes rogol: Pendakwaan fail rayuan hukuman terhadap Da'i Syed
Pihak pendakwaan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi berhubung hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan yang dikenakan terhadap pendakwah selebriti, Da'i Syed atas satu pertuduhan merogol.
Taufan Kristine: Presiden Marcos hargai sokongan Malaysia
Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr., menyampaikan penghargaan kepada Malaysia atas bantuan penting yang diberikan semasa operasi bantuan selepas Taufan Kristine yang dahsyat.
Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.
AWANI Ringkas: Kerja empat hari seminggu, tanpa potong gaji
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mungkin guna MyKad, e-dompet salur subsidi RON95 - Amir Hamzah
Mekanisme Mykad atau e-dompet mungkin akan diguna dalam penyaluran subsidi RON95 kepada rakyat yang layak.
Polis rampas dadah RM2.3 juta, tahan dua wanita warga Indonesia, tiga lelaki tempatan
Polis menahan tiga lelaki tempatan dan dua wanita warga Indonesia selepas menemukan pelbagai jenis dadah bernilai RM2.3 juta dalam serbuan Jumaat lepas.
Yasin dipenjara seumur hidup, 16 sebatan kes dadah
Mendengar keputusan itu, riak wajah penyanyi itu kelihatan sugul sementara ahli keluarganya menangis di galeri awam mahkamah.
'Alhamdulillah, sekarang duduk di hospital makin sihat' - Yasin
Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman merasakan dirinya semakin sihat sejak menerima rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
Kamil Munim bertemu Yasin di Hospital Bahagia
Pihak hospital tersebut memberi peluang untuk melawat penyanyi berusia 48 tahun itu dan beberapa pesakit lain yang turut menjalani rawatan.
Yasin dilepas, bebas tiga pertuduhan dadah kerana tidak waras
Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di sini daripada tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya.
Kes dadah: Nasib Yasin diketahui esok
Sama ada Yasin dibebaskan atau disabitkan bersalah atas tiga pertuduhan dadah akan diputuskan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya esok.
'Saya mahu kembali ke Hospital Tanjung Rambutan, harap kes selesai segera' - Yasin
Yasin menyatakan dia sudah menjangkakan keputusan Mahkamah Sesyen hari ini bahawa wujudnya kes prima facie atas tiga pertuduhan terhadapnya.
Yasin diperintah bela diri tiga kes dadah
Yasin Sulaiman diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Selasa, atas tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya.
Kes dadah Yasin: Keputusan bebas atau bela diri diketahui esok
Keputusan sama ada Muhammad Yasin dipanggil untuk membela diri atau dibebaskan daripada tiga pertuduhan kes dadah yang dihadapinya akan diketahui esok.
Yasin harap kes segera selesai, mahu dapat rawatan
Yasin memaklumkan, sebelum ini dia dirujuk ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan selama 56 hari untuk mendapatkan rawatan intensif.