KAJANG: Kegiatan haram tiga beranak warga Singapura menanam pokok ganja dan mengedarnya terbongkar selepas diberkas polis dalam serbuan di sebuah banglo di Semenyih di sini Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, serbuan kira-kira jam 10 malam itu hasil daripada maklumat dan risikan.
“Dalam serbuan itu, polis menemui lapan pokok ganja serta 23 botol mengandungi daun kering dipercayai ganja dianggarkan bernilai RM19,000 bagi nilai pasaran tempatan atau RM54,000 bagi nilai pasaran antarabangsa.
“Kami merampas peralatan digunakan untuk menanam pokok berkenaan selain lampu haba, tabung oksigen dan penapis udara.
"Selain itu turut dirampas adalah sebuah kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini pada Isnin.
Beliau berkata, siasatan pihaknya mendapati tiga beranak terdiri daripada bapa serta dua anak itu dipercayai membeli benih pokok ganja itu dari laman sesawang yang beroperasi di Amerika Syarikat.
"Kegiatan suspek dipercayai telah aktif sejak empat bulan lalu dengan menjual dadah itu bagi pasaran tempatan serta antarabangsa terutama negara-negara Asia menerusi media sosial.
"Selain itu, ujian air kencing dilakukan mendapati seorang daripada tiga suspek berkenaan positif dadah," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Zaid berkata, kesemua suspek lelaki berusia 23 hingga 58 tahun itu direman selama lima hari hingga 30 Jun ini dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6B akta sama.
Artikel asal di Sinar Harian: Tiga beranak tanam pokok, edar ganja ditahan
Sinar Harian
Mon Jun 28 2021

Mohd Zaid menunjukkan antara pokok ganja yang dirampas polis dalam serbuan di sebuah banglo di Semenyih, pada Jumaat lalu. -Foto Sinar Harian
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Mahkamah tolak ikat jamin bekas duta, anak
Datuk Zainal Abidin Alias dan anaknya, Mohamed Rizal hadapi pertuduhan memiliki, menanam dan mengedar ganja di Janda Baik.

Tiga anggota kumpulan pemuzik jalanan ditahan, tanam ganja dalam pasu
Dua lelaki dan seorang wanita yang juga ahli sebuah kumpulan pemuzik jalanan (busker) ditahan atas kesalahan memiliki pokok ganja dan mengambil ganja.

Taktik guna kebun sayur untuk tanam ganja terbongkar di Sibu
Lima individu itu terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita tempatan serta seorang lelaki dan seorang wanita warga asing.

Thailand: Ganja untuk kegunaan bukan rekreasi tidak lagi jadi kesalahan jenayah
Thailand menjadi negara Asia pertama yang menghapuskan ganja daripada senarai narkotiknya dan membenarkan orang ramai menanam tumbuhan itu di rumah.

Tanam 102 pokok ganja: Reman anak bekas diplomat dilanjut lima hari
Dalam satu serbuan, polis menemukan 102 pokok disyaki ganja yang dikatakan rampasan ganja terbesar dalam negara setakat ini.

Yasin perlu rawatan pakar psikiatri segera - Peguam
Penyanyi, Yasin Sulaiman, 47, yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh, Selangor perlu mendapatkan rawatan pakar psikiatri dengan segera.

Tiga beranak tanam pokok, edar ganja ditahan
Polis menemui lapan pokok ganja serta 23 botol mengandungi daun kering dipercayai ganja dianggarkan bernilai RM19,000 bagi nilai pasaran tempatan atau RM54,000 bagi nilai pasaran antarabangsa.