TEMERLOH: Permohonan bekas duta dan anaknya yang menghadapi pertuduhan memiliki, menanam dan mengedar dadah jenis ganja untuk dibebaskan dengan ikat jamin ditolak Mahkamah Tinggi Temerloh, hari ini.
Pesuruhjaya Kehakiman, Roslan Mat Noor membacakan keputusan mahkamah setelah mendengar hujah-hujah daripada peguam tertuduh, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan pihak pendakwaan yang diketuai oleh Pengarah Pendakwaan Pahang, Abdul Ghafar Abdul Latif.
Sebelum itu, Roslan juga telah membentang hujah bertulis selama lebih 50 minit bagi menerangkan keputusan mahkamah yang menolak permohonan tersebut.
Jelasnya, mahkamah memutuskan tidak membenarkan ikat jamin kepada kedua-dua tertuduh kerana ia membabitkan kesalahan yang tidak boleh diikat jamin.
Pada masa sama, Roslan menjelaskan, di bawah Seksyen 41B Akta Dadah Berbahaya 1952, mana-mana tertuduh yang dituduh di bawah Seksyen 39B akta yang sama tidak boleh dijamin dan ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Mahkamah menetapkan 27 Febuari depan sebagai tarikh pengurusan kes.
Sebelum itu, tertuduh, Datuk Zainal Abidin Alias, 78, dan anaknya, Mohamed Rizal Zainal Abidin, 53, memahami pertuduhan yang dibaca dan mengaku tidak bersalah selepas tiga kertas pertuduhan dibaca jurubahasa.
Berdasarkan pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh telah didakwa memiliki dan menanam tumbuhan jenis ganja sejumlah 102 batang pokok dilakukan di Lot 5718, Jalan Sum Sum Hilir di Janda Baik, Bentong pada 21 Mei 2022, lebih kurang pukul 6.10 petang.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6B(3) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan hendaklah dikenakan sekatan tidak kurang enam sebatan.
Sementara pertuduhan kedua pula, tertuduh didapati telah mengedar dadah berbahaya jenis ganja seberat 989.6 gram di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mandatori gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan jika tidak dihukum dengan hukuman mati.
Manakala, bagi pertuduhan ketiga, kedua-dua dituduh turut memiliki Delta-9-Tetrahydrocannabinol (minyak ganja) seberat 58 mililiter dan telah didakwa di bawah Seksyen 9 (1)(b) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) yang boleh dihukum dibawah Seksyen 9(2) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Kesalahan tertuduh boleh dijatuhkan hukuman denda tidak melebih RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Azee Shafy
Mon Dec 19 2022

Tertuduh, Datuk Zainal Abidin Alias dan anaknya, Mohamed Rizal Zainal Abidin menghadapi pertuduhan memiliki, menanam dan mengedar dadah jenis ganja. - Gambar Astro AWANI
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Mahkamah tolak ikat jamin bekas duta, anak
Datuk Zainal Abidin Alias dan anaknya, Mohamed Rizal hadapi pertuduhan memiliki, menanam dan mengedar ganja di Janda Baik.