KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi diminta memberi kerjasama dengan kerajaan dalam memastikan kualiti Internet dalam negara pada tahap terbaik untuk pengguna.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata kerajaan telah menyediakan prasarana untuk syarikat berkenaan memberikan perkhidmatan terbaik dan mereka tidak seharusnya mengejar keuntungan semata-mata tanpa mementingkan kualiti.
"Semua kena kerjasamalah, jangan tahu nak untung sahaja, kerajaan dah adakan prasarana dan sebagainya. Saya memang suka tengok syarikat untung, kalau syarikat untung, kerajaan pun akan dapat (hasil) daripada cukai.
Tetapi dalam untung itu, tolong labur baliklah supaya adil kepada pengguna, rakyat di luar sana. Jadi, nak melengkapkan soal kualiti bekalan Internet ini, ekosistemnya besar dan semua orang kena main peranan," katanya pada program Responsif dengan tajuk "Internet Slow!" terbitan RTM, malam tadi.
Dua tetamu lain dalam program tersebut ialah Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus dan artis Mohd Ashraf Muslim.
Annuar juga berkata syarikat telekomunikasi, MCMC dan pihak berkenaan perlu sentiasa berkomunikasi dengan pengguna bagi memahami masalah mereka berkaitan Internet.
"Soal ketidakpuasan hati pengguna jangan pandang sebelah mata sebab tidak mustahil di luar sana kerana mengejarkan keuntungan, strategi pemasaran, kempen berbagai-bagai tetapi yang diberikan kepada pengguna tidak seperti yang dijanjikan," katanya.
Pada 25 Feb, Annuar berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah mengarahkan MCMC untuk membuat pemantauan secara rambang terhadap syarikat telekomunikasi bagi memastikan kualiti pengalaman perkhidmatan komunikasi terus berada pada paras terbaik.
Beliau berkata tindakan itu perlu diambil supaya inisiatif bagi menggalakkan orang ramai menggunakan platform digital dan teknologi terkini tidak terencat.
Katanya lagi, audit prestasi perlu berjalan secara berterusan dan MCMC perlu sentiasa menghubungi semua syarikat telekomunikasi untuk membuat penambahbaikan bagi mencapai kelajuan yang ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 01 2022

Annuar juga berkata syarikat telekomunikasi, MCMC dan pihak berkenaan perlu sentiasa berkomunikasi dengan pengguna. - Foto BERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.

Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.

'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.

PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.

Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).

Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.

Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.

Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."

Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.