Polis mengenal pasti empat suspek yang mencederakan Tuai Rumah serta isterinya pada 26 Nov tahun lalu berkaitan isu pertikaian Hak Tanah Adat Bumiputera di Bekelilit, Bekenu di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Dev Kumar berkata setakat ini tiga suspek telah ditangkap dengan seorang daripada mereka ialah Mohamad Fitri Fauzi, 29, yang turut ditahan dan didakwa atas tuduhan membunuh Setiausaha PKR Cawangan Miri, Bill Kayong pada Jun lepas.
"Dua lain yang ditangkap ialah Tu Kah Chiong, 27, dan Raymond Sim Yeat Choon, 23, manakala seorang lagi masih bebas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dev berkata suspek yang masih bebas serta diburu polis dikenal pasti sebagai Kong Ching Bing@Ah Kiang, 26, yang beralamat di Desa Bahagia, Miri dan Sungai Bidut, Sibu.
"Dalam insiden 26 Nov itu, tuai tersebut Jambai Jali dengan isterinya dicederakan oleh suspek yang bersenjatakan pedang samurai dan kayu besbol di Bulatan Pelita, Jalan Pujut, Miri," katanya.
Dev berkata Jambai cedera dan luka pada lengan kanan akibat ditikam manakala isterinya cedera di kepala akibat dipukul dengan kayu pemukul besbol.
Ketiga-tiga suspek tersebut didakwa di Mahkamah Sesyen Miri hari ini atas tuduhan cubaan membunuh dan khianat.
Mereka mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Steve Ritikos yang menetapkan tarikh perbicaraan dari 14 hingga 16 Nov ini dan 5 hingga 9 Dis.
Bernama
Thu Aug 11 2016
![Suspek bunuh Bill Kayong turut didakwa cuba membunuh tuai rumah panjang Suspek bunuh Bill Kayong turut didakwa cuba membunuh tuai rumah panjang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/71466481649_BillKayong.jpg)
Polis berkata suspek yang masih bebas serta diburu polis dikenal pasti sebagai Kong Ching Bing@Ah Kiang, 26, yang beralamat di Desa Bahagia, Miri dan Sungai Bidut, Sibu. - Gambar fail
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Kubur Bill Kayong dirosakkan, polis buka kertas siasatan Kubur Bill Kayong dirosakkan, polis buka kertas siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673541017_TBBILLKAYONG.jpg)
Kubur Bill Kayong dirosakkan, polis buka kertas siasatan
Insiden tersebut disedari oleh orang awam yang kemudiannya membuat laporan kepada pihak polis.
![Hukuman gantung pembunuh Bill Kayong kekal Hukuman gantung pembunuh Bill Kayong kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647343206_TBBILLx.jpg)
Hukuman gantung pembunuh Bill Kayong kekal
Mahkamah Persekutuan Kuching pada Selasa mengekalkan hukuman mati terhadap seorang lelaki yang didapati bersalah membunuh aktivis Bill Kayong pada Jun 2016 lalu.
![Keluarga Bill Kayong kecewa dengan cadangan pemansuhan hukuman mati Keluarga Bill Kayong kecewa dengan cadangan pemansuhan hukuman mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/51466488005_BillKayong.jpg)
Keluarga Bill Kayong kecewa dengan cadangan pemansuhan hukuman mati
Keluarga Bill Kayong menyuarakan kekecewaan mereka tentang cadangan untuk memansuhkan hukuman mati, terutama terhadap individu yang disabitkan kesalahan kerana membunuh.
![Pembunuh Bill Kayong ke tali gantung, seorang lagi masih bebas Pembunuh Bill Kayong ke tali gantung, seorang lagi masih bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/41533896486_TBBILLx.jpg)
Pembunuh Bill Kayong ke tali gantung, seorang lagi masih bebas
Mahkamah Tinggi Miri hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap Mohamad Fitri Pauzi, 31 tahun, selepas didapati bersalah melakukan membunuh Setiausaha PKR Cabang Miri, Bill Kayong, dua tahun lalu.
![3 bebas tuduhan subahat bunuh Setiausaha PKR Miri 3 bebas tuduhan subahat bunuh Setiausaha PKR Miri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/41466563065_BillKayong.jpg)
3 bebas tuduhan subahat bunuh Setiausaha PKR Miri
Kesemua yang dibebaskan adalah Lie Chang Loon, Chin Wui Ching dan ahli perniagaan Datuk Stephen Lee Chee Kiang.
![Datuk nafi terlibat dalam pembunuhan Bill Kayong Datuk nafi terlibat dalam pembunuhan Bill Kayong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/71466481649_BillKayong.jpg)
Datuk nafi terlibat dalam pembunuhan Bill Kayong
Seorang ahli perniagaan tempatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap tuduhan bersubahat dalam pembunuhan setiausaha PKR Bill Kayong.
![Lelaki disyaki perancang kes bunuh Bill Kayong ditahan - KPN Lelaki disyaki perancang kes bunuh Bill Kayong ditahan - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/61477466731_KhalidAbuBakar.jpg)
Lelaki disyaki perancang kes bunuh Bill Kayong ditahan - KPN
Polis hari ini menahan seorang lelaki disyaki perancang utama kes pembunuhan Setiausaha PKR Miri, Bill Kayong di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
![Pembantu peribadi 'Datuk' didakwa subahat pembunuhan Bill Kayong Pembantu peribadi 'Datuk' didakwa subahat pembunuhan Bill Kayong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/41466563065_BillKayong.jpg)
Pembantu peribadi 'Datuk' didakwa subahat pembunuhan Bill Kayong
Chin Wui Chung, 50, didakwa bersubahat dengan Lie Chang Loon, Datuk Lee Chee Kiang, yang masih bebas, dan Mohamad Fitri Pauzi, dalam pembunuhan itu.
![Polis rampas tujuh senjata api milik 'Datuk' disyaki dalang pembunuhan Bill Kayong Polis rampas tujuh senjata api milik 'Datuk' disyaki dalang pembunuhan Bill Kayong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/51472115852_RampasanBillKayong.jpg)
Polis rampas tujuh senjata api milik 'Datuk' disyaki dalang pembunuhan Bill Kayong
Polis merampas tujuh senjata api milik seorang 'Datuk' yang juga disyaki dalang utama pembunuhan setiausaha PKR Miri Bill Kayong Jun lepas.
![Suspek bunuh Bill Kayong turut didakwa cuba membunuh tuai rumah panjang Suspek bunuh Bill Kayong turut didakwa cuba membunuh tuai rumah panjang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/71466481649_BillKayong.jpg)
Suspek bunuh Bill Kayong turut didakwa cuba membunuh tuai rumah panjang
Polis mengenal pasti empat suspek yang mencederakan Tuai Rumah serta isterinya pada 26 Nov tahun lalu berkaitan isu pertikaian Hak Tanah Adat Bumiputera di Bekelilit, Bekenu di sini.