KELUARGA Bill Kayong, yang menjadi mangsa pembunuhan, menyuarakan kekecewaan mereka tentang cadangan untuk memansuhkan hukuman mati, terutama terhadap individu yang disabitkan kesalahan kerana membunuh.
Anggota Parlimen Miri daripada PKR Dr Michael Teo Yu Keng berkata keluarga Kayong menghantar mesej kepadanya bahawa mereka "tidak bersetuju" dengan cadangan itu kerana ia akan memberi isyarat silap seolah-olah membunuh bukan suatu kesalahan serius di negara ini.
"Mereka menghantar sendiri mesej itu kepada saya," kata Dr Teo pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Beliau berkata hukuman mati perlu dikekalkan di negara ini bagi kes pembunuhan terancang untuk memberi peringatan secara tegas kepada mereka yang bercadang mengambil tindakan dengan menggunakan undang-undang sendiri.
Beliau mencadangkan agar Malaysia mencontohi undang-undang jenayah Singapura, terutama berkaitan hukuman mati.
Bill Kayong, yang menyandang jawatan setiausaha PKR Miri, maut akibat ditembak di persimpangan lampu isyarat berhampiran pasar raya E-Mart di jalan pintas Kuala Baram pada kira-kira 8.20 pagi 21 Jun 2016.
Pada 10 Ogos 2018, Mahkamah Tingggi Miri menjatuhi hukuman mati terhadap pengawal peribadi, Mohd Fitri Pauzi, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Kayong, nama Islamnya Mohd Hasbie Abdullah, apabila Hakim P. Ravinthran mendapati pihak pendakwa berjaya membuktikan kes itu melampaui keraguan munasbah.
Pada 16 Okt, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong dipetik sebagai berkata kerajaan akan memansuhkan hukuman mati, walaupun mendapat kritikan daripada keluarga simati.
Bernama
Fri Nov 09 2018

Bill Kayong, yang menyandang jawatan setiausaha PKR Miri, maut akibat ditembak di persimpangan lampu isyarat berhampiran pasar raya E-Mart di jalan pintas Kuala Baram pada kira-kira 8.20 pagi 21 Jun 2016. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Harga Barang | Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Taklimat Harian | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Campur beras sejak 70-an untuk penuhi cita rasa pengguna - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menjelaskan tindakan mencampurkan beras putih tempatan bersama beras import bertujuan bagi memenuhi cita rasa pengguna tempatan selain untuk menghasilkan variasi jenama di pasaran.
PM arah pemantauan harga makanan di bazar Ramadan
Perdana Menteri sendiri akan melawat beberapa Bazar Ramadan bagi melihat sendiri harga dan kualiti makanan secara langsung, di samping memberikan sokongan kepada peniaga-peniaga kecil.

Ismail Sabri beri keterangan di SPRM esok - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata Ahli Parlimen Bera itu dijangka hadir pada 10.30 pagi di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Dua wanita jadi keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM1 juta
Polis menahan dua wanita dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berasingan, sehingga menyebakan mangsa kerugian lebih RM1 juta dalam kejadian baru-baru ini.
Wartawan portal disyaki rasuah dibebaskan hari ini
Wartawan sebuah portal berita yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat lepas kerana disyaki terbabit dalam kes rasuah, dibebaskan hari ini.

Wartawan portal berita disyaki terbabit rasuah dibebaskan hari ini - Azam Baki
Wartawan sebuah portal berita yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat lepas kerana disyaki terbabit dalam kes rasuah, dibebaskan hari ini.
57 MP pembangkang khianat usaha reformasi institusi Parlimen
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan 57 Ahli Parlimen pembangkang yang tidak menyokong Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2025, yang diluluskan di Dewan Rakyat hari ini, sebagai telah mengkhianati usaha reformasi institusi Parlimen.
Azad, Nabil, Radin dan dua kakitangan digantung, Astro bertemu MCMC
Susulan insiden penerbitan kandungan kurang sensitif sehingga menyakiti hati dan mengundang kekecewaan pelbagai pihak, pihak Astro Audio telah menggantung tiga penyampai radio Era FM iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin.

Kubur Bill Kayong dirosakkan, polis buka kertas siasatan
Insiden tersebut disedari oleh orang awam yang kemudiannya membuat laporan kepada pihak polis.

Hukuman gantung pembunuh Bill Kayong kekal
Mahkamah Persekutuan Kuching pada Selasa mengekalkan hukuman mati terhadap seorang lelaki yang didapati bersalah membunuh aktivis Bill Kayong pada Jun 2016 lalu.

Keluarga Bill Kayong kecewa dengan cadangan pemansuhan hukuman mati
Keluarga Bill Kayong menyuarakan kekecewaan mereka tentang cadangan untuk memansuhkan hukuman mati, terutama terhadap individu yang disabitkan kesalahan kerana membunuh.

Pembunuh Bill Kayong ke tali gantung, seorang lagi masih bebas
Mahkamah Tinggi Miri hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap Mohamad Fitri Pauzi, 31 tahun, selepas didapati bersalah melakukan membunuh Setiausaha PKR Cabang Miri, Bill Kayong, dua tahun lalu.

3 bebas tuduhan subahat bunuh Setiausaha PKR Miri
Kesemua yang dibebaskan adalah Lie Chang Loon, Chin Wui Ching dan ahli perniagaan Datuk Stephen Lee Chee Kiang.

Datuk nafi terlibat dalam pembunuhan Bill Kayong
Seorang ahli perniagaan tempatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap tuduhan bersubahat dalam pembunuhan setiausaha PKR Bill Kayong.

Lelaki disyaki perancang kes bunuh Bill Kayong ditahan - KPN
Polis hari ini menahan seorang lelaki disyaki perancang utama kes pembunuhan Setiausaha PKR Miri, Bill Kayong di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pembantu peribadi 'Datuk' didakwa subahat pembunuhan Bill Kayong
Chin Wui Chung, 50, didakwa bersubahat dengan Lie Chang Loon, Datuk Lee Chee Kiang, yang masih bebas, dan Mohamad Fitri Pauzi, dalam pembunuhan itu.

Polis rampas tujuh senjata api milik 'Datuk' disyaki dalang pembunuhan Bill Kayong
Polis merampas tujuh senjata api milik seorang 'Datuk' yang juga disyaki dalang utama pembunuhan setiausaha PKR Miri Bill Kayong Jun lepas.

Suspek bunuh Bill Kayong turut didakwa cuba membunuh tuai rumah panjang
Polis mengenal pasti empat suspek yang mencederakan Tuai Rumah serta isterinya pada 26 Nov tahun lalu berkaitan isu pertikaian Hak Tanah Adat Bumiputera di Bekelilit, Bekenu di sini.