KUCHING: Dicabut dan dirosakkan. Itu yg berlaku kepada batu nisan dan kubur Bill Kayong, aktivis dan ahli politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) Miri yang ditembak mati di sini pada 2016 lalu.
Insiden tersebut disedari oleh orang awam yang kemudiannya membuat laporan kepada pihak polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Miri, Asistan Komisioner Alexson Naga Chabu berkata pihaknya telah menerima satu laporan polis berkenaan insiden tersebut dan membuka kertas siasatan.
Kubur Allahyarham atau nama Islamnya Mohd Hasbie Abdullah yang terletak di tanah Perkuburan Islam Lambir, itu dipercayai telah dirosakkan dengan sengaja oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
“Perbuatan khianat ini disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
“Pihak polis ingin menasihati masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menularkan isu-isu sensitif di media sosial yang boleh menimbulkan kerisauan, kegusaran yang boleh mengganggu keharmonian dan kesejahteraan bersama,” jelasnya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Pihak polis juga meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan insiden berkenaan untuk tampil ke Balai Polis yang berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Daveora Julaimi ditalian 085-433730 untuk menyalurkan maklumat berkaitan.
Pada 21 Jun 2016, Bill Kayong yang juga merupakan aktivis tanah hak adat bumiputera meninggal dunia selepas ditembak oleh seorang individu di persimpangan lampu isyarat berhampiran sebuah pasar raya di Jalan Miri-Kuala Baram.
Ketika insiden itu berlaku arwah juga merupakan Setiausaha PKR di bahagian Miri dan berpengalaman bertugas sebagai setiausaha politik kepada bekas Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teoh.
Nuzuluddin Abdul Razak
Thu Jan 12 2023

Kubur Bill Kayong, atau nama Islamnya Mohd Hasbie Abdullah, yang terletak di tanah Perkuburan Islam Lambir, dipercayai dirosakkan dengan sengaja oleh individu tidak bertanggungjawab. - Foto media sosial
AWANI Ringkas: Harga Barang | Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Taklimat Harian | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Campur beras sejak 70-an untuk penuhi cita rasa pengguna - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menjelaskan tindakan mencampurkan beras putih tempatan bersama beras import bertujuan bagi memenuhi cita rasa pengguna tempatan selain untuk menghasilkan variasi jenama di pasaran.
PM arah pemantauan harga makanan di bazar Ramadan
Perdana Menteri sendiri akan melawat beberapa Bazar Ramadan bagi melihat sendiri harga dan kualiti makanan secara langsung, di samping memberikan sokongan kepada peniaga-peniaga kecil.

Ismail Sabri beri keterangan di SPRM esok - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata Ahli Parlimen Bera itu dijangka hadir pada 10.30 pagi di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Dua wanita jadi keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM1 juta
Polis menahan dua wanita dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berasingan, sehingga menyebakan mangsa kerugian lebih RM1 juta dalam kejadian baru-baru ini.
Wartawan portal disyaki rasuah dibebaskan hari ini
Wartawan sebuah portal berita yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat lepas kerana disyaki terbabit dalam kes rasuah, dibebaskan hari ini.

Wartawan portal berita disyaki terbabit rasuah dibebaskan hari ini - Azam Baki
Wartawan sebuah portal berita yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat lepas kerana disyaki terbabit dalam kes rasuah, dibebaskan hari ini.
57 MP pembangkang khianat usaha reformasi institusi Parlimen
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan 57 Ahli Parlimen pembangkang yang tidak menyokong Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2025, yang diluluskan di Dewan Rakyat hari ini, sebagai telah mengkhianati usaha reformasi institusi Parlimen.
Azad, Nabil, Radin dan dua kakitangan digantung, Astro bertemu MCMC
Susulan insiden penerbitan kandungan kurang sensitif sehingga menyakiti hati dan mengundang kekecewaan pelbagai pihak, pihak Astro Audio telah menggantung tiga penyampai radio Era FM iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin.

Kubur Bill Kayong dirosakkan, polis buka kertas siasatan
Insiden tersebut disedari oleh orang awam yang kemudiannya membuat laporan kepada pihak polis.

Hukuman gantung pembunuh Bill Kayong kekal
Mahkamah Persekutuan Kuching pada Selasa mengekalkan hukuman mati terhadap seorang lelaki yang didapati bersalah membunuh aktivis Bill Kayong pada Jun 2016 lalu.

Keluarga Bill Kayong kecewa dengan cadangan pemansuhan hukuman mati
Keluarga Bill Kayong menyuarakan kekecewaan mereka tentang cadangan untuk memansuhkan hukuman mati, terutama terhadap individu yang disabitkan kesalahan kerana membunuh.

Pembunuh Bill Kayong ke tali gantung, seorang lagi masih bebas
Mahkamah Tinggi Miri hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap Mohamad Fitri Pauzi, 31 tahun, selepas didapati bersalah melakukan membunuh Setiausaha PKR Cabang Miri, Bill Kayong, dua tahun lalu.

3 bebas tuduhan subahat bunuh Setiausaha PKR Miri
Kesemua yang dibebaskan adalah Lie Chang Loon, Chin Wui Ching dan ahli perniagaan Datuk Stephen Lee Chee Kiang.

Datuk nafi terlibat dalam pembunuhan Bill Kayong
Seorang ahli perniagaan tempatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap tuduhan bersubahat dalam pembunuhan setiausaha PKR Bill Kayong.

Lelaki disyaki perancang kes bunuh Bill Kayong ditahan - KPN
Polis hari ini menahan seorang lelaki disyaki perancang utama kes pembunuhan Setiausaha PKR Miri, Bill Kayong di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pembantu peribadi 'Datuk' didakwa subahat pembunuhan Bill Kayong
Chin Wui Chung, 50, didakwa bersubahat dengan Lie Chang Loon, Datuk Lee Chee Kiang, yang masih bebas, dan Mohamad Fitri Pauzi, dalam pembunuhan itu.

Polis rampas tujuh senjata api milik 'Datuk' disyaki dalang pembunuhan Bill Kayong
Polis merampas tujuh senjata api milik seorang 'Datuk' yang juga disyaki dalang utama pembunuhan setiausaha PKR Miri Bill Kayong Jun lepas.

Suspek bunuh Bill Kayong turut didakwa cuba membunuh tuai rumah panjang
Polis mengenal pasti empat suspek yang mencederakan Tuai Rumah serta isterinya pada 26 Nov tahun lalu berkaitan isu pertikaian Hak Tanah Adat Bumiputera di Bekelilit, Bekenu di sini.