Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari ini, dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok, umum Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Baginda yang telah memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Feb 1984, akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir.
Penghormatan terakhir bagi pembesar negeri dan orang kenamaan adalah pada pukul 9 pagi esok manakala oleh orang ramai bermula 11 pagi hingga 2 petang, diikuti sultan-sultan, raja-raja dan pembesar negara asing mulai pukul 2 petang hingga 3 petang.
Zambry berkata bendera negeri Perak akan dikibar separuh tiang sepanjang tempoh perkabungan selama 100 hari mulai hari ini, sementara bendera Malaysia dikibar separuh tiang selama tujuh hari.
"Sepanjang tempoh perkabungan tujuh hari tersebut, semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan adalah dibatalkan," katanya dalam pengumuman secara langsung melalui RTM hari ini.
Zambry turut mengisytiharkan esok cuti umum bagi negeri Perak sebagai tanda penghormatan sempena pemakaman Almarhum.
"Seluruh rakyat jelata negeri Perak telah kehilangan Sultan yang dikasihi dan berjiwa rakyat.
"Saya Dr Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan mewakili seluruh rakyat jelata negeri Perak Darul Ridzuan merafak sembah takziah dan mendoakan semoga roh Almarhum Tuanku dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh Allah di kalangan para Anbiya, Syuhada dan Solihin," katanya dengan sebak.
Baginda meninggalkan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, seorang putera, Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah dan tiga puteri Raja Datuk Seri Azureen, Raja Datuk Seri Aleena dan Raja Datuk Seri Yong Sofia.
Anakanda ketiga baginda Raja Datuk Seri Ashman Shah mangkat pada 30 Mac 2012.
Bernama
Wed May 28 2014
![Sultan Perak Sultan Azlan Shah mangkat Sultan Perak Sultan Azlan Shah mangkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/71401263535_295x200.jpg)
MANGKAT: Sultan Perak Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari tadi
![Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715377_TBJapan.jpg)
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Jepun pada Khamis menamatkan nasihat risiko gempa bumi dengan magnitud yang lebih tinggi daripada biasa, seminggu selepas gegaran kuat di dasar laut Palung Nankai.
![Tular rakaman CCTV, suspek pecah rumah di Sentul ditahan Tular rakaman CCTV, suspek pecah rumah di Sentul ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723715171_TBIPDSentul.jpg)
Tular rakaman CCTV, suspek pecah rumah di Sentul ditahan
Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam sembilan kes pecah rumah di Residensi Sky Awani 1 dan 2 di Sentul.
!['Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso 'Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723710107_TBFAhmi.jpg)
'Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso
Pengamal media sambilan yang mencarum dengan Perkeso akan dilindungi dan menerima banyak faedah sekiranya berlaku kemalangan ketika menjalankan tugas.
![Jemaah umrah terkandas di lapangan terbang Jeddah mahu penjelasan MAS Jemaah umrah terkandas di lapangan terbang Jeddah mahu penjelasan MAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715159_jeddahkandasawani.jpg)
Jemaah umrah terkandas di lapangan terbang Jeddah mahu penjelasan MAS
Beberapa penumpang menunggu lebih 24 jam untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada pengurusan MAB namun terus hampa.
![Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723712785_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu meningkatkan kepantasan dalam memberi kelulusanbagi menjadikan Malaysia tumpuan pelabur.
![Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723712690_kemalangantrelerP.jpg)
Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar
Seorang pemandu lori maut manakala kelindan cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Kilometer 257 Lebuhraya PLUS arah utara, dekat sini, petang ini.
RADIO 360: Integrasi teknologi kumpul maklumat pendengar, data lebih komprehensif
RADIO 360 Malaysia merentasi 11 stesen radio Astro yang boleh diakses di aplikasi SYOK termasuk Era, Sinar, Gegar, Hitz, Mix, My dan Raaga.
![Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723706908_TBFaisalHalim.jpg)
Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak
Tindakan bintang Selangor FC, Faisal Halim yang bertemu pemain Sabah FC ketika perlawanan Liga Super minggu ke-9 mengundang rasa sebak.
![KPDN fokus pengantarabangsaan produk tempatan ke empat negara - Armizan KPDN fokus pengantarabangsaan produk tempatan ke empat negara - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723712231_LotusKPDNKBBM.jpg)
KPDN fokus pengantarabangsaan produk tempatan ke empat negara - Armizan
KPDN menyasarkan penembusan produk buatan Malaysia di pasaran antarabangsa dengan kerjasama beberapa rangkaian pasar raya besar luar negara.
Ekonomi Gig: Persediaan awal belia ke arah pekerjaan stabil
Menurut Pensyarah, Asia Pacific University (Apu), Dr Nor Azrul Mohd Zin, platform ini memberi peluang kepada belia untuk menimba ilmu, mempelajari pelbagai kemahiran dan memperoleh pendapatan sementara menunggu peluang pekerjaan yang lebih stabil.
![Jalan pintas Gopeng-Kuala Kangsar dimuktamad selepas semua kajian selesai - Fadillah Jalan pintas Gopeng-Kuala Kangsar dimuktamad selepas semua kajian selesai - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51655798989_FadillahYusof.jpg)
Jalan pintas Gopeng-Kuala Kangsar dimuktamad selepas semua kajian selesai - Fadillah
Pembinaan jalan pintas Gopeng-Kuala Kangsar bagi mengurangkan risiko kemalangan maut berhampiran Terowong Menora, hanya akan dimuktamadkan selepas semua kajian berkaitan selesai.
![Maut selepas rempuh tiga kenderaan di lampu isyarat Maut selepas rempuh tiga kenderaan di lampu isyarat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41617330233_bomba.jpg)
Maut selepas rempuh tiga kenderaan di lampu isyarat
Dua buah kereta dan sebuah motosikal yang sedang berhenti di lampu isyarat di persimpangan tersebut dirempuh kereta jenis Suzuki Swift yang dipandu mangsa.
![Lelaki Rohingya lari dari pusat kuarantin berjaya ditangkap Lelaki Rohingya lari dari pusat kuarantin berjaya ditangkap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/71591085691_COVID.jpg)
Lelaki Rohingya lari dari pusat kuarantin berjaya ditangkap
Seorang lelaki warga Rohingya yang dilaporkan melarikan diri dari Pusat Kuarantin Covid-19 di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Sultan Azlan Shah,Tanjung Rambutan pada Ahad sudah berjaya ditahan.
![Kejayaan berpotensi cetus polemik perebutan kuasa - Sultan Nazrin Kejayaan berpotensi cetus polemik perebutan kuasa - Sultan Nazrin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/61575090466_TBSultanNazrinShah.jpg)
Kejayaan berpotensi cetus polemik perebutan kuasa - Sultan Nazrin
Baginda bertitah kejayaan juga boleh menyebabkan berlakunya pelbagai polemik perebutan kuasa sehingga mengheret kepada berlakunya krisis kepimpinan.
![Perak perkenal e-Jodoh, modul poligami bulan depan Perak perkenal e-Jodoh, modul poligami bulan depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/71474624139_NikahGeneric.jpg)
Perak perkenal e-Jodoh, modul poligami bulan depan
Ia bertujuan untuk memudahkan individu bujang mendapat pasangan hidup di samping memberi pencerahan berkaitan poligami menerusi modul yang diperkenalkan.
![Masa depan Malaysia untuk semua, titah Sultan Nazrin Masa depan Malaysia untuk semua, titah Sultan Nazrin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/51531815806_SULTANPERAK.jpg)
Masa depan Malaysia untuk semua, titah Sultan Nazrin
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah tiada siapa patut diketepikan dalam perjalanan negara untuk menjadikan Malaysia sebuah demokrasi matang agar setaraf dengan masyarakat dunia demokrasi maju yan
![Peguam Negara boleh didakwa? Peguam Negara boleh didakwa?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81439513517_HANIPAMAIDIN.jpg)
Peguam Negara boleh didakwa?
Bagaimanapun, Mohamed Hanipa tidak berhasrat untuk membuat sebarang spekulasi berhubung nasib yang bakal diterima Peguam Negara berkenaan.
![Plagiarisme satu jenayah akademik - Sultan Nazrin Plagiarisme satu jenayah akademik - Sultan Nazrin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/51510986344_RajaNazrin.jpg)
Plagiarisme satu jenayah akademik - Sultan Nazrin
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, perbuatan plagiarisme atau penjiplakan adalah satu jenayah akademik serta perilaku mungkar terhadap ilmu dan para ilmuwan yang wajib ditangani secara tegas.
![MB Perak minta MAHB kemuka laporan penutupan LTSAS MB Perak minta MAHB kemuka laporan penutupan LTSAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/61493957371_sultanazlanshahip.jpg)
MB Perak minta MAHB kemuka laporan penutupan LTSAS
Menteri Besar Perak meminta Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) menghantar laporan penuh berhubung penutupan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) hampir 24 jam semalam.
![Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia sekat hasrat India ke final Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia sekat hasrat India ke final](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/71494031745_HokiPialaSultan.jpg)
Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia sekat hasrat India ke final
Malaysia akhirnya meraih kemenangan pertama pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-26 apabila menumpaskan India 1-0.