Jabatan Agama Islam Negeri Perak akan melancarkan program e-Jodoh dan Modul Poligami secara serentak pada Oktober depan.
Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin berkata ia bertujuan untuk memudahkan individu bujang mendapat pasangan hidup di samping memberi pencerahan berkaitan poligami menerusi modul yang diperkenalkan.
"Berkenaan e-Jodoh, diakui ramai yang hendak berkahwin tetapi dia segan. Mungkin ada yang sudah berumur (bujang), kita akan gunakan e-Jodoh ini untuk bantu temukan mereka dan berkahwin.
"Matlamat e-Jodoh ini untuk orang yang susah mencari jodoh, dia boleh mendaftar biodata di laman web itu nanti. Mungkin dia inginkan ciri-ciri isteri atau suami yang khusus, boleh kita padankan mengikut kesesuaian mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Nikah Jama'ie Syar'ie di Masjid Sultan Azlan Shah, di sini pada Ahad.
Majlis pernikahan beramai-ramai yang melibatkan 30 pasangan pengantin itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu.
Menyentuh berkenaan Modul Poligami, Mohd Yusop berkata modul itu tidak bermaksud untuk menggalakkan lelaki berkahwin lebih daripada satu, tetapi ia menjurus kepada pencerahan poligami daripada hukum syarak.
"Modul Poligami ini kadang-kadang orang lihat tidak bagus atau tidak elok tetapi dari segi Islam membenarkan. Bukan dalam semua keadaan tapi keperluan, contohnya ada sebab tertentu.
"Modul ini mengandungi bagaimana poligami itu dibolehkan dalam hukum syarak, dan undang-undang termasuk persediaan dan membuktikan poligami itu bagaimana, supaya tidak timbul tanggapan tidak baik tentang sesuatu yang dibolehkan," jelasnya.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Sep 16 2018
Jabatan Agama Islam Negeri Perak akan melancarkan program e-Jodoh dan Modul Poligami secara serentak pada Oktober depan. -Gambar hiasan
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Perak perkenal e-Jodoh, modul poligami bulan depan
Ia bertujuan untuk memudahkan individu bujang mendapat pasangan hidup di samping memberi pencerahan berkaitan poligami menerusi modul yang diperkenalkan.