BAYAN BARU:
Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya merempuh tiga kenderaan lain di persimpangan Jalan Sultan Azlan Shah/Jalan Tengah di sini kira-kira jam 2.50 petang Khamis.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata dalam kejadian itu, K Vimaleswara, 30, disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital kira-kira jam 4.10 petang.
Ketika kejadian, katanya, dua buah kereta dan sebuah motosikal sedang berhenti di lampu isyarat di persimpangan tersebut sebelum dirempuh kereta jenis Suzuki Swift yang dipandu mangsa.
"Mangsa yang berasal dari Solok Kampung Jawa meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital kerana parah di kepala.
"Pemandu kereta Perodua Myvi berusia 42 tahun hanya luka di tangan.
"Pemandu kereta Toyota Vios yang berusia 24 tahun pula tidak mengalami kecederaan, namun penunggang motosikal Honda RS150 berusia 51 tahun mengalami luka ringan di tangan.
"Kesemua yang cedera dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Beliau berkata, ketika kejadian, mangsa memandu keretanya dari arah Sungai Tiram menghala ke Georgetown.
"Kita masih menyiasat sama ada mangsa tidak sempat menghentikan kereta dipandunya atau kenderaannya itu mengalami masalah brek.
"Kita menggunakan khidmat pasukan bomba bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah keretanya yang terbalik.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Berita asal: Maut selepas rempuh tiga kenderaan di lampu isyarat
Sinar Harian
Thu Apr 01 2021

Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di persimpangan Jalan Sultan Azlan Shah/Jalan Tengah, Bayan Baru petang Khamis. -Foto Sinar Harian

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Lelaki langgar isteri, anak berang raya seorang diri
Siasatan polis mendapati EY berada di bawah pengaruh alkohol ketika bertindak di luar kawalan seperti itu.

Lori pasir rempuh tujuh kenderaan di lampu isyarat
Kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu berlaku ketika lori berkenaan dikatakan menuju ke arah Bandar Baru Sungai Buloh.

Maut selepas rempuh tiga kenderaan di lampu isyarat
Dua buah kereta dan sebuah motosikal yang sedang berhenti di lampu isyarat di persimpangan tersebut dirempuh kereta jenis Suzuki Swift yang dipandu mangsa.

Rempuhan kereta: Lelaki didakwa cuba bunuh polis dan miliki senjata berbahaya
Dua lelaki yang terbabit dalam insiden rempuhan kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sierramas, Sungai Buloh, pada 26 Februari lalu dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Dua suspek rempuh kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sierramas direman
Perintah reman selama empat hari itu dikeluarkan Majistret Zhafran Rahim Hamzah selepas kedua-dua suspek dibawa oleh polis ke Mahkamah Petaling Jaya pagi tadi.