SUNGAI BULOH: Masalah brek dipercayai menjadi punca sebuah lori pasir merempuh tujuh kenderaan di Persiaran Bukit Rahman Putra 1 di sini pada petang Khamis.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu berlaku ketika lori berkenaan dikatakan menuju ke arah Bandar Baru Sungai Buloh.
"Lori yang dipandu seorang individu berumur 35 tahun itu dipercayai mengalami masalah brek, lalu hilang kawalan sebelum melanggar tujuh kenderaan yang berhenti di lampu isyarat.
"Kejadian berlaku di kawasan selekoh menuruni bukit dan ketika kejadian, cuaca adalah baik," katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.
Beliau bagaimanapun berkata, tiada mangsa yang cedera dalam kejadian tersebut.
"Kejadian mengakibatkan kesemua kenderaan terlibat mengalami kerosakan akibat rempuhan. Kesemua mangsa serta pemandu terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan," ujarnya.
Tambah beliau, siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan.
"Saksi yang menyaksikan kejadian tersebut diminta untuk tampil menyalurkan maklumat berkenaan kejadian dengan menghubungi pihak polis.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 09 2021

Lori pasir merempuh tujuh kenderaan di Persiaran Bukit Rahman Putra 1, Sungai Buloh pada petang Khamis. -Gambar Sinar Harian

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Lori muatan pasir terbabas, pemandu warga emas maut
Seorang lelaki warga emas maut apabila lori muatan pasir yang dipandunya terbabas dalam kejadian di Kampung Menggaris, di sini pada Sabtu.

Pemandu lori pasir tersepit rempuh plaza tol
Kemalangan tersebut mengakibatkan mangsa, Amirrul Faiz Hassan, yang berusia 29 tahun, tersepit di tempat duduk pemandu.

Usaha selamatkan pemandu lori pasir ambil masa hampir 12 jam
Rosnani akhirnya berjaya dikeluarkan jam 8.11 malam, tetapi dia yang yang ditemukan tertimbus dengan pasir disahkan meninggal dunia.

Pemandu kereta maut bertembung lori pasir hilang kawalan
Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya dirempuh lori pasir di Kilometer 29 Jalan Kuala Nerang, Padang Sanai-Sintok, pada Ahad.

Lori pasir 'penyambung nyawa' penduduk Bandar Seri Ehsan
Jalan tersebut hanya dapat dilalui kenderaan pacuan empat roda atau lori selepas laluan berkenaan dinaiki air setinggi dua meter.

3 sekeluarga maut kereta bertembung lori pasir
Tiga sekeluarga yang dalam perjalanan mengambil ubat maut selepas Perodua Alza dinaiki bertembung sebuah lori pasir di Kluang, hari ini.

Lori pasir rempuh tujuh kenderaan di lampu isyarat
Kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu berlaku ketika lori berkenaan dikatakan menuju ke arah Bandar Baru Sungai Buloh.

Lori pasir brek rosak rempuh tiga kereta
Kejadian kira-kira jam 12.35 tengah hari itu berlaku dipercayai semasa lori terbabit dari arah Hulu Langat menghala ke Ampang.

Penunggang motosikal maut dilanggar lori dipercayai mengundur
Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari di kawasan ladang getah berhampiran Kampung Binjai, melibatkan Mohd Sofian Nurudin, 52 tahun, yang berada di belakang lori tersebut.

Kaki kanak-kanak 8 tahun hancur digilis lori pasir
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun hancur kaki kanan dan cedera tangan kiri selepas digilis sebuah lori pasir.