AMPANG: Akibat brek gagal berfungsi, sebuah lori pasir terbabas hingga merempuh tiga buah kereta dalam kejadian di Jalan Tasik Permai, di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian kira-kira jam 12.35 tengah hari itu berlaku dipercayai semasa lori terbabit dari arah Hulu Langat menghala ke Ampang.
"Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu tersebut telah hilang kawalan kerana dipercayai brek tidak berfungsi semasa menuruni Bukit Permai sebelum melanggar tiga buah kereta yang berhenti di lampu isyarat.
"Bagaimanapun, dilaporkan pemandu dan penumpang ketiga-tiga kereta terbabit hanya mengalami cedera ringan serta sedang dirawat di Hospital Ampang," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, saksi bebas yang menyaksikan kejadian tersebut diminta untuk tampil menyalurkan maklumat berkenaan kejadian dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Inspektor G Navine di talian 012-6436327.
Berita asal: Lori pasir brek rosak rempuh tiga kereta
Sinar Harian
Mon Apr 26 2021

Keadaan kereta yang dirempuh sebuah lori pasir alami masalah brek di Jalan Tasik Permai, Ampang pada Isnin. -Foto Sinar Harian

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza - Kementerian
Konflik di Gaza menyebabkan 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (9 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sindiket penipuan: Ribuan terperangkap selepas dipaksa jadi 'scammer'
Bulan lalu, satu operasi oleh pihak berkuasa Thailand, China dan Myanmar membawa kepada pembebasan lebih 7,000 mangsa dari lokasi di mana mereka terpaksa memperdayakan orang ramai untuk melabur wang simpanan mereka.
BN tiada masalah cari calon sesuai
Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk mencari calon yang sesuai bagi mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan awal Hari Raya
Meskipun baru seminggu umat Islam berpuasa, warga kota sudah memulakan persiapan awal bagi menyambut Aidilfitri.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Lapan maut, 11 cedera dalam kemalangan di plaza tol Jawa Barat
Sekitar 11.30 malam, sebuah lori membawa muatan air mineral merempuh beberapa kenderaan yang sedang beratur untuk membayar tol.

Brek rosak, lori rempuh enam kereta di persimpangan lampu isyarat
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan hanya seorang pemandu mengalami cedera ringan dalam insiden jam 10.45 pagi Sabtu itu.

Pandu melulu punca kemalangan tiga kenderaan
Menurut polis, Toyota Camry dipandu seorang lelaki dipercayai mengubah haluan dari lorong kanan ke kiri sebelum melanggar Perodua Aruz.

Dua maut, lori rempuh 11 kenderaan di Putrajaya
Nahas melibatkan enam kereta, dua lori, tiga motosikal dan sebuah motosikal polis trafik, dengan satu daripada lori terlibat dipercayai melanggar kenderaan yang sedang berhenti dalam barisan.

13 kereta rosak dirempuh lori di lampu isyarat
13 kereta dirempuh sebuah lori ketika berhenti di lampu isyarat di Jalan Beserah berhampiran Perumahan Polis Bukit Pelindung di Kuantan.

Lori bawa batu kerikil rempuh lapan kereta
Pengguna Lebuhraya Puchong-Bukit Jalil berhampiran premis Mercedes-Hap Seng gempar apabila sebuah lori yang membawa muatan batu kerikil yang melalui kawasan itu tiba-tiba merempuh lapan buah kereta.

Lori pasir brek rosak rempuh tiga kereta
Kejadian kira-kira jam 12.35 tengah hari itu berlaku dipercayai semasa lori terbabit dari arah Hulu Langat menghala ke Ampang.