GOMBAK: Seorang lelaki dipercayai memandu secara melulu hingga mengakibatkan kemalangan tiga kenderaan termasuk sebuah lori di Kilometer 34.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), di sini pada Ahad.
Aksi individu terbabit tular di media sosial dipercayai sebelum kemalangan terbabit berlaku.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10.11 pagi di lokasi kejadian menghala ke Genting Sempah.
"Siasatan mendapati Toyota Camry dipandu seorang lelaki dipercayai mengubah haluan dari lorong kanan ke kiri sebelum melanggar sebuah kereta jenis Perodua Aruz.
"Kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke lorong kiri sebelum dilanggar lori dipandu seorang lelaki tempatan," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Bagaimanapun, katanya, kesemua individu terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Muhammed Shahrizuan Ishak di talian 0125199419 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak 036122222," katanya.
Pada Ahad, tular video dipercayai rakaman kamera papan pemuka kenderaan memaparkan sebuah kereta hilang kawalan sebelum dirempuh sebuah lori di sini. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 01 2024

Tular kemalangan dipercayai akibat sebuah kenderaan dipandu secara melulu dalam kejadian di Kilometer 34.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada Ahad. - Foto Sinar Harian
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kereta terbabas, terbalik selepas 'aksi' pandu melulu, himpit
Pemandu dan penumpang sebuah kereta cedera setelah kenderaan dinaiki terbabas dan terbalik selepas dihimpit sebuah Honda City dekat Kilometer 49.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di sini pada Ahad.

Pandu melulu punca kemalangan tiga kenderaan
Menurut polis, Toyota Camry dipandu seorang lelaki dipercayai mengubah haluan dari lorong kanan ke kiri sebelum melanggar Perodua Aruz.

Lelaki pandu melulu, himpit motosikal dinaiki empat sekeluarga ditahan
Motosikal itu dinaiki dua orang dewasa bersama dua kanak-kanak dihimpit sebuah kenderaan yang menukar lorong secara tiba-tiba.

Jurujual didakwa pandu melulu hingga sebabkan kematian
Seorang jurujual mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini, atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki di Parit Sulong, di sini, akhir bulan lepas.

Polis cari pemandu kereta plat Singapura dipandu melulu
Polis sedang mengesan pemandu kereta bernombor pendaftaran Singapura yang dipandu secara melulu dan membahayakan di Simpang lampu isyarat Felda Gugusan Adela dari Sungai Rengit.

Lelaki mabuk dipenjara, didenda sebabkan kematian dan cederakan anggota polis
Mohan Rao didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang ditetapkan sehingga menyebabkan kematian terhadap Konstabel Mohd Zamiri Sinsian.

Polis kesan pemandu Persona tular
Siasatan segera akan dijalankan berhubung kejadian sebuah kereta yang didakwa dipandu dalam keadaan melulu di Jalan Tun Razak pada Ahad.

Pandu kereta melulu sebabkan kematian, pengarah syarikat kekal dipenjara dua tahun
Keputusan dibuat selepas menolak rayuan Yee Kin Sum, 30, selaku perayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhi Mahkamah Majistret pada 30 Sept 2020.

Pandu melulu sebabkan kematian polis, pembantu kedai dipenjara lapan tahun
Tertuduh pada masa sama turut hilang kelayakan mengambil lesen memandu sehingga lima tahun atas pertuduhan itu.