KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat kekal menjalani hukuman penjara dua tahun selepas didapati bersalah memandu secara melulu dan menyebabkan kematian seorang pengawal peribadi di Lebuhraya Maju Expressway (MEX), tiga tahun lepas.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Yee Kin Sum, 30, selaku perayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhi Mahkamah Majistret pada 30 Sept 2020.
Ahmad Shahrir dalam penghakimannya berkata mahkamah mendapati tiada sebarang kekhilafan dalam dapatan Majistret M. Saravanan yang mensabitkan tertuduh di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Mahkamah juga mendapati tiada kekhilafan dalam hukuman dikenakan oleh Majistret itu dan tiada alasan untuk mengganggu gugat hukuman. Oleh demikian, rayuan terhadap sabitan dan hukuman ditolak. Keputusan Majistret mengenai sabitan dan hukuman dikekalkan," kata hakim.
Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fatin Hanum Abdul Hadi manakala peguam Zulkifli Awang mewakili Yee.
Pada 29 Julai lepas, Yee merayu terhadap keputusan Mahkamah Majistret yang menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM7,000 terhadapnya setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh di akhir kes pembelaan.
Mahkamah turut memerintahkan Yee dipenjara tiga bulan, sekiranya gagal membayar denda tersebut serta lesen memandunya digantung tiga tahun dan butiran kesalahan diendors pada lesen. Tertuduh membayar denda itu.
Mengikut pertuduhan, Yee didakwa memandu kereta secara melulu dan menyebabkan kematian penumpang dalam kereta lain, Juhan Sabturani, 37, di Kilometer 10.7 Lebuhraya MEX di sini pada 3.30 pagi, 7 Julai 2018.
Yee didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM20,000.
Semasa perbicaraan kes itu yang bermula pada 2019, sembilan saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan termasuk tertuduh memberi keterangan.
Pada 7 Julai 2018, media melaporkan seorang lelaki yang berada di bahagian tempat duduk penumpang belakang maut selepas kereta dinaikinya bersama tiga individu lain bertembung dengan sebuah kereta lain yang dipandu secara melawan arus.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 16 2021

Mahkamah mendapati tiada sebarang kekhilafan dalam dapatan Majistret M. Saravanan yang mensabitkan tertuduh di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.

Kereta terbabas, terbalik selepas 'aksi' pandu melulu, himpit
Pemandu dan penumpang sebuah kereta cedera setelah kenderaan dinaiki terbabas dan terbalik selepas dihimpit sebuah Honda City dekat Kilometer 49.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di sini pada Ahad.

Pandu melulu punca kemalangan tiga kenderaan
Menurut polis, Toyota Camry dipandu seorang lelaki dipercayai mengubah haluan dari lorong kanan ke kiri sebelum melanggar Perodua Aruz.

Lelaki pandu melulu, himpit motosikal dinaiki empat sekeluarga ditahan
Motosikal itu dinaiki dua orang dewasa bersama dua kanak-kanak dihimpit sebuah kenderaan yang menukar lorong secara tiba-tiba.

Jurujual didakwa pandu melulu hingga sebabkan kematian
Seorang jurujual mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini, atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki di Parit Sulong, di sini, akhir bulan lepas.

Polis cari pemandu kereta plat Singapura dipandu melulu
Polis sedang mengesan pemandu kereta bernombor pendaftaran Singapura yang dipandu secara melulu dan membahayakan di Simpang lampu isyarat Felda Gugusan Adela dari Sungai Rengit.

Lelaki mabuk dipenjara, didenda sebabkan kematian dan cederakan anggota polis
Mohan Rao didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang ditetapkan sehingga menyebabkan kematian terhadap Konstabel Mohd Zamiri Sinsian.

Polis kesan pemandu Persona tular
Siasatan segera akan dijalankan berhubung kejadian sebuah kereta yang didakwa dipandu dalam keadaan melulu di Jalan Tun Razak pada Ahad.

Pandu kereta melulu sebabkan kematian, pengarah syarikat kekal dipenjara dua tahun
Keputusan dibuat selepas menolak rayuan Yee Kin Sum, 30, selaku perayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhi Mahkamah Majistret pada 30 Sept 2020.

Pandu melulu sebabkan kematian polis, pembantu kedai dipenjara lapan tahun
Tertuduh pada masa sama turut hilang kelayakan mengambil lesen memandu sehingga lima tahun atas pertuduhan itu.