BANTING: Beberapa lori pasir yang dipinjam dari sebuah syarikat pemaju lebuh raya diibaratkan sebagai 'penyambung nyawa' kepada penduduk Bandar Seri Ehsan yang terputus hubungan apabila satu-satunya jalan keluar masuk ke kawasan itu dinaiki air banjir sejak pagi Ahad.
Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Seri Ehsan (PPBSE) Ahmad Kamal Miswan, 51, berkata jalan tersebut hanya dapat dilalui kenderaan pacuan empat roda atau lori selepas laluan berkenaan dinaiki air setinggi dua meter.
Katanya, kehidupan 3,500 orang daripada 1,200 keluarga penduduk perumahan berkenaan juga terjejas apabila bekalan elektrik dan jaringan telekomunikasi terputus.
"Kami terdetik untuk menggunakan khidmat lori pasir ini kerana kami nampak ada projek pembinaan lebuh raya berdekatan.
"Dan seorang daripada penduduk taman ini bertanya kepada pemaju sama ada boleh membekalkan lori pasir untuk menolong kami untuk keluar dan masuk serta membeli barang makanan dan keperluan lain," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pusat pemindahan sementara (PPS) di sini semalam.
Beliau berkata pemaju bersetuju memberi kebenaran kepada penduduk menggunakan beberapa lori pasir dari 8 pagi hingga 5 petang secara percuma, namun jika melebihi tempoh tersebut penduduk perlu memberi bayaran kerja lebih masa (OT) kepada pemandu lori.
Ahmad Kamal berkata perkhidmatan lori tersebut bagaimanapun telah tamat semalam.
Beliau berkata ketika kawasan tersebut terputus bekalan elektrik pada Ahad, penduduk hanya bergantung sepenuhnya kepada lilin sebelum Angkatan Pertahanan Awam (APM) membawa set penjana pada Selasa.
Pegawai Operasi PPS, Leftenan (PA) Kang Wei Xian berkata sejak Selasa, 20 anggota APM menyelaras sepenuhnya operasi pusat itu yang menumpukan urusan bekalan makanan dan perubatan untuk penduduk.
"Setakat ini, sebuah lori tiga tan dan dua set penjana digunakan APM manakala pintu masuk laluan itu dikawal pasukan keselamatan lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 22 2021

Penduduk Taman Perumahan Bandar Seri Ehsan Banting terpaksa menaiki lori pasir untuk keluar, susulan jalan utama dinaiki air, ketika tinjauan 22 Dis 2021. --fotoBERNAMA
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.

'Kami bergelap sepanjang enam hari' - Penduduk Bandar Seri Ehsan
Sepanjang enam hari itu, dia menggunakan mesin jana kuasa untuk mengecas telefon bimbit yang dikongsi dengan tujuh jirannya.

Lori pasir 'penyambung nyawa' penduduk Bandar Seri Ehsan
Jalan tersebut hanya dapat dilalui kenderaan pacuan empat roda atau lori selepas laluan berkenaan dinaiki air setinggi dua meter.