PETALING JAYA: Polis telah mendapatkan perintah reman terhadap dua suspek yang bertindak ganas merempuh dua kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sierramas di Sungai Buloh pada Jumaat sehingga memaksa polis melepaskan beberapa tembakan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata perintah reman selama empat hari itu dikeluarkan Majistret Zhafran Rahim Hamzah selepas kedua-dua suspek dibawa oleh polis ke Mahkamah Petaling Jaya pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari, kedua-dua suspek turut tidak mengendahkan polis ketika diminta keluar daripada kenderaan ketika pemeriksaan dilakukan sebelum melarikan diri dalam kejadian yang tular.
Polis kemudian berjaya menahan seorang daripada suspek berusia 35 tahun di sebuah kawasan perumahan di Desa Aman manakala seorang lagi suspek berjaya melarikan diri.
Bagaimanapun suspek kedua berusia 40 tahun dikenali sebagai Bob Mah Sing ditangkap jam 11.45 malam tadi di sebuah apartment di Shah Alam.
Hasil pemeriksaan polis mendapati suspek tidak bekerja dan mempunyai 20 rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.
Astro Awani
Sat Feb 27 2021
![Dua suspek rempuh kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sierramas direman Dua suspek rempuh kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sierramas direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51614411873_SUSPEKREMPUHPOLIS.jpg)
Kes disiasat mengikut Seksyen 307, 427 dan 188 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958. - Foto Astro AWANI
![Majikan, pekerja perlu ambil langkah keselamatan hadapi perubahan cuaca Majikan, pekerja perlu ambil langkah keselamatan hadapi perubahan cuaca](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716281553_ManivananGowin.jpg)
Majikan, pekerja perlu ambil langkah keselamatan hadapi perubahan cuaca
Ia bagi mengurangkan risiko yang boleh menyebabkan kemalangan dan penyakit di tempat kerja.
![Yang perlu anda tahu mengenai pilihan raya UK Yang perlu anda tahu mengenai pilihan raya UK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716397986_TBRISHIUK.jpg)
Yang perlu anda tahu mengenai pilihan raya UK
Tumpuan antarabangsa kali ini kepada pilihan raya umum United Kingdom (UK) yang dijadualkan esok (4 Julai).
Panas sangat! Capybara pun makan ais
Kerana cuaca terlalu panas, bukan sahaja manusia menerima kesannya, malah haiwan juga terasa bahang. Di Rusia, Capybaras yang tinggal di sebuah zoo di Moscow diberi makanan istimewa iaitu ais.
Moscow sangkal kenyataan Trump
Duta Besar Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Vassily Nebenzia menyangkal kenyataan calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang berkata konflik perang antara Rusia dan Ukraine akan mampu diselesaikannya sekiranya dipilih ke jawatan itu kelak.
Parti Buruh berada di depan berbanding Parti Konservatif
Bagaimanapun, beliau berkata keputusan tersebut boleh berubah jika berlaku peralihan undi atau 'swing vote' menjelang hari pengundian.
Blinken tepis dakwaan Biden tidak berupaya pimpin AS
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken kesal dengan kritikan yang dilemparkan terhadap prestasi Joe Biden di pentas debat perdana bertemu Donald Trump Jumaat lalu yang disifatkan sebagai tidak bermaya.
Protes di Nairobi belum reda, merebak ke Mombasa
Protes di Nairobi, Kenya yang memaksa Presiden William Ruto untuk melepaskan jawatan, tidak menunjukkan tanda reda malah semakin meluas sehingga ke wilayah Mombasa. Terbaharu, tembakan gas terpaksa dilepaskan terhadap penunjuk perasaan, selain beberapa individu turut ditahan polis.
Pesawat Air Europa mendarat cemas, puluhan cedera
Media antarabangsa melaporkan, pesawat Boeing 787-9 itu terpaksa membuat lencongan dan mendarat di lapangan terbang Natal di timur laut Brazil.
87 angka kematian direkodkan akibat dirempuh
Sekurang-kurangnya 87 mangsa meninggal dunia dalam kejadian rempuhan di sebuah acara keagamaan di utara India, Uttar Pradesh pada Selasa.
Singapura 'sedia secara prinsip' iktiraf Palestin
Dr Vivian Balakrishnan berkata penyelesaian dua negara adalah 'satu-satunya jalan berdaya maju' untuk mencapai penyelesaian yang komprehensif, adil dan berkekalan terhadap konflik, yang diperjuangkan oleh Singapura secara konsisten.
![Polis buru empat lelaki rompak kedai emas di Kajang Polis buru empat lelaki rompak kedai emas di Kajang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718634326_TBrompakanemas.jpg)
Polis buru empat lelaki rompak kedai emas di Kajang
Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, empat orang suspek itu dilihat memakai baju seakan pengawal keselamatan, bertopeng dan bersarung tangan gelap.
![Polis Hamburg tembak lelaki bersenjatakan tukul besi semasa perarakan peminat bola sepak Polis Hamburg tembak lelaki bersenjatakan tukul besi semasa perarakan peminat bola sepak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718552446_TBHamburg.jpg)
Polis Hamburg tembak lelaki bersenjatakan tukul besi semasa perarakan peminat bola sepak
Polis melepaskan tembakan ke arah seorang lelaki bersenjatakan tukul besi semasa perarakan peminat bola sepak Belanda di Hamburg, Jerman, pada Ahad.
![Sembilan orang termasuk kanak-kanak cedera ditembak di Michigan Sembilan orang termasuk kanak-kanak cedera ditembak di Michigan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718532766_TBDetroit.jpg)
Sembilan orang termasuk kanak-kanak cedera ditembak di Michigan
Sekurang-kurangnya sembilan orang termasuk seorang kanak-kanak berusia lapan tahun cedera dalam insiden tembakan di bandar Rochester Hills, Michigan, Amerika Syarikat.
![Tentera Israel bunuh ratusan orang awam demi selamatkan empat tawanan Tentera Israel bunuh ratusan orang awam demi selamatkan empat tawanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717895131_tbhostages.jpg)
Tentera Israel bunuh ratusan orang awam demi selamatkan empat tawanan
Empat tawanan Israel telah diselamatkan ketika tenteranya melancarkan misi serangan berdarah yang menyebabkan ratusan rakyat Gaza terbunuh.
![Seorang maut, 25 cedera insiden tembakan di Ohio Seorang maut, 25 cedera insiden tembakan di Ohio](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717369402_OhioShooting.jpg)
Seorang maut, 25 cedera insiden tembakan di Ohio
Polis menerima beberapa panggilan lewat tengah malam yang melaporkan kejadian itu berlaku di Kelly Street dan 8th Avenue.
![Penyerang bersenjata lepas tembakan di sebuah kedai di Mexico, 8 terbunuh Penyerang bersenjata lepas tembakan di sebuah kedai di Mexico, 8 terbunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/61436426113_GUNSHOT.jpg)
Penyerang bersenjata lepas tembakan di sebuah kedai di Mexico, 8 terbunuh
Penyerang bersenjata telah melepaskan tembakan di sebuah kedai di perbandaran Huitzilac, di negeri Morelos, tengah Mexico, mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh.
![Polis tembak kereta mewah bawa dadah lebih RM100,000 Polis tembak kereta mewah bawa dadah lebih RM100,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714396213_ZakiHarun.jpg)
Polis tembak kereta mewah bawa dadah lebih RM100,000
Polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mengawal keadaan selepas pemandu kenderaan terbabit bertindak agresif dan cuba merempuh anggota polis .
![Letupan bom Sungai Golok: Empat anggota keselamatan Thailand cedera Letupan bom Sungai Golok: Empat anggota keselamatan Thailand cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714354378_Letupanbomjpg.jpg)
Letupan bom Sungai Golok: Empat anggota keselamatan Thailand cedera
Empat anggota keselamatan Thailand cedera apabila terkena letupan bom di Sungai Golok, Thailand, malam tadi.
![Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712835132_RazarudinHusain.jpg)
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
![Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713929186_TUDUHKLIAjpg.jpg)
Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Hafizul Hhawari mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.