Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mencadangkan supaya gelaran 'mat rempit' ditukar kepada gelaran 'brother motor' bagi mengubah imej penunggang motosikal.
Sultan Ibrahim yang juga peminat motosikal berkuasa tinggi bertitah gelaran 'mat rempit' berbunyi seperti sampah masyarakat dan menggambarkan golongan itu sebagai samseng jalanan.
"Imej penunggang motosikal harus diubah supaya dilihat lebih berdisiplin dan berhemah, dengan ini saya cadangkan nama 'mat rempit' ditukarkan kepada 'brother motor'.
"Ia akan menggambarkan adanya semangat perpaduan bagi semua peminat motosikal seperti satu keluarga yang harmoni," titah baginda semasa berangkat merasmikan Jambori Minggu Permotoran Malaysia (Malaysia Bike Week) (MBW) 2018 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), di sini hari ini.
Turut hadir pada acara anjuran GPMoto itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Eksekutif GPMoto serta Presiden GPMoto Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Sultan Ibrahim turut mengingatkan 'brother motor' supaya menghormati pengguna jalan raya yang lain dan tidak menggunakan jalan awam sebagai litar lumba.
"Dahulu saya pernah menegur penunggang motosikal yang berlumba dan membuat bising di hadapan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
"Cuba kita fikirkan apa perasaan pesakit. Mungkin jika ada 'brother motor' yang terlantar di katil hospital tersebut, dia mungkin mengeluh 'sampai hati lu bising-bising, gua kat dalam tengah sakit beb'," titah baginda secara berseloroh.
Dalam pada itu, baginda turut mengingatkan ibu bapa supaya bersikap tegas dan menjaga tingkah laku anak-anak bagi menangani isu kemalangan motosikal di kalangan remaja dan orang muda yang sering menunggang mengikut perasaan.
"Jangan benarkan mereka menunggang motosikal jika tiada lesen. Biar dia menangis sekarang jangan sampai kita menangis kemudian hari," titah baginda.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri dalam ucapannya menzahirkan penghargaan terhadap Sultan Ibrahim atas kesudian berangkat ke acara itu dan memohon perkenan baginda untuk menjadi penaung diraja kepada MBW pada setiap tahun.
Ahmad Zahid juga memohon perkenan Sultan Johor agar dapat mempamerkan motosikal dan kenderaan milik baginda di acara itu pada setiap tahun.
Seramai 100,000 peminat motosikal dijangka berkunjung ke MBW 2018 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.
Sultan Ibrahim turut berkenan mempamerkan 40 motosikal Harley Davidson peribadi baginda, antaranya yang digunakan semasa program Kembara Mahkota Johor serta edisi khas untuk pertabalan baginda.
Selain motosikal, turut dipamerkan ialah trak Mack, kereta klasik dan kenderaan pacuan empat roda milik Sultan Ibrahim.
Pada acara itu, turut diadakan cabutan bertuah barang-barang bernilai RM500,000 termasuk 40 unit motosikal model Yamaha Y15 dan Benelli.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 24 2018

Sultan Ibrahim menunggang motosikal Harley Davidson yang merupakan antara koleksi baginda ketika melawat ruang pameran selepas merasmikan Minggu Permotoran Malaysia 2018 di Maeps hari ini. --fotoBERNAMA
UMNO tidak tergugat, kes bersifat individu – Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan tidak timbul isu UMNO akan tergugat susulan siasatan kes rasuah yang sedang dihadapi bekas perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram jual beli kapal ditahan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang pengarah syarikat bergelar datuk kerana disyaki terlibat kegiatan pengubahan wang haram hasil daripada urusan jual beli sebuah kapal tangki.
Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
Polis menahan tujuh lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah menerusi dua serbuan berasingan di bazar Ramadan Bayan Baru di George Town, pada Selasa.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lebih 26,000 syarikat guna sistem e-Invois, 207.4 juta e-Invois dikeluarkan setakat ini - Lim
Sebanyak 26,665 syarikat telah menggunakan sistem e-Invois sejak ia dilaksanakan pada Ogos 2024 dengan 207.4 juta e-Invois dikeluarkan setakat 10 Mac lepas.

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Wang, jongkong emas disita SPRM tiada kaitan dengan dana politik UMNO - Ahmad Zahid
Justeru, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menyerahkan kepada SPRM untuk mengambil tindakan susulan.

Hi-TVET diperkasakan, tumpu robotik, IoT, AI - Ahmad Zahid
Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Aras Tinggi (Hi-TVET) terus diperkasakan dengan memberi tumpuan kepada robotik, Internet benda (IoT), kecerdasan buatan (AI) serta pengenalan kep

Kerajaan perluas program jualan murah sempena Aidilfitri
Mesyuarat NACCOL membincangkan peningkatan inflasi kos perubatan dan langkah-langkah untuk mengekang kenaikan premium Takaful Perubatan dan Kesihatan.

PRK DUN Ayer Kuning: Calon BN disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

FELCRA Bhd catat untung boleh agih akhir 2024 berjumlah RM192.51 juta - Ahmad Zahid
FELCRA Bhd meraih keuntungan boleh agih bagi tempoh akhir 2024 berjumlah RM192.51 juta menerusi Projek Peserta FELCRA, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Kerajaan tegas tangani isu agama, pastikan keharmonian terpelihara - Ahmad Zahid
"Kita yakin Kerajaan MADANI berpegang kepada perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan."

Warga MARA perlu jadi pemikir strategik bukan sekadar pentadbir - Ahmad Zahid
Ia bagi memastikan perjuangan Bumiputera kekal relevan dan berdaya saing.

Ahmad Zahid, Fadillah ucap selamat menyambut Ramadan, ajak kurangkan pembaziran
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada umat Islam di seluruh negara yang akan memulakan ibadah puasa esok.

Majlis Ekonomi Bumiputera pantau Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 - Ahmad Zahid
Majlis Ekonomi Bumiputera akan menjalankan pemantauan menyeluruh Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 bagi memastikan pelaksanaannya membuahkan hasil.