Sudah tiba masa untuk rakyat Malaysia menjadi barisan hadapan dan bukan hanya mengharapkan pihak berkuasa semata-mata dalam usaha membendung penularan COVID-19.
Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, rakyat boleh memainkan peranan itu dengan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.
Bagaimanapun beliau bimbang kerana berpendapat masyarakat belum memahami dengan mendalam mengenai tanggungjawab masing-masing bersama pihak berkuasa dalam memerangi virus tersebut.
BACA: Pesanan "abah" dalam Perutusan Khas Perdana Menteri hari ini
“Dalam soal pematuhan, kalau masyarakat tak ubah sikap dan rasa tak perlu ambil berat... anggap keadaan tidak serius, semuanya bawah kawalan... lama-kelamaan ini tentu akan menimbulkan satu masalah besar untuk negara kita,” katanya dalam temu bual Skype bersama Astro AWANI pada Isnin.
Mengulas peningkatan kes dalam beberapa hari lepas, Lam Thye berkata ia mungkin berlaku kerana rakyat sudah sampai pada tahap selesa, maka mereka tidak lagi mematuhi SOP dengan bersungguh-sungguh.
“Saya rasa rakyat di Malaysia terutamanya masyarakat kita pada peringkat permulaan telah beri banyak kerjasama, mereka usaha bersama dengan KKM (Kementerian Kesihatan), memastikan bahawa SOP diikuti, dipatuhi.
BACA: COVID-19: Satu lagi kluster baharu dikesan, berikut tumpuan kenyataan media KKM
“Tapi nampaknya apabila mereka mendapat tahu bahawa trend wabak itu menurun, jadi mereka rasa boleh lega dan saya fikir ini boleh menjadi punca masalah (peningkatan kes),” ujarnya.
Tambahnya, sekiranya Malaysia tidak berwaspada, tidak mustahil boleh wujud gelombang seterusnya di negara ini seperti yang berlaku di Australia, Korea Selatan dan Jepun.
Kerajaan hari ini menzahirkan kebimbangan terhadap penularan COVID-19 di negara ini selepas 13 kluster baharu dikesan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
BACA: 'Saya berdoa agar tidak sampai ke tahap itu' - PM
BACA: Malaysia masih catat peningkatan dua digit, 21 kes baharu positif COVID-19
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kes positif di negara ini juga kembali mencatatkan angka dua digit sejak beberapa hari lalu.
Justeru itu, beliau menasihatkan rakyat agar tidak mengambil mudah isu berkenaan bagi mengelakkan kerajaan melakukan tindakan lebih tegas termasuk melaksanakan sekatan pergerakan yang lebih ketat sekali lagi.
BACA: Kluster Pusat Jagaan Warga Emas di Kluang dikenal pasti
Malaysia masih mencatatkan peningkatan dua digit bagi kes baharu COVID-19 dengan 21 kes dilaporkan setakat 12 tengah hari Isnin menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini sebanyak 8,800 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham, daripada 21 kes baharu yang dilaporkan, 15 adalah kes penularan dalam negara.
Ridauddin Daud
Mon Jul 20 2020

Malaysia pernah mencatatkan hanya satu kes dalam sehari namun sejak beberapa hari lepas, kes mula meningkat kepada dua angka sehari. - Gambar BERNAMA
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 eratkan silaturahim - Zizan Razak
Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 adalah platform terbaik untuk mengeratkan silaturahim antara selebriti dan masyarakat.

Projek kewartawanan Gen Z Astro AWANI raih sokongan Google
Projek ulung Astro Awani melibatkan generasi Gen Z dalam penghasilan berita ini berperanan mencorakkan peranan generasi baharu dalam dunia kewartawanan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri bagi kategori Wartawan Terbaik manakala Mahendran Veluplay dari Astro Seithigal memenangi kategori Pembaca Berita Popular.

Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Datuk M Nasir turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S Atan dalam penghasilan karya tertentu.

ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.

All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup'
Rossa dedah perjalanan hidup dalam 'All Access to Rossa 25 Shining Years' termasuk perihal rumah tangga yang musnah di tengah jalan.

Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.