Menjelang perbentangan Belanjawan 2014, kerajaan diharap memberi kejutan yang menggembirakan rakyat dalam menangani beberapa kekangan seperti harga rumah, kos sara hidup, cukai pendapatan dan sebagainya.

Antara lain, orang ramai yang ditemui Astro AWANI mengharapkan selain bantuan diberikan kepada golongan bawahan, mereka menyeru kerajaan agar turut memandang keluhan nasib golongan pertengahan.

Ikuti video harapan-harapan rakyat dari pelbagai sektor pada Belanjawan 2014 yang bakal dibentangkan 25 Okt ini.