Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berharap usul kementeriannya agar peruntukan luar bandar dinaikkan dalam Belanjawan 2014 akan diterima kerajaan.
"Ini adalah antara perkara yang saya sendiri utarakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Aidilfitri Umno Cawangan Kampung Kubang, Labu, dekat sini hari ini.
Katanya kementerian itu berpandangan peningkatan peruntukan tersebut wajar kerana kawasan luar bandar merupakan kawasan 'kekuatan' kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pada pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini.
"Saya hendak peruntukan itu dapat disusun sebaik mungkin agar setimpal dengan keperluan masyarakat luar bandar yang selama ini telah memberi sokongan cukup padu kepada kerajaan BN," katanya.
Sementara itu mengenai penubuhan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Mohd Shafie berkata usaha sedang dilakukan bagi mengenal pasti lokasi sesuai untuk dibangunkan RTC di seluruh negara.
"Kita tumpukan di kawasan yang kita yakin perlukan RTC dan RTC terbaharu yang akan diwujudkan ialah di Johor Baharu," katanya.
Menurut Mohd Shafie pihaknya akan berbincang dengan semua kerajaan negeri termasuk Negeri Sembilan bagi menubuhkan RTC di negeri masing-masing.
Setakat ini hanya Melaka, Perak, Kelantan dan Pahang mempunyai RTC. RTC ialah hab yang bukan sahaja membolehkan usahawan memasarkan produk mereka tetapi juga menjadi tempat latihan selain menempatkan beberapa agensi kerajaan yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada orang ramai.
Bernama
Sat Aug 24 2013
Jualan penyaman udara naik mendadak di negara Balkan
Menetap di negara sejuk, mereka tidak pernah terfikir memasang penyaman udara di dalam rumah memandangkan musim panas bukanlah setiap hari. Namun, cuaca panas melampau membuatkan mereka bertukar fikiran.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Zionis Israel pada 13 Ogos.
Reda dengan pemergian anak walaupun bukan pengakhiran diharapkan - Ayah Nidza Afham
Ayah kepada penyanyi dan Youtubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar reda dengan pemergian anak lelakinya walaupun itu bukan pengakhiran yang beliau harapkan.
Ahli perniagaan diberkas, terlibat dalam aktiviti kumpulan mafia
Seorang ahli perniagaan Itali ditangkap di bandar Natal, Brazil pada selasa.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Srettha hormati keputusan mahkamah
Srettha Thavisin menghormati keputusan Mahkamah Perlembagaan Thailand yang memecatnya daripada jawatan Perdana Menteri.
Lahir empat hari lepas, bayi kembar maut angkara serangan rejim Zionis
Kembar lelaki diberikan nama Asser manakala Ayssel pula nama diberi buat kembar perempuan, kedua-duanya lahir pada 10 Ogos lepas.
Lelaki tikam ibu saudara direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu saudaranya di kepala dengan gunting, semalam direman selama tujuh hari hingga 21 Ogos ini.
PN senarai pendek tiga calon, akan diumum selepas PRK Nenggiri
Perikatan Nasional telah menyenarai pendek tiga calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang dijadualkan berlangsung pada 28 September depan.
10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Mayat Muhammad Nidza Afham dibawa ke Hospital Shah Alam
Mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang petang tadi dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat.
Kebanyakkan warga kota masih keliru mengenai GST
Kira-kira 75 peratus lagi menyatakan tidak faham dengan GST dan bimbang pelaksanaannya akan membebankan sementara 17 peratus pula menjawab tidak tahu apa itu GST.
Najib menghadap Agong mohon perkenan bentang Bajet 2014
Najib yang juga Menteri Kewangan tiba pada 8.18 pagi untuk menghadap Tuanku Abdul Halim bagi mempersembahkan buku belanjawan negara itu.
Khairy mahu Bajet 2014 biayai 3 tumpuan kementerian
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berharap peruntukan menerusi Belanjawan 2014 mampu membiayai tiga aspek utama yang dititikberat oleh kementerian.
KLCI dijangka didagang melepasi paras 1,820 sebelum pengumuman Bajet 2014
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka didagangkan dalam jajaran 1,775 hingga 1,820 sebelum pembentangan Belanjawan 2014, kata Kenanga Research.
Suara rakyat menjelang Bajet 2014
Astro AWANI membuat tinjauan dan merakam harapan rakyat menjelang Bajet 2014 yang akan dibentangkan 25 Okt ini.
Bajet 2014: Kementerian Kesihatan harap pertambahan peruntukan hospital
Masih banyak hospital menghadapi masalah kesesakan yang perlu diatasi segera, sementara program rawatan kesihatan pencegahan pula perlu diperluas di semua peringkat termasuk klinik kesihatan.
Belanjawan 2014 : Shafie harap peruntukan luar bandar dipertingkat
Peningkatan wajar kerana kawasan luar bandar merupakan kawasan 'kekuatan' kerajaan BN pada pada pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini.
Husni: Belanjawan 2014 tumpu pembangunan prasarana luar bandar
Pembangunan prasarana di kawasan luar bandar akan diberi keutamaan oleh kerajaan dalam Belanjawan 2014
Husni: Rakyat digalak beri cadangan mengenai Belanjawan 2014
Masyarakat awam digalakkan memberi pandangan dan dan cadangan mengenai Belanjawan 2014 melalui kiriman emel, memorandum atau surat kepada Kementerian Kewangan.