Masyarakat awam digalakkan memberi pandangan dan dan cadangan mengenai Belanjawan 2014 melalui kiriman emel, memorandum atau surat kepada Kementerian Kewangan untuk kerajaan meletakkan teras kukuh dalam rangka perbelanjaan tahunan itu.
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata setiap kumpulan masyarakat awam boleh mengemukakan apa sahaja pandangan atau cadangan dari perspektif mereka dan ia akan dinilai pasukan khas kementerian itu.
"Sesiapa sahaja, anda boleh menghantar surat kepada Kementerian Kewangan (MOF) mengenai apa sahaja pandangan anda, jangan bimbang, pandangan yang betul atau salah dari perspektif anda, tidak mengapa.
"Anda hanya berikan kepada kami dan kami mempunyai pasukan untuk mengkajinya dan membuat penilaian. Apabila kami bentangkan belanjawan itu, ia bukan belanjawan kerajaan semata-mata tetapi belanjawan negara, belanjawan rakyat," katanya kepada pemberita selepas bersarapan bersama-sama penduduk Gugusan Manjoi di sini hari ini.
Katanya kementerian itu turut mengadakan perbincangan secara bersama dengan agensinya selain mula mendapat maklum balas daripada kumpulan fokus seperti badan profesional, pertubuhan bukan kerajaan, tenaga akademik institut pengajian tinggi dan perniagaan sebaik sahaja sesi perundingan belanjawan dimulakan.
"Kini, kita melihat Belanjawan bukan sekadar bajet untuk perbelanjaan tahunan sebaliknya ia juga adalah bertujuan untuk kita membangunkan negara dalam jangka panjang, maknanya kita ada matlamat besar iaitu menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi pada 2020," katanya.
Oleh yang demikian, Ahmad Husni berkata asas kepada pertumbuhan untuk mencapai matlamat besar itu perlu diletakkan sebagai teras dalam Belanjawan 2014 dengan kesemua maklum balas, pandangan, cadangan dan hasil perbincangan diteliti serta dinilai.
"Kita berharap setiap rakyat tampil ke hadapan memberi pandangan dan cadangan mereka. Isu ideologi (politik) telah tamat, masa pilihan raya kita ada ideologi parti A, B, C dan D. Sekarang kita ada ideologi untuk membantu negara mencapai pendapatan tinggi, kejayaan kita semua akan memberi kesejahteraan kepada rakyat, jadi kita menuju ke depan untuk mencapainya," katanya.
Ahmad Husni, yang juga anggota Parlimen Tambun, berkata kerajaan akan memasukkan beberapa Aku Janji yang dibuat pada pilihan raya umum lepas dalam Belanjawan 2014 seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang akan ditambah nilai peruntukannya dengan melihat kedudukan tahunan kewangan kerajaan.
Bagi belanjawan tahun ini, sasaran defisit 4.0 peratus dijangka dapat dicapai selepas mendapati pendapatan serta perbelanjaan negara menuju ke arah itu, katanya.
"Pada tahun depan, kita sasar ia diturunkan kepada 3.5 peratus, dan pada tahun 2015 sebanyak 3.0 peratus sebelum kita terus berusaha untuk mendapatkan belanjawan seimbang dan kemudian ada lebihan. Itu matlamat kita dari segi pengurusan kewangan negara," katanya.
Belanjawan 2014 dijangka dibentang di Parlimen pada Oktober ini, katanya.
Bernama
Sat Jun 01 2013
174 individu ditahan disyaki terlibat aktiviti pelacuran di Johor
Polis menahan 174 individu termasuk 162 warga asing dalam 16 serbuan menerusi Op Noda yang dijalankan di beberapa kawasan di negeri ini bermula 16 Nov lepas hingga hari ini.
Kerajaan tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
DUN Kelantan sebulat suara lulus Belanjawan negeri 2025
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan 2025 yang dibentangkan Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Virus selesema burung dikesan dalam susu mentah di California
Pegawai kesihatan awam di negeri California, barat Amerika Syarikat (AS) mengesahkan pada Ahad bahawa virus selesema burung dikesan dalam sampel susu mentah yang dijual secara runcit, yang dihasilkan
Angka korban di Gaza cecah 44,235 selepas 24 orang terkorban dalam serangan Israel
Sekurang-kurangnya 24 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan kematian sejak tahun lepas kepada 44,235.
AWANI Ringkas: Hyundai labur RM2.16 bilion bina kilang di Kulim
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 25th Nov 2024
#AWANITonight 25 Nov 2024 with Cynthia Ng
- License renewal: Govt welcomes proposal to impose conditions for elderly drivers, calls for further study
- Social media ban: Australia PM plays down privacy concerns
#AWANIEnglish #AWANINews
- License renewal: Govt welcomes proposal to impose conditions for elderly drivers, calls for further study
- Social media ban: Australia PM plays down privacy concerns
#AWANIEnglish #AWANINews
Semua kementerian, agensi pelancongan diseru kukuhkan kerjasama bersama MOTAC - Ahmad Zahid
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan MOTAC bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
PM Anwar santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia untuk mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam bingkai kesatuan dalam aspek hubungan sesama rakyat.
AWANI 7:45 [25/11/2024] – Malaysia Negara Dagang | Perdebatan Tak Sudah | Limpahan Kesatuan Sekerja | 172 Jam Tangan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Kebanyakkan warga kota masih keliru mengenai GST
Kira-kira 75 peratus lagi menyatakan tidak faham dengan GST dan bimbang pelaksanaannya akan membebankan sementara 17 peratus pula menjawab tidak tahu apa itu GST.
Najib menghadap Agong mohon perkenan bentang Bajet 2014
Najib yang juga Menteri Kewangan tiba pada 8.18 pagi untuk menghadap Tuanku Abdul Halim bagi mempersembahkan buku belanjawan negara itu.
Khairy mahu Bajet 2014 biayai 3 tumpuan kementerian
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berharap peruntukan menerusi Belanjawan 2014 mampu membiayai tiga aspek utama yang dititikberat oleh kementerian.
KLCI dijangka didagang melepasi paras 1,820 sebelum pengumuman Bajet 2014
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka didagangkan dalam jajaran 1,775 hingga 1,820 sebelum pembentangan Belanjawan 2014, kata Kenanga Research.
Suara rakyat menjelang Bajet 2014
Astro AWANI membuat tinjauan dan merakam harapan rakyat menjelang Bajet 2014 yang akan dibentangkan 25 Okt ini.
Bajet 2014: Kementerian Kesihatan harap pertambahan peruntukan hospital
Masih banyak hospital menghadapi masalah kesesakan yang perlu diatasi segera, sementara program rawatan kesihatan pencegahan pula perlu diperluas di semua peringkat termasuk klinik kesihatan.
Belanjawan 2014 : Shafie harap peruntukan luar bandar dipertingkat
Peningkatan wajar kerana kawasan luar bandar merupakan kawasan 'kekuatan' kerajaan BN pada pada pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini.
Husni: Belanjawan 2014 tumpu pembangunan prasarana luar bandar
Pembangunan prasarana di kawasan luar bandar akan diberi keutamaan oleh kerajaan dalam Belanjawan 2014
Husni: Rakyat digalak beri cadangan mengenai Belanjawan 2014
Masyarakat awam digalakkan memberi pandangan dan dan cadangan mengenai Belanjawan 2014 melalui kiriman emel, memorandum atau surat kepada Kementerian Kewangan.