Kementerian Kesihatan berharap permohonan penambahan peruntukannya terutama untuk pembinaan hospital dan program rawatan kesihatan pencegahan dalam Belanjawan 2014 akan diluluskan oleh kerajaan.
Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata masih banyak hospital menghadapi masalah kesesakan yang perlu diatasi segera, sementara program rawatan kesihatan pencegahan pula perlu diperluas di semua peringkat termasuk klinik kesihatan.
Menurut Dr Subramaniam, jumlah perbelanjaan kesihatan keseluruhan negara pada 2010 ialah 4.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu RM33.657 bilion dengan 55 peratus daripadanya dibelanjakan oleh kerajaan.
"Jika kita mahu meningkatkan perbelanjaan ini kepada 6.1 peratus daripada KDNK, iaitu purata bagi negara berpendapatan pertengahan atas, dari mana kita nak dapatkan dana," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau sebelum itu melancarkan laporan negara 'Malaysian Health System in Transition' (HiT). Turut hadir Wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura Dr Graham Harrison.
Mengulas lanjut, beliau berkata untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan dalam sektor kesihatan, kementeriannya kini menumpukan kepada program meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pentingnya pencegahan dan pengesanan awal penyakit.
Menurut Dr Subramaniam, jangka hayat rakyat Malaysia juga semakin meningkat selain berkurangnya kadar kematian ibu dan bayi.
Katanya WHO juga mengiktiraf Malaysia sebagai antara negara yang menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyatnya.
Mengenai HiT, Dr Subramaniam berkata laporan itu merupakan kajian secara menyeluruh mengenai sistem kesihatan di negara ini serta dasarnya, kekuatannya dan juga kelemahan yang harus diperbaiki.
Bernama
Mon Aug 26 2013
![Bajet 2014: Kementerian Kesihatan harap pertambahan peruntukan hospital Bajet 2014: Kementerian Kesihatan harap pertambahan peruntukan hospital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-12/41355632000_295x200.jpg)
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
![Kebanyakkan warga kota masih keliru mengenai GST Kebanyakkan warga kota masih keliru mengenai GST](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/81373530977_295x200.jpg)
Kebanyakkan warga kota masih keliru mengenai GST
Kira-kira 75 peratus lagi menyatakan tidak faham dengan GST dan bimbang pelaksanaannya akan membebankan sementara 17 peratus pula menjawab tidak tahu apa itu GST.
![Najib menghadap Agong mohon perkenan bentang Bajet 2014 Najib menghadap Agong mohon perkenan bentang Bajet 2014](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/71377074942_295x200.jpg)
Najib menghadap Agong mohon perkenan bentang Bajet 2014
Najib yang juga Menteri Kewangan tiba pada 8.18 pagi untuk menghadap Tuanku Abdul Halim bagi mempersembahkan buku belanjawan negara itu.
![Khairy mahu Bajet 2014 biayai 3 tumpuan kementerian Khairy mahu Bajet 2014 biayai 3 tumpuan kementerian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/51370413649_295x200.jpg)
Khairy mahu Bajet 2014 biayai 3 tumpuan kementerian
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berharap peruntukan menerusi Belanjawan 2014 mampu membiayai tiga aspek utama yang dititikberat oleh kementerian.
![KLCI dijangka didagang melepasi paras 1,820 sebelum pengumuman Bajet 2014 KLCI dijangka didagang melepasi paras 1,820 sebelum pengumuman Bajet 2014](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/71361931748_295x200.jpg)
KLCI dijangka didagang melepasi paras 1,820 sebelum pengumuman Bajet 2014
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka didagangkan dalam jajaran 1,775 hingga 1,820 sebelum pembentangan Belanjawan 2014, kata Kenanga Research.
![Suara rakyat menjelang Bajet 2014 Suara rakyat menjelang Bajet 2014](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/41371774308_295x200.jpg)
Suara rakyat menjelang Bajet 2014
Astro AWANI membuat tinjauan dan merakam harapan rakyat menjelang Bajet 2014 yang akan dibentangkan 25 Okt ini.
![Bajet 2014: Kementerian Kesihatan harap pertambahan peruntukan hospital Bajet 2014: Kementerian Kesihatan harap pertambahan peruntukan hospital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-12/41355632000_295x200.jpg)
Bajet 2014: Kementerian Kesihatan harap pertambahan peruntukan hospital
Masih banyak hospital menghadapi masalah kesesakan yang perlu diatasi segera, sementara program rawatan kesihatan pencegahan pula perlu diperluas di semua peringkat termasuk klinik kesihatan.
![Belanjawan 2014 : Shafie harap peruntukan luar bandar dipertingkat Belanjawan 2014 : Shafie harap peruntukan luar bandar dipertingkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/41374548304_295x200.jpg)
Belanjawan 2014 : Shafie harap peruntukan luar bandar dipertingkat
Peningkatan wajar kerana kawasan luar bandar merupakan kawasan 'kekuatan' kerajaan BN pada pada pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini.
![Husni: Belanjawan 2014 tumpu pembangunan prasarana luar bandar Husni: Belanjawan 2014 tumpu pembangunan prasarana luar bandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/61359451927_295x200.jpg)
Husni: Belanjawan 2014 tumpu pembangunan prasarana luar bandar
Pembangunan prasarana di kawasan luar bandar akan diberi keutamaan oleh kerajaan dalam Belanjawan 2014
![Husni: Rakyat digalak beri cadangan mengenai Belanjawan 2014 Husni: Rakyat digalak beri cadangan mengenai Belanjawan 2014](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/71370070157_295x200.jpg)
Husni: Rakyat digalak beri cadangan mengenai Belanjawan 2014
Masyarakat awam digalakkan memberi pandangan dan dan cadangan mengenai Belanjawan 2014 melalui kiriman emel, memorandum atau surat kepada Kementerian Kewangan.