KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri hari ini bersetuju tindakan tegas dan segera sewajarnya diambil berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah oleh KK Mart cawangan Bandar Sunway, Petaling Jaya baru-baru ini, supaya perkara itu dapat diselesaikan secepat mungkin.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Jemaah Menteri melihat isu itu telah mengakibatkan satu persepsi terhadap penghinaan agama dan sensitiviti kaum di negara ini.
Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata buat masa ini pihak berkuasa yang berkaitan sedang giat menjalankan siasatan berkaitan isu stoking tertera kalimah Allah itu, yang telah tular di media sosial sejak 13 Mac.
"Sekarang polis dah buat siasatan dan tindakan sepatutnya. Bagi tindakan penguatkuasaan boleh rujuk kepada yang dilakukan polis, untuk sebarang tindakan undang-undang pula rujuk Jabatan Peguam Negara," katanya dalam sidang media di Angkasapuri, di sini hari ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam satu sidang media hari ini memaklumkan polis sudah melengkapkan siasatan berhubung perkara berkenaan dan kini menunggu arahan selanjutnya daripada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Fahmi berkata isu penjualan stoking tertera kalimah Allah itu juga menyaksikan aplikasi TikTok menerima peningkatan laporan berkaitan kandungan di platform itu sejak 13 Mac hingga semalam.
"MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) maklum sebelum ini TikTok hanya terima kira-kira 1,800 aduan sebulan, tapi dalam tempoh ini (13-21 Mac) sebanyak 1,040 laporan diterima, mungkin semua bukan isu sama (stoking) tetapi TikTok telah mendapati 53 peratus daripada aduan melanggar undang-undang Malaysia dan 19 peratus lagi melanggar Garis Panduan Komuniti aplikasi.
"Sebanyak 13 peratus lagi aduan masih dalam penelitian TikTok dan 15 peratus tidak melakukan apa-apa kesalahan," katanya dalam sidang media di Angkasapuri di sini hari ini.
Fahmi berkata beliau juga telah mengarahkan MCMC memantau media sosial terutamanya TikTok dan Facebook berkenaan tular tangkap layar kenyataan berbaur hasutan berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah yang dimuat naik oleh pelbagai akaun di dua platform itu, dipercayai satu usaha untuk membentuk persepsi umum.
"MCMC sudah mengenal pasti trend menyiarkan satu mesej yang sama dan diulang-ulang oleh banyak akaun lain, namun belum dikenal pasti sama ada ia tindakan disengajakan ataupun tidak, mungkin ada cubaan pihak cuba menangguk di air yang keruh.
"Bagaimanapun saya mahu ingatkan berkaitan isu kalimah Allah ini, jangan ambil tindakan sendiri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 22 2024

Fahmi (foto) berkata Jemaah Menteri melihat isu itu telah mengakibatkan satu persepsi terhadap penghinaan agama dan sensitiviti kaum di negara ini. -Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Fahmi bertemu wakil organisasi, pengamal media bincang isu gaji dan hilang kerja
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil organisasi dan pengamal media bagi membincangkan isu kebajikan kakitangan media.

DLE pacu kepimpinan digital, Malaysia sasar kuasa teknologi serantau
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam arena digital serantau menerusi Program Kecemerlangan Kepimpinan Digital (DLE), inisiatif strategik yang dirangka untuk membangunkan pemimpin masa hadapan

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Tindakan tegas akan dikenakan terhadap stesen televisyen langgar garis panduan - Fahmi
Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana stesen televisyen yang melanggar sebarang garis panduan ditetapkan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Manfaatkan AI untuk memerangi maklumat palsu - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa agensi berita untuk memanfaatkan AI bagi menangani maklumat palsu.

Pelaksanaan Pakej P-hailing Rahmah akan ditambah baik, beri manfaat kepada pekerja
Fahmi berkata pihaknya akan mendapatkan analisis daripada syarikat berkaitan bagi meneliti serta mengkaji keperluan untuk penambahbaikan itu.

Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 fokus isu jenayah dalam talian
Pindaan ini bertujuan menyediakan ekosistem rangkaian internet yang lebih selamat dan mampan.

Lebih 1,500 tetamu meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai
Fahmi berkata sambutan itu cukup meriah dengan kehadiran komuniti setempat meskipun dalam keadaan cuaca kurang baik.

Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarham tabah dan dikurniakan kekuatan dalam menghadapi kehilangan itu.

Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.