Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dalam kenyataan di Facebook pada Isnin berkata ia bagi memenuhi tuntutan negara dan harapan masyarakat terhadap agensi itu.
"SPRM akan memberi tumpuan kepada kesiapsiagaan pegawai dalam menghadapi apa jua keadaan selari dengan hala tuju kerajaan terutamanya dalam aspek pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI).
"Pegawai SPRM juga perlu bertindak proaktif dalam menjalankan operasi supaya dapat menangani isu rasuah secara berkesan dan berimpak tinggi.
"Tindakan proaktif ini perlu disusuli dengan aktiviti pencegahan yang merangkumi pengurusan tatakelola dan penyebaran luas pendidikan antirasuah kepada kumpulan sasar yang tepat," katanya.
Selain itu, katanya struktur dan pendekatan dalam menjalankan tugas oleh SPRM perlu diperkemas dengan melihat semula kepada prosedur operasi standard dan memperbaharui strategi agar dapat mengekalkan kecemerlangan serta prestasi sedia ada.
-- BERNAMA