Ringkasan AI
- Seorang pengarah urusan sebuah syarikat swasta di Selangor direman enam hari oleh SPRM untuk siasatan kes rasuah bagi mendapatkan gelaran Datuk Seri.
- Suspek lelaki berusia 62 tahun ditahan di Pejabat SPRM Melaka dan disiasat berhubung permintaan dan penerimaan wang rasuah berjumlah lebih RM375,000.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, yang membawa hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan.
Sumber berkata suspek lelaki berusia 62 tahun sebelum itu ditahan pada 5.35 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka, bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.
Pemilik syarikat itu disiasat berhubung permintaan dan penerimaan wang rasuah berjumlah lebih RM375,000 daripada seorang individu bagi mendapatkan gelaran Datuk Seri yang dilakukan secara bersindiket.
Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.
Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan reman tersebut.
-- BERNAMA