JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang pengarah urusan sebuah syarikat dan seorang jurutera profesional bagi membantu siasatan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu bernilai lebih RM250,000 bagi projek pembinaan jambatan sementara di Segamat, enam tahun lepas.
Menurut sumber, kedua-dua lelaki berusia 41 dan 52 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor Bahru pada kira-kira pukul 7 malam tadi selepas hadir memberikan keterangan.
Sumber memaklumkan pada 2016 hingga 2020, kedua-dua individu berkenaan telah bersubahat dalam mengemukakan dan memperakukan tuntutan palsu kepada sebuah jabatan kerajaan di daerah Segamat, bagi projek pembinaan jambatan sementara bernilai lebih RM4 juta, sedangkan kerja-kerja tersebut tidak dilaksanakan.
BACA: Polis siasat isu bantuan mangsa banjir di Segamat dibangkitkan ahli politik
Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Kedua-kedua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pagi ini, bagi mendapatkan permohonan reman.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 10 2022
Kedua-kedua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pagi ini, bagi mendapatkan permohonan reman. - Gambar fail
VGM rancang jadikan Malaysia sebagai hab eksport jenama Volkswagen - Tengku Zafrul
Menerusi hantaran di laman X pada Khamis, Tengku Zafrul memaklumkan bahawa dalam pertemuan bersama pihak VGM, mereka telah berkongsi perancangan berkenaan
Jualan borong, runcit catat rekod RM145.7 bilion pada Mac
Perdagangan borong dan runcit Malaysia merekodkan nilai jualan bulanan tertinggi berjumlah RM145.7 bilion pada Mac dengan suku tahun pertama 2024 mencatatkan RM429.2 bilion.
Gabungan Dewan Perniagaan mahu GST diperkenal semula
Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) menyarankan supaya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan semula sebagai langkah terbaik meningkatkan hasil kerajaan.
Rizab antarabangsa BNM berkurang satu bilion dolar Amerika
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) yang terkini menunjukkan penurunan sebanyak 1.0 bilion dolar Amerika atau -0.9% bulan ke bulan (MOM) kepada RM112.8 bilion pada 30 April 2024.
Nilai semasa Ringgit tidak cerminkan ekonomi negara
Ringgit pada masa ini tidak mencerminkan asas ekonomi dan prospek pertumbuhan Malaysia.
Kes Faisal disimbah asid: Polis tunggu hasil analisis cap jari suspek
Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, semakan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek ada menyentuh beberapa kawasan serta tempat di lokasi kejadian.
Pantau Agenda Reformasi: Keganasan bola sepak, kesan kepada industri sukan negara
Keganasan bola sepak & Selangor FC tarik diri tidak main Piala Sumbangsih…kesan kepada industri bola sepak negara & apa yang perlu dilakukan bagi menggelakkan ia berterusan
Sadek Mustaffa, Pensyarah Kanan Fakulti Sukan dan Rekreasi UiTM
Sadek Mustaffa, Pensyarah Kanan Fakulti Sukan dan Rekreasi UiTM
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Polis hubungi dua pengurusan tertinggi Selangor FC
Polis mengesahkan telah menghubungi dua pengurusan tertinggi Selangor FC untuk diambil keterangan susulan laporan dibuat sebelum ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Fahmi sangkal dakwaan PKR tidak bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya parti itu tidak turun padang membantu kempen calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan
Ketua isi rumah di Kelantan diseru daftar e-Bencana
Kerajaan Kelantan menyeru ketua isi rumah di lokasi banjir mendaftar menerusi sistem pengurusan bencana negeri itu, e-Bencana.
Kelantan sudah agih RM21.43 juta kepada mangsa banjir
Kelantan telah mengagihkan sebanyak RM21.43 juta setakat ini, kepada ketua-ketua jajahan untuk diberikan kepada mangsa yang terlibat banjir pada Monsun Timur Laut (MTL) baru-baru ini.
Banjir: Salur bantuan menerusi agensi keselamatan - APM
Orang ramai atau badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir diminta berbuat demikian menerusi agensi-agensi keselamatan bagi tujuan penyelarasan.
Banjir Baling: JAKIM salur RM1.58 juta bantuan Musa'adah kepada mangsa
Selain RM1,000 kepada setiap rumah, JAKIM juga bantu kos baik pulih dan membeli kelengkapan serta perabot untuk tiga buah rumah mangsa.
SPRM Johor tahan pengarah urusan syarikat, jurutera bantu siasatan tuntutan palsu
Kedua-dua lelaki berusia 41 dan 52 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor Bahru pada kira-kira pukul 7 malam tadi.
Pasukan Bencana Istana Negara teruskan misi bantuan banjir di Karak, Pahang
Pasukan Bencana Istana Negara hari ini meneruskan misi bantuan kepada mangsa banjir dengan melakukan kerja-kerja pembersihan rumah dan kawasan persekitaran di Taman Wijaya, Karak, Pahang.
Anda mangsa banjir? Ini Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang diumumkan PM
Keseluruhan pemberian tunai kepada mangsa boleh mencecah RM10,000 bagi setiap Ketua Isi Rumah.
Bantuan mangsa banjir cecah RM10,000 bagi setiap isi rumah - PM
Mangsa banjir di seluruh negara boleh mendapat bantuan tunai sehingga RM10,000 bagi setiap ketua isi rumah (KIR), kata Perdana Menteri.
Banjir: MINDEF sumbang RM500 bagi tentera, awam di Kem Batu Tiga Temerloh
Ia tambahan kepada bantuan RM1,000 yang diumumkan Perdana Menteri dan RM500 yang diumumkan Kerajaan Pahang sebelum ini.
Banjir: Tabung Haji peruntuk RM1.6 juta bantu mangsa terjejas
TH sumbang bantuan kewangan, makanan dan khidmat pembersihan secara sukarela kepada rakyat Malaysia yang terjejas akibat bencana banjir.