KUALA LUMPUR: Orang ramai atau badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir diminta berbuat demikian menerusi agensi-agensi keselamatan bagi tujuan penyelarasan.
Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) (Ketua Cawangan Khidmat Kemanusiaan) Lt Kol (PA) Amirsarifudin Zalman berkata langkah itu dapat mengelakkan mereka daripada berdepan risiko kejadian tidak diingini, jika turun ke lokasi bencana.
"Mereka tidak digalakkan untuk memasuki kawasan kejadian banjir kerana risiko yang dihadapi pasukan penyelamat berbeza dengan risiko keselamatan orang awam dan tidak terlatih," katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV yang disiarkan malam tadi.
Menghargai usaha orang ramai dan NGO untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir, Amirsarifudin berkata pihaknya turut menghadapi kekangan dari segi logistik untuk disediakan kepada mereka yang ingin menghantar bantuan ke lokasi banjir.
Dalam pada itu, beliau berkata APM bersedia membimbing mereka yang mahu menghulurkan bantuan di kawasan bencana dengan memberikan latihan berkaitan.
"Kami bersedia untuk bekerjasama dengan mereka yang berniat untuk membantu supaya mereka terlatih dan dapat bersama-sama pasukan menyelamat dalam operasi bencana ini nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 20 2022
APM bersedia membimbing mereka yang mahu menghulurkan bantuan di kawasan bencana dengan memberikan latihan berkaitan. - Foto fail
Perdagangan Uzbekistan-Malaysia meningkat kepada AS$102.4 juta pada 2024
Eksport meningkat 1.3 kali ganda, manakala import meningkat 1.6 kali ganda, mencerminkan minat bersama yang semakin meningkat dalam perdagangan.
Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa
Rejim tentera didesak supaya meredakan konflik, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta mengutamakan perlindungan orang awam.
50 pesakit dari Gaza masuk Mesir melalui pintu sempadan Rafah untuk rawatan
Mereka merupakan kumpulan pertama pesakit Gaza yang memasuki Mesir melalui pintu masuk itu bagi mendapatkan rawatan perubatan sejak Mei tahun lepas.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Perkara itu dimuktamad selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
Muzium Nasional Hangeul di Seoul terbakar, seorang anggota bomba cedera
Ketika kejadian, muzium berkenaan ditutup kepada orang ramai bagi kerja-kerja pembesaran.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
NADMA diminta terus pantau tahap kesiapsiagaan agensi terlibat hadapi bencana - Ahmad Zahid
Kerajaan menyediakan peruntukan awal kepada semua negeri dan agensi tindak balas bagi tujuan pengoperasian semasa Monsun Timur Laut 2024/2025.
Banjir di Kota Marudu antara terburuk pernah berlaku - Penduduk
Banjir yang melanda beberapa kampung di daerah ini susulan hujan lebat berterusan sejak Rabu lepas disifatkan penduduk antara yang terburuk pernah berlaku.
Banjir Sarawak terus meningkat, Sabah catat peningkatan kecil jumlah mangsa
Banjir Sarawak semakin memburuk dengan mangsa meningkat kepada 12,486 daripada 3,648 keluarga di 62 PPS, setakat 8 pagi ini.
Maybank aktifkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan terjejas di Sabah, Sarawak
Bantuan berkenaan disediakan di seluruh negara, bertujuan meringankan beban kewangan pelanggan Maybank yang terjejas.
Kerajaan Sarawak salur peruntukan tambahan RM10 juta kepada JPBN
Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata menerusi peruntukan itu, JPBN akan mengagihkan bantuan di semua kawasan terjejas akibat banjir.
Bencana: PM Anwar umum peruntukan segera lebih RM24 juta untuk Sabah, Sarawak
Anwar berkata bantuan kerajaan Pusat kepada negeri yang dilanda bencana, tidak mengikut musim.
Banjir: Ratusan penumpang bas Indonesia dipindahkan melalui sempadan Malaysia
Ratusan penumpang bas dan pengguna kenderaan peribadi daripada Pontianak, Kalimantan Barat dipindahkan ke Entikong dengan melalui sempadan Malaysia susulan banjir yang melanda wilayah berkenaan.
Mangsa banjir yang 'degil' diseru berpindah segera - Uggah
Uggah berkata, ini kerana masih ada segelintir individu yang belum bersedia untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang terdekat.
Mangsa banjir di Sabah dan Sarawak meningkat pagi ini, Bintulu paling terjejas
Pagi ini, jumlah mangsa di Sarawak meningkat kepada 9,398 orang daripada 2,725 keluarga manakala di Sabah, 5,617 orang daripada 1,899 keluarga.
Masjid, surau di Sarawak diarah laksana solat hajat bencana banjir selepas Jumaat
Solat ini bertujuan memohon kesejahteraan mangsa banjir serta agar bencana tersebut segera diangkat.