BALING: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menyalurkan peruntukkan lebih RM1.58 juta kepada mangsa tragedi kepala air di Kupang, Baling yang terjejas ekoran bencana yang berlaku pada petang Isnin lalu.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, peruntukkan dari Tabung Musa'adah yang dikendalikan JAKIM itu antaranya merangkumi bantuan 'one off' RM1,000 kepada setiap isi rumah.
“Keseluruhan peruntukan ini untuk kesemua mangsa terlibat ini (dan) mereka perlu membuat laporan polis untuk melayakkan mereka mendapat sumbangan daripada Tabung Musa’adah sebanyak RM1,000 satu ketua isi rumah,” kata beliau kepada pemberita selepas meninjau pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai di sini, hari ini.
Menurut Ahmad Marzuk, peruntukkan terbabit turut merangkumi kos baik pulih dan membeli kelengkapan serta perabot untuk tiga buah rumah mangsa banjir.
Kata beliau, usaha yang diambil JAKIM itu merupakan bantuan segera yang disalurkan untuk membantu mangsa banjir.
Beliau berkata, JAKIM juga akan berkoordinasi dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan juga beberapa kementerian terbabit yang berkaitan kerosakan, pembinaan rumah dan sebagainya.
Ahmad Marzuk turut memaklumkan, selain daripada pemberian ini, pihaknya juga akan meneliti semula sekiranya terdapat keperluan untuk menyalurkan bantuan lain kepada mangsa mengikut keperluan semasa.
Dalam pada itu, sebanyak RM70,000 juga telah disumbang kepada Sekolah Menengah Agama Yayasan Al-Khairiah, yang terjejas.
Beliau dalam masa sama menasihatkan penduduk di daerah ini yang mendiami kawasan berhampiran sungai untuk sentiasa berwaspada dan bersedia untuk mengelakkan daripada risiko jika bencana itu berlaku lagi.
Abd Hadi Che Awang
Wed Jul 06 2022
Datuk Ahmad Marzuk Shaary (kanan) menyerahkan replika cek sebahagian daripada peruntukkan yang dikeluarkan oleh JAKIM untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Baling. - Gambar Astro AWANI
Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa
Rejim tentera didesak supaya meredakan konflik, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta mengutamakan perlindungan orang awam.
50 pesakit dari Gaza masuk Mesir melalui pintu sempadan Rafah untuk rawatan
Mereka merupakan kumpulan pertama pesakit Gaza yang memasuki Mesir melalui pintu masuk itu bagi mendapatkan rawatan perubatan sejak Mei tahun lepas.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Perkara itu dimuktamad selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
Muzium Nasional Hangeul di Seoul terbakar, seorang anggota bomba cedera
Ketika kejadian, muzium berkenaan ditutup kepada orang ramai bagi kerja-kerja pembesaran.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Banjir Baling: Balak hanyut ke depan rumah
Banjir kilat yang melanda Kampung Iboi pada Rabu diibaratkan sama seperti kejadian kepala air yang melanda kampung berkenaan pada 4 Julai tahun lalu.
Baling sekali lagi dilanda banjir kilat, 50 rumah terjejas
Hujan lebat lebih dua jam menyebabkan kira-kira 50 rumah terletak berhampiran sungai di tujuh kampung di mukim Kupang, Baling dilanda banjir kilat, hari ini.
Banjir Baling: Hujan lebat lebih dua jam akibatkan Sungai Sedim melimpah
Hujan lebat berterusan sejak petang mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Baling sekali lagi dilanda banjir kilat pada Rabu malam.
Banjir Baling: 151 mangsa dipindahkan ke PPS
Kesemua mangsa terpaksa dipindahkan berikutan hujan berterusan sejak Sabtu.
Banjir Baling: Bimbang hujan lebat sekali lagi, mangsa di PPS tidak dibenar pulang
Sebahagian besar mangsa banjir kilat di daerah ini yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) tidak dibenarkan pulang walaupun cuaca cerah hari ini.
Banjir Baling: Kepala air sekali lagi landa Kampung Iboi, 2 PPS dibuka
Kejadian kepala air sekali lagi melanda Kampung Iboi sehingga air melimpah ke atas jambatan Bailey, petang Selasa.
Banjir Baling: Kerajaan akan semak semula keputusan pembinaan empangan sabo - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membuat semakan semula dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) berhubung pembinaan dua empangan sabo di kaki Gunung Inas, Baling.
Banjir Baling: Kedah perlu beri perhatian isu kolam takungan di puncak Gunung Inas - PM
Banjir Baling| Kerajaan Kedah perlu beri perhatian berhubung isu kolam takungan- PM
Banjir Baling: Perdana Menteri umum peruntukan tambahan RM17.8 juta
Perdana Menteri berkata peruntukan itu turut melibatkan RM10 juta bagi pembinaan jambatan konkrit baharu menggantikan jambatan sementara jenis Bailey.
Banjir Baling: Laporan penuh dibentang di Parlimen 4 Ogos - Takiyuddin
Kajian berkenaan bagi mencari punca sebenar bencana yang berlaku selain cadangan untuk mengatasi masalah berkenaan.