Sindiket klon kereta Singapura kini didapati beralih pula menggunakan laman jual beli barangan Carousell untuk mendekati bakal pembeli mereka dan tidak lagi menggunakan Facebook.
Menerusi pemerhatian Bernama, terdapat sekurang-kurangnya enam 'pengguna' Carousell yang berpangkalan di Johor Baharu secara terang-terangan mengiklankan kereta mereka di laman tersebut.
Tiga daripadanya menyertai laman itu sejak awal tahun ini manakala tiga lagi sejak Mac tahun lalu.
Kenderaan yang dijual mereka merangkumi pelbagai jenama dan model termasuk Volkswagen Scirocco, Honda Jazz dan Stream, Toyota Vios dan Wish, Nissan Sentra, Mazda 3, BMWe90 320i serta Mercedez A170 dan Class 350.
Harga yang ditawar pula serendah RM2,800 sehingga RM30,000 yang rata-rata kenderaannya didakwa berada dalam keadaan 'tip-top', bebas kemalangan dan kerosakan.
Terdapat pengguna yang mempunyai 3,400 pengikut dan mendakwa mereka adalah penjual yang boleh dipercayai.
"Anda boleh view feedback customer kami. Kami juga hampir setiap hari upload kereta untuk dijual dalam page ini. Diharap jangan banyak permintaan seperti nak complete dokumen dan sebagainya seperti anda beli kereta kat used car show room.
"Tengok pada harga pun anda sudah tahu dan jelas!," katanya.
Untuk berurus niaga, penjual mengalakkan pelanggan menghubungi atau menghantar terus mesej kepadanya menerusi nombor telefon yang tertera.
Apabila pelanggan mengesahkan pembelian, penjual akan meminta pembeli membayar sejumlah deposit yang bagi kereta Suzuki Wish yang siap dihantar ke Kuala Lumpur misalnya, penjual meminta deposit RM1,500 daripada harga sebenar RM5,500.
"Baki akan dibayar semasa mengambil kereta. Urus niaga hanya dalam bentuk tunai, tiada bayaran bulanan disediakan.
"Sebarang insiden di atas jalan adalah tanggungan sendiri dan rakyat asing (bukan rakyat Malaysia) tidak dibenarkan membeli," kata penjual itu.
Selesai urus niaga, pembeli akan dibekalkan dengan cukai jalan dan nombor pendaftaran klon selain 'log card' kenderaan Singapura tersebut.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor, Mohd Rusdi Mohd Darus berkata pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut mengenai penjualan tersebut.
Beliau berkata pihaknya maklum sindiket kereta klon kini menggunakan pelbagai medium untuk mendekati orang ramai, namun mereka boleh menyemak kenderaan yang dijual dengan pihak JPJ sebelum meneruskan pembelian.
Terutama sekali bagi kenderaan yang lebih murah daripada harga pasaran. Mereka perlu berhati-hati. Tetapi berdasarkan iklan ini, jelas mengatakan kereta yang dijual adalah kereta klon dan pembeli semestinya tahu risiko membelinya," katanya.
Menurut Mohd Rusdi, sekiranya dikesan dan ditemui sewaktu menggunakan kenderaan berkenaan, pemiliknya akan dihadapkan ke mahkamah manakala kenderaan pula akan disita.
Jika sabit kesalahan, pembeli boleh dikenakan denda maksimum RM12,000 dan dilucutkan hak ke atas kenderaan tersebut, tambahnya.
Beliau berkata sejak tahun lepas sehingga kini, 363 kenderaan klon telah dirampas di Johor dengan 14 daripadanya sudah mendapat perintah mahkamah untuk dilucutkan hak manakala dua lagi kes masih menunggu untuk didakwa.
Bernama
Thu Jun 09 2016

Sindiket klon kereta Singapura kini didapati beralih pula menggunakan laman jual beli barangan Carousell. - Gambar fail
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

"Saya maafkan dia" - Shazmie maafkan pemandu yang langgar keretanya di plaza tol
Menurut Shazmie, pemilik kenderaan itu akan berjumpa dengannya dalam masa terdekat bagi menyelesaikan kes tersebut

Pelancong Perancis maut dirempuh, diseret
Tatarian Maurice, 64 tahun, yang sedang berjalan kaki, maut apabila sebuah kereta BMW bertembung dengan sebuah Honda Jazz.

Mahdzir Khalid sekali lagi hadir di SPRM
Datuk Seri Mahdzir Khalid sekali lagi hadir untuk menyambung memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, hari ini.

Honda Malaysia panggil balik 28,399 kereta tahun 2013
Honda Malaysia memanggil balik 28,399 model kenderaannya yang dikeluarkan pada 2013 bagi menggantikan inflator beg udara hadapan penumpang.

Dua maut nahas treler dan kereta di Ayer Keroh
Lelaki berusia 56 tahun itu dan wanita berusia 34 tahun tersebut meninggal dunia akibat kecederaan parah dalam kemalangan kira-kira 7 malam itu.

Sindiket kereta klon beralih taktik
Sindiket klon kereta Singapura kini didapati beralih pula menggunakan laman jual beli barangan Carousell untuk mendekati bakal pembeli mereka dan tidak lagi menggunakan Facebook.

Honda Malaysia umum kemas kini produk bagi model City, Jazz
Honda Malaysia hari ini mengumumkan kemas kini produk bagi model City Generasi Keempat (tahun pengeluaran, 2014) dan Jazz Generasi Ketiga (2015) melibatkan 12,232 unit City dan 97 unit Jazz.

JPJ Terengganu sita 15 kenderaan mewah yang diklon
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu kini sedang giat memburu kenderaan mewah yang diklon dan dipercayai digunakan secara berleluasa di negeri ini.

Honda Malaysia tingkatkan kapasiti pengeluaran
Honda turut melabur RM1billion untuk mencapai sasaran jualan 100,000 unit kenderaan menjelang 2016.