Seorang pemandu treler dan seorang pemandu kereta maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berkenaan di Kilometer 197.8 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran susur keluar tol Ayer Keroh di sini, hari ini.
Lelaki berusia 56 tahun itu dan wanita berusia 34 tahun tersebut meninggal dunia akibat kecederaan parah dalam kemalangan kira-kira 7 malam itu.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh Pegawai Bomba Kanan II Mohd Sharulnizam Sidek berkata suami dan dua anak lelaki wanita berkenaan mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Kita menerima panggilan pada 7.07 malam sebelum sampai di tempat kejadian 16 minit kemudian. Tiga penumpang kereta Honda Jazz itu dikeluarkan orang awam sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan.
"Pemandu wanita yang tersepit itu pula dikeluarkan anggota bomba dalam masa kira-kira 20 minit manakala usaha mengeluarkan pemandu treler tersebut pula mengambil masa 10 minit," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata kemalangan itu dipercayai berlaku apabila treler yang dalam perjalanan ke selatan dipercayai terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar Honda Jazz yang dinaiki empat sekeluarga berkenaan.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Melaka Supt Mohd Sham Abdullah berkata polis masih mengumpul maklumat mengenai identiti kesemua mangsa yang terlibat dalam nahas berkenaan.
Beliau berkata nahas tersebut menyebabkan kesesakan teruk di laluan lebuh raya utara selatan dari arah selatan ke Kuala Lumpur.
"Trafik dari laluan berkenaan terpaksa dilencongkan ke Plaza Tol Ayer Keroh dan seterusnya ke Plaza Tol Simpang Ampat," katanya semasa dihubungi hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 29 2017
Seorang pemandu treler dan seorang pemandu kereta maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berkenaan di Kilometer 197.8 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran susur keluar tol Ayer Keroh di sini, hari ini. -Gambar fail
xAI raih suntikan dana baharu AS$6 bilion, Grok-3 dalam pembangunan
xAI sedang menguji aplikasi Grok untuk iPhone dan membangunkan Grok 3, kini dalam fasa latihan.
Op Pedo: 13 lelaki miliki pornografi, bahan penderaan seksual kanak-kanak ditahan
Polis menahan 13 lelaki secara berasingan di enam negeri kerana disyaki memiliki bahan pornografi dewasa dan penderaan seksual kanak-kanak dalam talian.
Pesawat SWISS Airbus lakukan pendaratan cemas akibat asap dalam kabin dan kokpit
Pesawat Airbus milik syarikat penerbangan SWISS yang dalam perjalanan dari Bucharest ke Zurich pada Isnin terpaksa melakukan pendaratan cemas.
Sertai Nissan-Honda, Mitsubishi beri kata putus penghujung Jan 2025
Pengumuman ini adalah lanjutan daripada rancangan Nissan dan Honda untuk membentuk syarikat induk gabungan menjelang 2026.
Bonus ASB 2024 catat lebih tinggi dari jangkaan
Menurut Pensyarah Kanan Ekonomi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Nur Azam Anuarul Perai, pencapaian ini bukan sahaja menggambarkan kemampuan pengurus dana ASB dalam memilih pelaburan yang tepat, tetapi juga memperlihatkan kepakaran mereka dalam menguruskan dana dengan cekap dan berkesan.
Doktor pelatih alami tekanan, siapa perlu pantau?
Pengarah hospital disarankan melakukan pemantauan berterusan terhadap setiap ketua unit di hospital, terutamanya apabila terdapat aduan mengenai masalah penyeliaan yang berlaku di antara doktor pakar dan doktor pelatih.
Kerajaan disaran perkenal skim insurans kesihatan nasional
Menurut pakar ekonomi, langkah itu antara lain mampu membantu kerajaan menangani isu kenaikan caj perubatan fasiliti kesihatan swasta dan peningkatan kadar premium insurans kesihatan.
Peruntukan dana Parlimen: Syed Saddiq gagal peroleh kebenaran semakan kehakiman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tiga pihak lain gagal dalam permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Pantau Belanjawan: ASB: Bagaimana kadar dividen mencorak pelaburan masa depan?
Permodalan Nasional Berhad (PNB) dijangka akan mengumumkan agihan pendapatan bagi tahun 2024 hari ini. Bagaimana agihan pendapatan ini mencerminkan trend dividen di Malaysia serta mencorak hala tuju pembayaran dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) pada masa hadapan? Kupasan lanjut bersama Pensyarah Kanan Ekonomi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Nur Azam Anuarul Perai.
Honda, Nissan umum pertimbangan untuk gabung syarikat
Kedua-dua syarikat telah memulakan perbincangan untuk mengintegrasikan perniagaan mereka di bawah syarikat induk baharu ini.
"Saya maafkan dia" - Shazmie maafkan pemandu yang langgar keretanya di plaza tol
Menurut Shazmie, pemilik kenderaan itu akan berjumpa dengannya dalam masa terdekat bagi menyelesaikan kes tersebut
Pelancong Perancis maut dirempuh, diseret
Tatarian Maurice, 64 tahun, yang sedang berjalan kaki, maut apabila sebuah kereta BMW bertembung dengan sebuah Honda Jazz.
Mahdzir Khalid sekali lagi hadir di SPRM
Datuk Seri Mahdzir Khalid sekali lagi hadir untuk menyambung memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, hari ini.
Honda Malaysia panggil balik 28,399 kereta tahun 2013
Honda Malaysia memanggil balik 28,399 model kenderaannya yang dikeluarkan pada 2013 bagi menggantikan inflator beg udara hadapan penumpang.
Dua maut nahas treler dan kereta di Ayer Keroh
Lelaki berusia 56 tahun itu dan wanita berusia 34 tahun tersebut meninggal dunia akibat kecederaan parah dalam kemalangan kira-kira 7 malam itu.
Sindiket kereta klon beralih taktik
Sindiket klon kereta Singapura kini didapati beralih pula menggunakan laman jual beli barangan Carousell untuk mendekati bakal pembeli mereka dan tidak lagi menggunakan Facebook.
Honda Malaysia umum kemas kini produk bagi model City, Jazz
Honda Malaysia hari ini mengumumkan kemas kini produk bagi model City Generasi Keempat (tahun pengeluaran, 2014) dan Jazz Generasi Ketiga (2015) melibatkan 12,232 unit City dan 97 unit Jazz.
JPJ Terengganu sita 15 kenderaan mewah yang diklon
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu kini sedang giat memburu kenderaan mewah yang diklon dan dipercayai digunakan secara berleluasa di negeri ini.
Honda Malaysia tingkatkan kapasiti pengeluaran
Honda turut melabur RM1billion untuk mencapai sasaran jualan 100,000 unit kenderaan menjelang 2016.