Honda Malaysia meneruskan langkah berjaga-jaganya dengan memanggil balik 28,399 model kenderaannya yang dikeluarkan pada 2013 bagi menggantikan inflator beg udara hadapan penumpang Takata dan memastikan keselamatan penumpang.
Model-model yang terlibat ialah Honda City (14,944 unit), Honda Jazz (6,874 unit), Honda Jazz Hybrid (6,211 unit) dan Honda Insight (370 unit).
Honda Malaysia berkata sehingga Mac tahun ini, syarikat itu telah menggantikan lebih daripada 435,000 unit, atau 77 peratus inflator beg udara bahagian hadapan dan bahagian pemandu Takata daripada kenderaan tahun 2013.
"Kami akan terus praoaktif memanggil balik kenderaan dan terus memberi peringatan dan memaklumkan kepada pelanggan akan kepentingan untuk menggantikan inflator beg udara kenderaan terbabit menerusi media sosial dan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS)," kata syarikat itu.
Pengeluar kereta itu juga berkata ia akan memaklumkan semua pelanggan terbabit menerusi surat dan memasukkan butiran terperinci penggilan balik produk itu.
"Pelanggan yang menerima surat ini digalakkan untuk menghantar kenderaan mereka ke pengedar sah Honda terdekat atau Mobile Hubs secepat mungkin bagi mendapatkan pemeriksaan dan penggantian percuma. Model-model kereta sekarang tidak terbabit," kata Honda Malaysia. -- Bernama
Bernama
Thu Apr 05 2018
![Honda Malaysia panggil balik 28,399 kereta tahun 2013 Honda Malaysia panggil balik 28,399 kereta tahun 2013](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/41469698183_HondaEmblem.jpg)
Model-model yang terlibat ialah Honda City (14,944 unit), Honda Jazz (6,874 unit), Honda Jazz Hybrid (6,211 unit) dan Honda Insight (370 unit).
Panas sangat! Capybara pun makan ais
Kerana cuaca terlalu panas, bukan sahaja manusia menerima kesannya, malah haiwan juga terasa bahang. Di Rusia, Capybaras yang tinggal di sebuah zoo di Moscow diberi makanan istimewa iaitu ais.
Moscow sangkal kenyataan Trump
Duta Besar Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Vassily Nebenzia menyangkal kenyataan calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang berkata konflik perang antara Rusia dan Ukraine akan mampu diselesaikannya sekiranya dipilih ke jawatan itu kelak.
Parti Buruh berada di depan berbanding Parti Konservatif
Bagaimanapun, beliau berkata keputusan tersebut boleh berubah jika berlaku peralihan undi atau 'swing vote' menjelang hari pengundian.
Blinken tepis dakwaan Biden tidak berupaya pimpin AS
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken kesal dengan kritikan yang dilemparkan terhadap prestasi Joe Biden di pentas debat perdana bertemu Donald Trump Jumaat lalu yang disifatkan sebagai tidak bermaya.
Protes di Nairobi belum reda, merebak ke Mombasa
Protes di Nairobi, Kenya yang memaksa Presiden William Ruto untuk melepaskan jawatan, tidak menunjukkan tanda reda malah semakin meluas sehingga ke wilayah Mombasa. Terbaharu, tembakan gas terpaksa dilepaskan terhadap penunjuk perasaan, selain beberapa individu turut ditahan polis.
Pesawat Air Europa mendarat cemas, puluhan cedera
Media antarabangsa melaporkan, pesawat Boeing 787-9 itu terpaksa membuat lencongan dan mendarat di lapangan terbang Natal di timur laut Brazil.
87 angka kematian direkodkan akibat dirempuh
Sekurang-kurangnya 87 mangsa meninggal dunia dalam kejadian rempuhan di sebuah acara keagamaan di utara India, Uttar Pradesh pada Selasa.
Singapura 'sedia secara prinsip' iktiraf Palestin
Dr Vivian Balakrishnan berkata penyelesaian dua negara adalah 'satu-satunya jalan berdaya maju' untuk mencapai penyelesaian yang komprehensif, adil dan berkekalan terhadap konflik, yang diperjuangkan oleh Singapura secara konsisten.
Kerajaan gesa rakyat Malaysia di Asia Barat daftar segera
Kementerian Luar berkata rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke rantau Asia Barat dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan ikuti perkembangan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.
Lawatan khas Sheikh Al-Azhar Al-Sharif ke Malaysia 2-5 Julai
Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra), semasa lawatan tersebut, Sheikh Al-Azhar akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Seri Perdana.
![Honda Malaysia panggil balik 28,399 kereta tahun 2013 Honda Malaysia panggil balik 28,399 kereta tahun 2013](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/41469698183_HondaEmblem.jpg)
Honda Malaysia panggil balik 28,399 kereta tahun 2013
Honda Malaysia memanggil balik 28,399 model kenderaannya yang dikeluarkan pada 2013 bagi menggantikan inflator beg udara hadapan penumpang.