KUALA LUMPUR: Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor 2022 (SIBS 2022) dijangka terus memacu ekonomi Selangor dalam usaha menjadikan negeri itu sebagai hab pelaburan pilihan dan kompetitif di rantau Asia.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata penganjuran SIBS 2022 diyakini mampu membangunkan ekosistem di negeri Selangor bagi menggalakkan pemain industri dari pelbagai sektor menubuhkan operasi mereka di negeri itu.
Jelasnya, ia turut menjadi platform terbaik bagi usahawan, peniaga, ahli akademik dan pihak yang berpotensi mengembangkan ilmu dan rangkaian perniagaan.
“Kami akan terus menyediakan saluran rangkaian seperti SIBS, kerana ia telah terbukti sebagai salah satu sidang kemuncak perniagaan terbesar dan berjaya yang pernah diadakan di rantau ini.
“Saya berharap, orang ramai boleh memanfaatkan sepenuhnya peluang sepanjang empat hari di Sidang Kemuncak itu. Pastinya banyak hasil akan dicapai dalam masa yang singkat,” kata beliau ketika merasmikan Majlis Pelancaran SIBS 2022 yang disaksikan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
Sementara itu, Exco Kerajaan Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata persidangan SIBS 2022, anjuran Invest Selangor Berhad (Invest Selangor) itu menampilkan peserta antarabangsa termasuk Australia, Itali, Jepun, Emiriah Arab Bersatu (UAE), dan Amerika Syarikat.
“Menampilkan sejumlah 906 gerai daripada 623 syarikat, satu rekod baharu dalam sejarah SIBS, dengan peserta dan pengunjung yang datang dari 24 negara.
“Selain peserta antarabangsa, program ini turut diselaraskan oleh agensi seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Lembaga Koko Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).
“Disamping itu, kami juga turut mengalu-alukan 10 negeri yang bersama-sama turun padang dalam persidangan ini, antaranya dari Sabah, Sarawak, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang,” katanya.
Selain itu, SIBS 2022 menawarkan 850 tapak pameran dengan 20 peratus daripadanya dijangka membabitkan pelabur luar negara.
Antara enam acara utama diketengahkan dalam SIBS tahun ini ialah Ekspo Antarabangsa Selangor (Makanan dan Minuman), Ekspo Antarabangsa Selangor (Perubatan) dan Ekspo Taman Perindustrian Selangor.
Pada masa sama, turut diketengahkan Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor, Ekspo Penyelidikan dan Pembangunan serta Inovasi Selangor dan Persidangan Perniagaan Asia.
Tahun lalu, SIBS merekodkan nilai transaksi mencecah RM1.13 bilion sepanjang tujuh tahun penganjuran dengan menyediakan 2,951 tapak pameran buat peserta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) selain menerima 95,451 pelawat dari dalam dan luar negara.
Persidangan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur sehingga 9 Oktober itu menyasarkan potensi jualan sehingga RM350 juta dan dijangka menarik 30,000 pengunjung sepanjang empat hari program itu diadakan.
Untuk maklumat lanjut dan penyertaan dalam sidang kemuncak itu boleh layari di laman web www.selangorsummit.com
*Artikel ini adalah kandungan berbayar
Eton Khir
Thu Oct 06 2022

Dari kiri (tiga), Teng Chang Khim, Amirudin Shari, dan Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ketika Majlis Pelancaran SIBS 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Selangor optimis rekod pelaburan bernilai RM12 bilion tahun ini
Selangor mencatatkan pelaburan hampir RM10 bilion bagi suku ketiga tahun ini yang dipacu oleh pelbagai inisiatif dilaksanakan termasuk kesan positif ekonomi daripada langkah pembukaan sempadan negara.

SIBS 2022: Bantu usahawan, pacu Selangor jadi hab pelaburan Asia
Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor 2022 (SIBS 2022) dijangka terus memacu ekonomi Selangor dalam usaha menjadikan negeri itu sebagai hab pelaburan pilihan dan kompetitif di rantau Asia.

SIBS 2022 sedia jadi destinasi pelaburan kompetitif ASEAN
Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor 2022 (SIBS 2022) yang berlangsung Oktober ini bakal menyediakan persekitaran pelaburan dan perniagaan kondusif.