SHAH ALAM: Selangor mencatatkan pelaburan hampir RM10 bilion bagi suku ketiga tahun ini yang dipacu oleh pelbagai inisiatif dilaksanakan termasuk kesan positif ekonomi daripada langkah pembukaan sempadan negara.
Exco Industri dan Perdagangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, jumlah tersebut disumbangkan oleh beberapa industri utama termasuk elektrik dan elektronik, makanan dan minuman, pembuatan serta peralatan.
“Jumlah tersebut menunjukkan prestasi pelaburan yang baik jika dibandingkan dengan tempoh sama pada tahun lalu, malah ia dirancakkan lagi dengan perjumpaan secara fizikal setelah kerajaan membenarkan pembukaan sempadan negara.
“Kita turut optimis bakal mencapai unjuran pelaburan sebanyak RM12 bilion pada tahun ini selain menyaksikan kejayaan penganjuran dua acara utama iaitu Pameran Penerbangan Selangor 2022 (SAS 2022) dan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS 2022),” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Laporan Pasca Acara SAS 2022 dan SIBS 2022 di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, pada Selasa.
Menurut Chang Khim, penganjuran SAS 2022 berjaya mencatatkan potensi nilai transaksi sebanyak RM1.174 bilion sepanjang tempoh tiga hari penganjuran acaranya di SkyPark RAC Subang pada September lalu.
“Pada acara berkenaan kita berjaya mengumpulkan keseluruhan 62 pempamer dari lima buah negara dan berjaya memeterai sebanyak 14 memorandum persefahaman (MoU) dalam pelbagai industri sub sektor aeroangkasa.
“Perjanjian tersebut turut meliputi pelbagai kerjasama seperti kajian dan pembangunan bagi industri aeroangkasa, lesen berkembar dan latihan pengangkutan pilot udara, pusat sehenti MRO bagi dron dan penyelenggaran pesawat amfibi,” ujarnya.
Tambah beliau, penganjuran SIBS 2022 turut berjaya merekodkan jualan berunding berpotensi tinggi dengan nilai RM1.45 bilion berbanding RM217.6 juta dicatatkan pada acara sama tahun lalu.
“Menerusinya kita berjaya memeterai sebanyak tujuh MoU dalam pelbagai kerjasama sub sektor industri.
“Acara SIBS dan SAS ini merupakan dua daripada pelbagai lagi acara yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor menerusi agensi di bawah kami iaitu Invest Selangor dalam menyasarkan untuk membantu dan memulihkan aktiviti ekonomi sektor-sektor industri dan perkhidmatan terkesan pandemik COVID-19,” jelasnya.
Di atas kejayaan acaranya pada tahun ini, SIBS akan meneruskan penganjurannya pada tahun hadapan iaitu pada 19 hingga 22 Oktober di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, manakala SAS dijadualkan berlangsung pada 7 hingga 9 September 2023 di SkyPark RAC Subang.
Haikal Raman
Wed Dec 07 2022

Selangor optimis capai unjuran pelaburan sebanyak RM12 bilion pada tahun ini dipacu oleh pelbagai inisiatif dilaksanakan dan pembukaan sempadan ekonomi. -Invest Selangor

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Selangor optimis rekod pelaburan bernilai RM12 bilion tahun ini
Selangor mencatatkan pelaburan hampir RM10 bilion bagi suku ketiga tahun ini yang dipacu oleh pelbagai inisiatif dilaksanakan termasuk kesan positif ekonomi daripada langkah pembukaan sempadan negara.

SIBS 2022: Bantu usahawan, pacu Selangor jadi hab pelaburan Asia
Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor 2022 (SIBS 2022) dijangka terus memacu ekonomi Selangor dalam usaha menjadikan negeri itu sebagai hab pelaburan pilihan dan kompetitif di rantau Asia.

SIBS 2022 sedia jadi destinasi pelaburan kompetitif ASEAN
Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor 2022 (SIBS 2022) yang berlangsung Oktober ini bakal menyediakan persekitaran pelaburan dan perniagaan kondusif.