SHAH ALAM: Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor 2022 (SIBS 2022) yang berlangsung Oktober ini bakal menyediakan persekitaran pelaburan dan perniagaan kondusif.
Ia juga akan mengukuhkan kedudukan Selangor sebagai destinasi pelaburan kompetitif di pasaran global khususnya ASEAN.
Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Datuk Teng Chang Khim, berkata inisiatif itu membantu pemain industri tempatan dan antarabangsa pelbagai sektor meneroka potensi besar pasaran Malaysia dan serantau.
Jelasnya, SIBS 2022, yang akan diadakan dari 6 hingga 9 Oktober di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) ini dijangka memacu pertumbuhan semula ekonomi Selangor berikutan pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu.
“Kita harap dapat mengekalkan peratusan sebanyak 20 peratus daripada tahun lepas untuk pedagang asing. Jika peratusan itu melebihi pada tahun ini pastinya saya teruja, namun saya percaya kita akan dapat mengekalkan peratusan tersebut,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor 2022 (SIBS 2022) di Hotel Saujana Kuala Lumpur pada Selasa.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor, Datuk Hasan Azhari.
Sementara itu, Chang Khim berkata, pihaknya turut merancang untuk meneroka bidang elektrikal dan elektronik (E&E) bagi mengembangkan ekspo tersebut, sekali gus menembusi pasaran global.
Katanya, negeri tersebut sebelum ini memberikan fokus terhadap industri makanan dan minuman (F&B) menerusi Ekspo Antarabangsa Selangor (SIE) yang diadakan lapan tahun lalu.
Namun, selepas penganjuran ekspo berkenaan, katanya pelbagai bidang lain turut diterokai dan sehingga kini terdapat enam bidang lain yang dihimpunkan di bawah SIBS.
Menurutnya, antara bidang tersebut ialah perubatan, bandar pintar, ekonomi digital dan sebagainya.
"Sebelum ini daripada industri F&B, kita luaskan kepada bidang perubatan yang juga merupakan salah satu bidang yang kita fokuskan.
"Jadi diharap tidak lama lagi, kita boleh luaskan ekspo ini kepada bidang E&E termasuk tenaga solar, namun ia mengambil sedikit masa untuk kita teroka.
"Namun buat masa ini, Persidangan Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor (SDEC 2022) akan turut mempamerkan beberapa perkembangaan dalam bidang tersebut," katanya
Selain Itu, SIBS 2022 akan meneruskan momentumnya dengan anggaran 850 gerai dan sekurang-kurangnya 30,000 pengunjung hadir dalam edisi tahun ini.
Ekosistem pelaburan dan perniagaan yang komprehensif di Selangor menjadi tarikan utama dan kerajaan negeri yakin mampu mencapai sasaran RM 350 juta.
Di samping itu, program itu turut akan merangkumi pelbagai pameran iaitu Ekspo Antarabangsa Selangor (F&B) ke-8, Ekspo Antarabangsa Selangor (Perubatan) ke-8, Ekspo Perindustrian Selangor Ke-2 (Spark 2022), Persidangan Perniagaan Asean Selangor ke-6 (SABC 2022), Konvensyen Bandar Pintar Selangor ke-7 & Ekonomi Digital (SDEC 2022) dan Ekspo R&D dan Inovasi Selangor ke-3 (SRIE 2022).
Eton Khir
Tue Jul 05 2022

Datuk Teng Chang Khim, berkata inisiatif itu membantu pemain industri tempatan dan antarabangsa pelbagai sektor meneroka potensi besar pasaran Malaysia dan serantau. - Astro AWANI
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Utusan Khas ASEAN bincang krisis Myanmar dengan Setiausaha Agung
Mereka membincangkan pelaksanaan Konsensus Lima Perkara, termasuk usaha meningkatkan penyampaian bantuan kemanusiaan kepada rakyat Myanmar.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Sudah tiba masa Malaysia iktiraf kerajaan baharu Syria - GPM
Katanya, pengiktirafan ke atas kerajaan baharu Syria oleh Malaysia akan membuka ruang bagi memperkukuh diplomasi dan solidariti dunia Islam.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.

Ringgit melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh hampir 2 minggu
Ringgit ditutup tinggi pada Khamis mendapat rangsangan daripada kemungkinan perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.